Penerbit UMPSA

Call Directions Website Contact the school

Penerbit UMPSA Penerbit UMPSA diamanahkan oleh UMPSA untuk melaksanakan dasar penerbitan yang telah ditetapkan

11/10/2026

Terima kasih YBhg Prof. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA yang sudi mempromosikan buku terkini terbitan Penerbit UMPSA berjudul Pengurusan dan Pentadbiran Lestari, hasil tulisan Dr. Luqman Mahmud, Alumni UMPSA 2016.



Penerbit UMPSA diberi ruang dalam usaha kerjasama ini.
11/10/2026

Penerbit UMPSA diberi ruang dalam usaha kerjasama ini.

Pekan - 10 Oktober l Naib Canselor UMPSA Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Yatimah Alias dalam Majlis Alumni Back to Campus pagi...
11/10/2026

Pekan - 10 Oktober l Naib Canselor UMPSA Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Yatimah Alias dalam Majlis Alumni Back to Campus pagi semalam berkesempatan menerima cenderamata sebuah buku yang bertajuk Pengurusan dan Pentadbiran Lestari, terbitan Penerbit UMPSA hasil tulisan Dr. Luqman Mahmud, seorang alumni UMPSA yang hadir sebagai penceramah dalam majlis berkenaan.

Dr. Luqman merupakan pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses) pada tahun 2016 di UMPSA. Ketika ini, beliau sedang berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah wakil daripada Penerbit UMPSA iaitu En. Muhammad Azli Shukri, Ketua Seksyen Buku dan Penerbitan Khas.



10/10/2026
LAWATAN NAIB CANSELOR KE KEDAI CENDERAMATA KITA 📌Alhamdulillah, Kedai Cenderamata KITA yang baru memulakan operasi di UM...
09/10/2026

LAWATAN NAIB CANSELOR KE KEDAI CENDERAMATA KITA 📌

Alhamdulillah, Kedai Cenderamata KITA yang baru memulakan operasi di UMPSA, Kampus Pekan menerima kunjungan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias.

Kedai ini menyediakan pelbagai pilihan cenderamata seperti mug, buku nota, pemegang kad, beg bukan tenunan (non-woven bag), fail lutsinar, pen dan rantai kunci dan lain-lain yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Alhamdulillah, kunjungan ini turut disertai dengan maklum balas yang positif daripada beliau. Semoga kehadiran Kedai Cenderamata KITA dapat memberikan kemudahan kepada warga UMPSA, jabatan dan pelajar untuk mendapatkan cenderamata bagi program, aktiviti rasmi, majlis penghargaan serta hadiah kenangan.

✨ Mencari cenderamata untuk program atau hadiah istimewa? Jom kunjungi Kedai Cenderamata KITA di UMPSA, Kampus Pekan!

Semoga kedai ini terus berkembang dan menjadi pilihan warga UMPSA☺️


Selalu keliru kan mana satu yang betul apabila menggunakan kedua-dua perkataan di bawah😏Jom kita lihat maksud yang betul...
09/10/2026

Selalu keliru kan mana satu yang betul apabila menggunakan kedua-dua perkataan di bawah😏

Jom kita lihat maksud yang betul👇



7 Oktober 2026 | Program NILAMProgram NILAM kali ini menampilkan perkongsian menarik daripada tiga orang staf penerbit y...
08/10/2026

7 Oktober 2026 | Program NILAM

Program NILAM kali ini menampilkan perkongsian menarik daripada tiga orang staf penerbit yang berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Cik Ameerah Humaira berkongsi mengenai tingkah laku kucing, Puan Rohaniah Abdul Wahab p**a berkongsi tentang tipografi manakala Puan Nazratul Aleeya membawa perkongsian mengenai warna dalam kehidupan.

Walaupun topiknya berbeza, setiap perkongsian mempunyai ilmu dan manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kerja serta kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini dapat membuka perspektif baharu, menambah pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua yang mengikuti Program NILAM. ✨


08/10/2026

Tempoh penebusan baucar buku di Mysiswaplace telah pun tamat. Tahniah kepada semua pelajar UMPSA yang telah menebus dan memanfaatkan bantuan ini sebaiknya! ❤️

Jom kita lihat p**a perkongsian dan respons daripada pelajar yang telah menggunakan baucar buku mereka. 👀

Terbitan Terkini Penerbit UMPSA 📌Mengurus rumah anak yatim bukan sekadar menyediakan tempat tinggal dan makan minum.Ada ...
08/10/2026

Terbitan Terkini Penerbit UMPSA 📌

Mengurus rumah anak yatim bukan sekadar menyediakan tempat tinggal dan makan minum.

Ada soal keselamatan.
Ada peraturan yang perlu dipatuhi.
Ada urusan pentadbiran dan kewangan yang perlu diurus dengan teliti.
Dan paling penting, ada masa hadapan anak-anak yang perlu dijaga. ❤️

Jadi, bagaimana sebuah rumah anak yatim boleh diurus dengan lebih sistematik, selamat dan berintegriti?

Dapatkan buku ini kerana pengurusan rumah anak yatim bukan menjaga kebajikan semata-mata tetapi memerlukan panduan yang betul dari aspek perundangan, keselamatan, pentadbiran dan pembangunan anak-anak.

Dapatkan buku ini di Kedai Buku Penerbit UMPSA atau dalam talian
Shopee: https://my.shp.ee/mSrmDvcQ
Webstore: https://www.umpsapress.com.my/product/panduan-penubuhan-dan-pengurusan-rumah-anak-yatim-dan-miskin
Wonderbuuk: https://myqrlink.umpsa.edu.my/aae24



Alhamdulillah selesai sesi menandatangani perjanjian buku bersama penulis. Buat makluman semua, kedua-dua buku ini merup...
08/10/2026

Alhamdulillah selesai sesi menandatangani perjanjian buku bersama penulis. Buat makluman semua, kedua-dua buku ini merupakan terbitan baharu Penerbit UMPSA yang bakal dibawa ke pesta buku akan datang.

Sentiasa mengikuti perkembangan media sosial Penerbit UMPSA, kami akan siarkan pautan pembelian bagi pelajar dan orang ramai yang ingin mendapatkan buku ini📚


Address

Penerbit UMPSA, Universiti Malaysia Pahang Al/Sultan Abdullah, Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob Kuantan
Kuantan
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penerbit UMPSA:

Shortcuts

Share