21/05/2026
21 Mei 2026 (Khamis) – SK Balok Makmur telah mengadakan Program Semarak Ambang Aidiladha 1447H bertempat di Dewan Sri Makmur. Program ini dianjurkan bagi menghayati erti pengorbanan dan memperkukuh ukhuwah Islamiah dalam kalangan warga sekolah sempena sambutan Aidiladha.
Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung dalam suasana yang ceria dan penuh penghayatan. Semoga program ini dapat menyemai nilai pengorbanan, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam diri murid-murid serta warga SK Balok Makmur.