13/12/2018
TIPS MEMILIH TADIKA/TASKA
Hari ini hendak saya kongsikan tips bagi memilih tadika/taska. Sudah pasti ibu bapa akan memilih yang terbaik buat anak-anak. Dan pasti kita akan lakukan beberapa survey terlebih dahulu. Antara kriteria yang perlu dipilih
1. Modul pengajaran dan pembelajaran/ Aktiviti
Sudah pasti kita mahu anak kita belajar sesuatu apabila dihantar ke tadika mahupun taska. Terdapat pelbagai jenis modul yg digunakan di tadika atau taska. Modul asas yang wajib digunakan sudah pasti modul permata bagi taska manakala KSPK bagi tadika. Maka menjadikan tadika/taska istimewa apabila diintegrasikan dengan modul yang tersusun.
Akan menjadi nilai tambah apabila modul yang digunakan adalah modul yang lain dari lain.
Kebanyakan tadika swasta menyediakan pakej ini. Antara modul yang ada ialah konsep islamik, modul keusahawanan, english concept, play based learning dan pelbagai lagi.
Bagaimana ibu bapa nak lihat modul ini??
* Ibu bapa boleh perhatikan dari jadual harian dan tahunan.
* Boleh juga lihat di dalam page FB tadika atau taska tersebut
* Tanya kepada ibu bapa yang pernah hantar.
2. Guru dan pendidik
Mereka adalah orang kedua yang akan rapat dengan anak-anak kita nanti. Separuh hari mereka adalah bersama guru. Jadi penting untuk kita lihat guru yang akan mendidik anak kita.
Kriteria pertama adalah sikap guru sendiri. sikap ramahnya, hormatnya pada kita, muka sentiasa senyum, sikapnya dalam melayan anak-anak.
Kriteria kedua adalah perwatakan luarannya. Kalau ibu bapa yang pentingkan atau ingin terapkan islamik. Maka ini antara kriteria yang boleh dilihat. Iaitu pakaian guru tersebut. Sekiranya pakaian yang dipakai guru menutup aurat, insya Allah baik akhlaknya.
Selain itu, guru perlu lah mempunyai sijil atau kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sijil dan kelayakan sangat perlu kerana merekalah yang akan merancang perkembangan anak-anak kita. Jadi guru yang ada perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dlm bidang pendidikan awal kanak-kanak.
3. Kawasan tadika / taska tersebut
Kriteria ini penting kerana sudah pasti keselamatan dan keselesaan anak-anak menjadi keutamaan.
Keceriaan juga boleh menjadi kan keseronokkan kepada anak-anak kita untuk datang ke tadika/taska. Pilih lah yang tadika sedap mata memandang. Bukan sekadar cantik diluar malah didalam juga.
Kalau diizinkan boleh melawat kawasan dalam tadika taska. Dan kriteria lain adalah kebersihan. Kalau ada kesempatan untuk ke tandas pun dah boleh lihat taraf kebersihan tadika/taska tersebut. Kebersihan sangat penting, kawasan yang tidak bersih menyebabkan anak-anak mudah dijangkiti penyakit.
Ciri lain dari segi yuran dan lokasi
Cara terbaik untuk survey adalah ibu bapa datang sendiri ke tadika/taska tersebut bagi membuat penilaian secara dekat dan boleh mendengar penjelasan dengan lebih detail.