25/12/2025
KUANTAN 24 Disember 2025 (Rabu)
PPDK Taman Guru telah terjejas akibat bencana banjir susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan sekitar pada 17 - 19 Disember 2025. Kejadian ini menyebabkan kerosakan pada bangunan, peralatan latihan serta kemudahan asas, sekali gus menjejaskan operasi harian PPDK buat sementara waktu.
Pada 24 Disember 2025, PPDK Taman Guru telah menerima lawatan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang iaitu En Hafizul Amri Bin Hassan- Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) JKM Negeri Pahang, En Syamri Afzam Bin Amron - Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM Negeri Pahang, Pn. Hidayah binti mansor - Pembantu Pembangunan Masyarakat JKM Negeri Pahang dan bersama Pn. Wan Norazlina binti Wan Aziz, Penyelaras PPDK PKMD Kuantan bagi meninjau keadaan pusat selepas banjir, menilai tahap kerosakan serta mengenal pasti keperluan baik pulih dan peralatan.
Pihak pengurusan PPDK Taman Guru amat menghargai keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga segala urusan pemulihan dapat dipermudahkan agar perkhidmatan kepada pelatih dapat diteruskan dalam keadaan yang selamat dan selesa.
Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan membantu.