24/08/2026
SESI PENUTUPAN LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY), MWQ) BAGI PROGRAM SARJANA SAINS DAN DOKTOR FALSAFAH, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI*
21 Ogos 2026 / UMPSA Kampus Gambang:* Sesi Penutupan Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) bagi bagi Program Sarjana Sains (NEC 0510) Dan Doktor Falsafah (NEC 0510 & NEC 0530), Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Sesi penilaian yang berlangsung selama empat hari, iaitu pada 17 - 18 Ogos dan 20-21 Ogos 2026, merupakan satu proses penting dalam memastikan pelaksanaan program akademik di UMPSA memenuhi standard dan kriteria kualiti yang ditetapkan oleh MQA
Lawatan penilaian ini melibatkan sesi perbincangan dan semakan terhadap pelaksanaan program termasuk pengurusan dan tadbir urus akademik, semakan kurikulum, kaedah penilaian pelajar, staf akademik, kemudahan serta prasarana akademik dan penyelidikan.
Pihak FSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga fakulti atas kerjasama, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang proses penilaian ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kecemerlangan akademik dan memastikan program yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard kualiti yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.