08/07/2026
Modul : Perkembangan Awal Matematik
Aktiviti : Padanan Gelang Getah Mengikut Warna.
Objektif :
1. Kanak-kanak dapat mengenal dan memadankan warna yang sama dengan betul.
2. Kanak-kanak dapat mengelaskan objek mengikut warna.
3. Kanak-kanak dapat mengira jumlah gelang getah yang dipadankan.
4. Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata dan tangan semasa memasukkan gelang getah pada tiang.
5. Kanak-kanak dapat menyebut nama warna seperti merah, biru, hijau dan kuning.
6. Kanak-kanak dapat mengikuti arahan mudah yang diberikan oleh pendidik.