Tadika Pintar Al-Quran Muip Permatang Badak

Tadika Pintar Al-Quran Muip Permatang Badak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Pintar Al-Quran Muip Permatang Badak, Religious school, 5/4232 , Kampung Permatang Badak, Kuantan.

๐ŸŒ™โœจ Sambutan Maulidur Rasul 1448H | Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, pada 21 Ogos 2026 (Jumaa...
26/08/2026

๐ŸŒ™โœจ Sambutan Maulidur Rasul 1448H | Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), telah berlangsung dengan penuh meriah Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Masjid Bukit Rangin (Saidina Othman Ibnu Affan). ๐Ÿค

Program dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul di sekitar perkarangan masjid. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran anak-anak yang bersemangat, ceria dan penuh kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐ŸŒน

Antara pengisian utama sambutan ialah tiga pertandingan yang melibatkan anak-anak berumur 5 dan 6 tahun:

๐Ÿ“– Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
๐ŸŽ™๏ธ Pertandingan Hafazan Surah
๐ŸŽจ Pertandingan Sepanduk Kreatif

Selain itu, turut diadakan kuiz berkaitan Maulidur Rasul bagi menguji pengetahuan anak-anak tentang sirah, kisah dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Kuiz ini berlangsung dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan, di samping membantu anak-anak mengenali serta mencintai Rasulullah SAW dengan lebih dekat. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan apabila ramai anak-anak mengambil bahagian dalam pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan. Masing-masing berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan bakat dan kebolehan tersendiri. Ada yang petah bercerita, lancar menghafaz surah, bijak menjawab kuiz dan ada juga yang sangat kreatif menghasilkan sepanduk. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih! ๐Ÿ†๐ŸŽ‰ Kepada anak-anak yang belum berjaya, jangan bersedih dan jangan berputus asa. Kemenangan bukanlah segala-galanya; keberanian untuk mencuba dan pengalaman yang diperoleh juga merupakan satu kejayaan. Teruskan berlatih dan cuba lagi pada masa akan datang! ๐Ÿ’ช๐Ÿปโค๏ธ

๐ŸŒท Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Datin Raudhah binti Muhammad Thaib Jalil, selaku juri jemputan dari luar, yang sudi meluangkan masa, memberikan penilaian serta berkongsi pengalaman dalam menjayakan pertandingan. Kehadiran Datin amat kami hargai. ๐ŸŒน

Tidak dilupakan, terima kasih buat semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak. Kehadiran serta dorongan ibu bapa amat bermakna dalam membina keyakinan dan keberanian anak-anak untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. โค๏ธ

Program seperti ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Maulidur Rasul, malah menjadi medium untuk menanam rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati kisah dan akhlak Baginda, membina keyakinan diri, mengembangkan bakat serta mengeratkan hubungan antara anak-anak, guru dan ibu bapa. ๐ŸŒ™๐Ÿค

๐ŸŒน Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga guru Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak yang telah bertungkus-lumus merancang, menyediakan dan menjayakan program ini. Segala masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan amatlah dihargai.

Semoga usaha kecil ini menjadi kenangan indah buat anak-anak serta menjadi langkah awal untuk melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ






Alhamdulillah, tahniah Muhammad Firas Adam Bin Mohamad Saifullah dari kelas 6 Ibnu Khaldun !๐ŸŒŸBerjaya menghabiskan Buku A...
25/08/2026

Alhamdulillah, tahniah Muhammad Firas Adam Bin Mohamad Saifullah dari kelas 6 Ibnu Khaldun !๐ŸŒŸ
Berjaya menghabiskan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 8 dengan baik ๐Ÿ‘๐Ÿ“š

Perjalanan pembelajaran masih diteruskan kerana masih ada lagi siri seterusnya yang menanti. Semoga terus bersemangat untuk belajar dan melangkah ke buku yang berikutnya โœจ

25/08/2026
Alhamdulillah, tahniah Yusuf A***n Bin Mohd Yakim ! ๐ŸŒŸ  Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5 dengan baik. ...
24/08/2026

Alhamdulillah, tahniah Yusuf A***n Bin Mohd Yakim ! ๐ŸŒŸ
Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5 dengan baik. ๐Ÿ‘๐Ÿ“š

Perjalanan masih diteruskan kerana masih ada lagi siri seterusnya yang menanti. Semoga terus bersemangat belajar dan terus melangkah ke buku yang berikutnya! โœจ

Alhamdulillah ๐ŸคTahniah diucapkan kepada Puteri Nur Khamiela Maryam Binti Khairul Rijal dari kelas 6 Ibnu Khaldun atas ke...
20/08/2026

Alhamdulillah ๐Ÿค

Tahniah diucapkan kepada Puteri Nur Khamiela Maryam Binti Khairul Rijal dari kelas 6 Ibnu Khaldun atas kejayaan khatam Al-Quran .

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ustazah serta ibu bapa atas bimbingan, sokongan dan doa yang berterusan. ๐ŸŒธ

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya dalam hidupmu dan peneman sepanjang hayat. ๐Ÿ“–โœจ

Alhamdulillah ๐ŸคTahniah diucapkan kepada Sarah Nur Jannah Binti Nornikman & Nur Armel Dayana Binti Mohamad Asyraff dari k...
15/08/2026

Alhamdulillah ๐Ÿค

Tahniah diucapkan kepada Sarah Nur Jannah Binti Nornikman & Nur Armel Dayana Binti Mohamad Asyraff dari kelas 6 Ibnu Khaldun atas kejayaan khatam Al-Quran .

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ustazah serta ibu bapa atas bimbingan, sokongan dan doa yang berterusan. ๐ŸŒธ

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya dalam hidupmu dan peneman sepanjang hayat. ๐Ÿ“–โœจ

Alhamdulillah ๐Ÿ’œTahniah diucapkan kepada Aleena Nur Hana Binti Mohd Azmi yang telah berjaya khatam Iqraโ€™. Semoga pencapai...
14/08/2026

Alhamdulillah ๐Ÿ’œ

Tahniah diucapkan kepada Aleena Nur Hana Binti Mohd Azmi yang telah berjaya khatam Iqraโ€™. Semoga pencapaian ini menjadi langkah permulaan untuk terus mencintai dan mendalami Al-Quran ๐Ÿ“–โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ustazah yang telah sabar membimbing serta mendidik pelajar sehingga berjaya membaca Iqraโ€™ dengan baik.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan kerjasama dalam memastikan anak-anak terus bersemangat mempelajari Al-Quran. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan. ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, tahniah Ilma Sulaim Binti Mahadi & Aishah Anisah ! ๐ŸŒŸ  Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5...
13/08/2026

Alhamdulillah, tahniah Ilma Sulaim Binti Mahadi & Aishah Anisah ! ๐ŸŒŸ
Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5 dengan baik. ๐Ÿ‘๐Ÿ“š

Perjalanan masih diteruskan kerana masih ada lagi siri seterusnya yang menanti. Semoga terus bersemangat belajar dan terus melangkah ke buku yang berikutnya! โœจ

Alhamdulillah ๐Ÿ’œTahniah diucapkan kepada Muhammad Zabir Yaqzan Bin Zulkifli yang telah berjaya khatam Iqraโ€™. Semoga penca...
12/08/2026

Alhamdulillah ๐Ÿ’œ

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Zabir Yaqzan Bin Zulkifli yang telah berjaya khatam Iqraโ€™. Semoga pencapaian ini menjadi langkah permulaan untuk terus mencintai dan mendalami Al-Quran ๐Ÿ“–โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ustazah yang telah sabar membimbing serta mendidik pelajar sehingga berjaya membaca Iqraโ€™ dengan baik.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan kerjasama dalam memastikan anak-anak terus bersemangat mempelajari Al-Quran. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan. ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, tahniah Khadijah Anisah ! ๐ŸŒŸ  Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5 dengan baik. ๐Ÿ‘๐Ÿ“š  Perjala...
07/08/2026

Alhamdulillah, tahniah Khadijah Anisah ! ๐ŸŒŸ
Berjaya menamatkan Buku Anakku Siri 1 hingga Siri 5 dengan baik. ๐Ÿ‘๐Ÿ“š

Perjalanan masih diteruskan kerana masih ada lagi siri seterusnya yang menanti. Semoga terus bersemangat belajar dan terus melangkah ke buku yang berikutnya! โœจ

Address

5/4232 , Kampung Permatang Badak
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60189604332

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Pintar Al-Quran Muip Permatang Badak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Pintar Al-Quran Muip Permatang Badak:

Shortcuts

Share