SMK BUKIT GOH

SMK BUKIT GOH Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Goh ditubuhkan pada 7hb Januari 1974

16/06/2026
🌹 Salam Maal Hijrah 1448HWarga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga kedat...
16/06/2026

🌹 Salam Maal Hijrah 1448H

Warga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan untuk mempertingkatkan sahsiah, kecemerlangan ilmu dan amalan yang diredai Allah SWT.

“Membina Ummah Madani, Memperkasa Generasi Rabbani.”

🌙✨

Program Kepimpinan Murid telah diadakan melibatkan Pengawas Sekolah, PSS, PRS, BADAR, SPBT, Koperasi serta Ketua dan Pen...
13/06/2026

Program Kepimpinan Murid telah diadakan melibatkan Pengawas Sekolah, PSS, PRS, BADAR, SPBT, Koperasi serta Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan. Program ini bertujuan membentuk pemimpin murid yang berdisiplin, berintegriti, berkeyakinan dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Semoga barisan pemimpin murid terus menjadi contoh terbaik kepada warga sekolah. 💫

🌷 Perjumpaan Anak Permata Hati(PERHATI) bersama Puan Pengetua telah diadakan bagi menyantuni murid-murid yatim serta ber...
13/06/2026

🌷 Perjumpaan Anak Permata Hati(PERHATI) bersama Puan Pengetua telah diadakan bagi menyantuni murid-murid yatim serta bertanya khabar dan perkembangan mereka. Semoga pertemuan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk terus berjaya. Turut memberikan kata-kata semangat anak2 yang akan ke Seminar Menjawab SPM anjuran Yayasan Pahang Isnin nanti

Sambutan Hari Guru yang bertemakan “Back To School” ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum se...
20/05/2026

Sambutan Hari Guru yang bertemakan “Back To School” ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum seperti nyanyian, sajak, pantun, kuiz serta persembahan murid bagi memupuk semangat kerjasama, komunikasi berkesan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah.

Selamat Hari Guru 2026 diucapkan kepada seluruh warga pendidik SMK Bukit Goh yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 diucapkan kepada seluruh warga pendidik SMK Bukit Goh yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Tema Hari Guru 2026 iaitu “Guru Bitara Nadi Negara” amat bertepatan dalam menggambarkan peranan guru sebagai insan hebat yang menjadi penggerak utama kemajuan pendidikan dan masa depan negara.

Jutaan terima kasih diucapkan atas segala pengorbanan, kesabaran dan komitmen para guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu serta mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang. Setiap usaha, nasihat dan doa daripada para guru menjadi inspirasi dan kekuatan buat seluruh warga sekolah.

Sesungguhnya, guru bukan sekadar pendidik di dalam kelas, tetapi juga pembimbing kehidupan, pencetus impian dan insan yang sentiasa percaya pada potensi setiap murid.

Semoga semua guru BUGSES sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah dalam mendidik dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

“Guru Bitara Nadi Negara”
Selamat Hari Guru buat semua insan hebat di BUGSES! 🌹📚✨

Program “Hot Seat” : Uni Vibes?Tanya Mentor telah berjaya dilaksanakan di Dewan Baraqah, SMK Bukit Goh . Program kerjasa...
14/05/2026

Program “Hot Seat” : Uni Vibes?Tanya Mentor telah berjaya dilaksanakan di Dewan Baraqah, SMK Bukit Goh . Program kerjasama SMK Bukit Goh bersama dengan YBS dan UMPSA ini memberi peluang kepada murid untuk mendengar perkongsian dan pengalaman berkaitan dunia kerjaya secara lebih dekat, sekali gus membuka minda serta memberi inspirasi dalam merancang hala tuju masa depan daripada panel2 hebat.Semoga program ini dapat membantu murid untuk lebih bersemangat untuk belajar dan membuat pilihan kerjaya yang lebih jelas serta memberi motivasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang.” 🌟

Lawatan Penentusahan Pentaulihaan Penambahan Program Berasaskan COPPTA Program Vokasional Sekolah Menengah Operasi Seni ...
13/05/2026

Lawatan Penentusahan Pentaulihaan Penambahan Program Berasaskan COPPTA Program Vokasional Sekolah Menengah
Operasi Seni Kulinari
13 Mei 2026

Program 5 min kesedaran keselamatan.12.5.2026Taklimat oleh: Puan Azilla binti Junid(Pengetua)
13/05/2026

Program 5 min kesedaran keselamatan.
12.5.2026
Taklimat oleh: Puan Azilla binti Junid(Pengetua)

🔥 Debaran Cabaran Olahraga BUGSES 2026 🔥Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi mengajar erti semangat, disiplin dan p...
09/05/2026

🔥 Debaran Cabaran Olahraga BUGSES 2026 🔥

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi mengajar erti semangat, disiplin dan perjuangan. 💪🏃‍♂️🏃‍♀️
Setiap peluh yang jatuh, setiap sorakan yang bergema, menjadi bukti semangat warga BUGSES yang luar biasa! ❤️💙💛💚

Ayuh terus melakar kenangan, mencipta kejayaan dan menyatukan hati dalam semangat kesukanan!
“Berjuang penuh semangat, melangkah penuh maruah!” ✨

Address

FELDA BUKIT GOH
Kuantan
26050

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+6095477506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BUKIT GOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category