Pasti An Nur Sg Ular

Pasti An Nur Sg Ular

Share

Pasti An Nur Sungai Ular ditubuhkan pada tahun 1983. Setiap tahun jumlah pelajar semakin bertambah.

26/03/2023
16/06/2022

latihan Bola sepak 2022

TEMASYA SUKAN PASTI 2022

Menghitung hari 💪

16/06/2022

Latihan Bola jaring 2022

TEMASYA SUKAN PASTI

17/05/2022

Alhamdullilah selesai hari pertama latihan 😁 syabas semua anak2 murid yang hadir pada petang tadi ❤️





01/05/2022

Assalamualaikum...selamat Hari raya aidilfitri...maaf zahir Dan batin..walaupun Kita menyambut Hari Raya tahun ni..dalam keadaan mengejut, mudah2an semua amalan Kita diterima Allah Taala.....dalam Kita duk kalut buat persiapan...jom infak untuk dana pembangunan pasti.. mudah2an nt pahala Kita Allah bagi mengejut diakhirat Sana...

Photos from Pasti An Nur Sg Ular's post 28/04/2022

Alhamdullilah aktiviti anak2 PASTI sebelum cuti sekolah sempena Hari Raya aidilfitri.

Seronok dapat buat kad hari raya 🌹 Salam lembaran daripada kami anak2 PASTI an nur sg ular 🥰



28/04/2022

Assalamualaikum semua..malam ni malam jumaat bersamaan 27 ramadhan..malam yg dinanti2 kan semua dengan keberkahan malam jumaat bertepatan dengan 27 ramadhan...malam alqadar menjadi taruhan..marilah sama2 berinfak untuk pembinaan tempat mengaji anak2.. mudah2an Tuan Puan yg berinfak..Allah mudahkan segala urusan,murahkan rezki,lepaskan segala musibah,diberi kesihatan Oleh Allah...segala infak insyaallah menjadi amalan yg pahalanya berterusan sehingga Kita bertemu Allah Taala....jom berinfak

24/04/2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🌹

*Memohon sumbangan untuk pembinaan kompleks Pra Tahfiz An Nur Sg Ular*

DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH SEBANYAK RM250K BAGI MENYIAPKAN BANGUNAN KOMPLEKS PRA TAHFIZ INI.

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Dalam bulan ramadan ini , pahala berlipat ganda. Semoga dengan sumbangan daripada tuan puan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti mengalirnya air zam2 yang tidak pernah berhenti mengalir. In Shaa Allah Aamiin 🤲

Sumbangan boleh ditranfer ke akaun bank di bawah
✅Nombor akaun : 06082010035203
Bank islam
PASTI AN NUR SG ULAR

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi
✅Mohd MUSTAFA :0 18-904 5506 (PENGURUS PASTI AN NUR SUNGAI ULAR)
✅Cikgu Sarifah : 0 11-2554 7728(GURU BESAR AN NUR SUNGAI ULAR)

Sumbangan daripada tuan puan amatlah dihargai🌹

23/10/2021

PASTI: MELAHIRKAN GENERASI RABBANI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an.

Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat pendidikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ni. Kelas-kelas PASTI di semua negeri terus bertambah dari sehari ke sehari. Kini, tadika PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan dianggap prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia.

Dengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bermatlamat mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran AI-Quran dan Hadis.
Banyak jasa PASTI dalam mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan.

Ratusan ribu alumni PASTI kini berkhidmat membangunkan negara ini termasuk para profesional aras tinggi dengan lebih sejuta orang alumni PASTI.
Kita dapat lihat ramai lepasan PASTI membina kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, sukan dan akademik. Sebagai contoh;

1. Adik Ahmad Naufal dinobatkan sebagai Juara Qari Junior 2016.
2. Farihah Zulkifli dinobatkan juara Hafizah Kebangsaan 2016
3. Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin muncul johan pertandingan akhir Qari Junior 2017
4. Uzair Zayyan Naimulddin mendapat tawaran ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British
5. Enam peserta Musabaqah Hafazan AL-Quran 1443H/2021M yang pernah mendapat pendidikan awal di PASTI kawasan Tawau, telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.
6. Mohammad Syauqellah Razali dinobatkan pelajar paling cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.

Semoga PASTI terus cemerlang mencetak generasi rabbani pemimpin masa depan buat negara tercinta.





Photos from Pasti An Nur Sg Ular's post 23/10/2021

Alhamdullilah Syukur 🤲

Masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bersama sama dengan anak murid dalam Menyambut Maulidur Rasul bagi sesi 2021 .😍

MAULIDUR RASUL 2021 ❤️

28/09/2021

*Assalamuaikum untuk makluman semua ibu bapa PASTI* 😊😊

*Setelah melalui perbincangan secara terperinci oleh pihak PASTI dengan ini bermula tahun 2022 pelajar akan bersekolah secara berasingan mengikut seperti ketetapan berikut :-*

🟢 *SEMUA PELAJAR 4 TAHUN akan ditempatkan di PASTI AN NUR 3*
*Lokasi : Di PASTI sekolah rendah sg ular*
👉 Boleh hubungi cikgu khadijah 01121346858

🟢 *SEMUA PELAJAR 5 TAHUN akan ditempatkan di PASTI AN NUR 2*
*Lokasi : di PASTI seberang*
👉 Boleh hubungi cikgu sabrina 01136127385

🟢 *SEMUA PELAJAR 6 TAHUN akan ditempatkan di PASTI AN NUR 1*
*Lokasi : Di PASTI Darat*
👉boleh hubungi cikgu fatonah 0195341829

Segala persoalan boleh rujuk kepada guru2 di atas 😊 sekian terima kasih .

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuantan