01/01/2026
β¨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 β¨
Semoga langkah tahun ke-9 penubuhan True Home Care Centre 2026 ini membawa lebih banyak rahmat, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kebahagiaan buat semua warga emas, keluarga serta para penjaga yang kami kasihi.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami sepanjang tahun lalu.
Insya-Allah, kami akan terus komited memberikan penjagaan penuh kasih, selamat dan berhemah seperti keluarga sendiri. Semoga setiap hari di tahun baharu ini dipenuhi senyuman, doa dan keberkatan untuk kita semua.
True Home Care Centre
Penjagaan Warga Emas Berlandaskan Kasih & Ihsan
19/11/2025
Pihak True Home Care Centre ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mims Cafe Kuantan atas sumbangan barangan makanan yang telah diberikan.
Sumbangan ini sangat bermakna dan membantu dalam menjaga kebajikan warga emas di pusat jagaan kami. Semoga kemurahan hati dan keikhlasan pihak Mims Cafe diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih kerana terus menyokong usaha kami dalam menjaga warga emas dengan penuh kasih sayang
08/11/2025
JAWATAN KOSONG β STAF PEREMPUAN BERMALAM
Kami di True Home Care Centre sedang mencari staf perempuan yang berminat untuk bekerja dan boleh bermalam di pusat jagaan warga emas.
π SYARAT:
Perempuan sahaja
Boleh bermalam di pusat jagaan
Tidak perlu pengalaman β minat dan kesungguhan sudah mencukupi
π KELEBIHAN:
a. Suasana kerja mesra dan tenang
b. Peluang belajar dan berkembang dalam penjagaan warga emas
c. Rakan sekerja supportive
d. Caruman KWSP & Perkeso
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi saya http://www.wasap.my/60183758662/Thcc
π Lokasi: Inderapura, Kuantan, Pahang
π Hubungi: 0183758662 (Pn. Yana)
01/11/2025
Hujung minggu kami diisi dengan aktiviti gotong-royong bersama warga emas di True Home Care Centre. Seronok melihat semua berganding bahu membersih, menghias dan menanam bunga β suasana jadi lebih hidup dan ceria.
π
Dengan semangat kerjasama dan kasih sayang, kami membersihkan kawasan, menceriakan taman, dan mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk warga emas tersayang π
Setiap senyuman dan gelak tawa hari ini menjadi kenangan indah buat semua.
Mari teruskan semangat prihatin dan kekeluargaan ini di True Home Care Centre! π‘β€οΈ
30/10/2025
"Gembira BersamaΒ²" kata-kata yang diucapkan apabila dapat keluar sarapan kedai kopi..insyaAllah lain hari kami akan bawak angin luar lagi yer
25/10/2025
Terima kasih diucapkan kepada MAlaysia Rail Link Sdn Bhd diatas keprihatinan dan sokongan terhadap pusat jagaan kami. Sumbangan yang diberikan amat membantu dalam meneruskan usaha menjaga kebajikan warga emas di sini. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang berpanjangan. Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran di dunia serta akhirat.
01/10/2025
βSelamat menyambut Hari Warga Emas"
Hari Warga Emas penting disambut kerana ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan besar warga emas dalam keluarga dan negara. Beberapa sebab utama:
1. Menghargai jasa dan pengorbanan
Warga emas adalah golongan yang banyak berjasa membesarkan anak, menyumbang kepada masyarakat, dan membangunkan negara. Hari khas ini menjadi peluang untuk kita menghargai mereka.
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat
Sambutan ini mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab menjaga kebajikan warga emas, bukan hanya menyerahkan kepada pihak tertentu atau pusat jagaan.
3. Menggalakkan kasih sayang antara generasi
Ia menjadi jambatan untuk anak muda lebih dekat, memahami dan menghormati orang tua. Hubungan kekeluargaan serta nilai hormat-menghormati dapat diperkukuh.
4. Meningkatkan sokongan sosial dan kesihatan
Program sambutan biasanya melibatkan aktiviti kesihatan, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti santai yang membantu warga emas kekal sihat, aktif dan gembira.
5. Mengiktiraf hak warga emas
Ia juga menekankan kepentingan melindungi hak mereka β dari segi kesihatan, keselamatan, kewangan dan kesejahteraan.
24/09/2025
Seperti kebiasaan..bila dapat "outing" seronok sangat lah bila diajak sarapan luar..hihihii. Bahagia sungguh nampaknyaa..
16/09/2025
SELAMAT HARI MALAYSIA 2025 π²πΎ
Apa Itu Hari Malaysia?
Hari Malaysia adalah peringatan rasmi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pada hari itu, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura bersatu di bawah satu bendera, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara baharu di peta dunia.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa tarikh penubuhan negara Malaysia ini sebenarnya pernah mengalami penangguhan. Asalnya, penggabungan dirancang pada 31 Ogos 1963βseiring dengan ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu. Tetapi kerana beberapa faktor politik, keselamatan, dan bantahan antarabangsa, tarikh rasmi akhirnya ditetapkan pada 16 September 1963.