Fakulti Sains Al-Quran UCYP University

Fakulti Sains Al-Quran UCYP University Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Sains Al-Quran UCYP University, College & University, UCYP University, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Anak Air, Kuantan.

Menaungi Pengajian Pengurusan Islam yang mempunyai 4 program pengajian iaitu Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran, Diploma Pengurusan Institusi Islam, Diploma Kewangan Islam dan Ijazah Pengurusan Halal Industri.

Pihak Fakulti Sains al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MUHAMMAD HUSAIN BIN ABU BAKAR pe...
27/07/2026

Pihak Fakulti Sains al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

MUHAMMAD HUSAIN BIN ABU BAKAR

pelajar

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN ISLAM DENGAN PERNIAGAAN HALAL

atas komitmen dan dedikasi membantu pihak pengurusan

KULA CAKES KUANTAN

mendapatkan

PENSIJILAN HALAL

Semoga terus maju jaya buat beliau dalam bidang yang diceburi di masa hadapan.

Alhamdulillah, suatu sesi pertemuan para pelajar Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran (DTS) Fakulti Sains Al-Quran UCYP Uni...
25/07/2026

Alhamdulillah, suatu sesi pertemuan para pelajar Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran (DTS) Fakulti Sains Al-Quran UCYP University bersama Dekan; Dr.Mohd Saleh Ramli al-Hafiz. Sesi pertemuan ini bertujuan untuk memberikan sedikit taujihat kepada pelajar tentang peri pentingnya menjaga adab sebagai seorang pelajar. Ini amat penting bagi memastikan para pelajar tidak terjebak dengan masalah sosial dan budaya-budaya yang tidak sihat. Semoga para pelajar di UCYP University bukan sahaja menjadi seorang mahasiswa yang berilmu semata, tetapi turut beramal dengan ilmu yang dipelajarinya. Amin.

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Muhammad Arif Fadilah Ishak, ...
20/07/2026

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Muhammad Arif Fadilah Ishak, pensyarah Fakulti Sains Al-Quran UCYP University atas penerbitan berimpak tinggi.

Pihak fakulti mendoakan semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dilakar oleh beliau dan semua warga fakulti.

Alhamdulillah, para pelajar Fakulti Sains Al-Quran UCYP University yang terdiri daripada program Diploma Pengajian Tahfi...
20/07/2026

Alhamdulillah, para pelajar Fakulti Sains Al-Quran UCYP University yang terdiri daripada program Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran, Diploma Pengurusan Institusi Islam, Pensijilan Tahfiz Profesional telah menyertai program Daurah Hadis Mishkat Al-Masabih pada
18 Julai 2026 bertempat di Dewan Aqua Crystal, UCYP University.

Program ini dianjurkan oleh Institut Peradaban Islam Antarabangsa, UCYP University dengan kerjasama Jabatan M***i Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan sunnah Rasulullah SAW.

Daurah ini dilaksanakan dalam enam (6) siri dengan penyertaan pelajar UCYP University, Smart Tahfiz, Pusat Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA), Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), institusi pondok serta masyarakat umum. Peserta yang mengikuti kesemua siri akan dianugerahkan sijil penyertaan dan sanad pengajian.

Turut hadir,
Dr. Haji Muhamad Mizi Azam bin Haji Yahya
Ketua Penolong M***i Bahagian Fatwa, Jabatan M***i Negeri Pahang

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hamisa bin Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor (Akademik), UCYP University

Prof. Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli
Pengarah Institut Peradaban Islam Antarabangsa, UCYP University

Dr.Mohd Saleh Ramli
Dekan
Fakulti Sains al-Quran, UCYP University

Semoga penganjuran daurah ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu hadis dan penghayatan al-Quran sebagai pedoman kehidupan.

Konferens Pendidikan dan AI di UCYP University
20/07/2026

Konferens Pendidikan dan AI di UCYP University

📢 Calling All Academicians & Industry Professionals!

Join us at the 4th International Conference on Education 2026 (ICED 2026) & the 11th International Conference on Language and Education 2026 (ICLE 2026)!

🗓️ Dates: 4–5 November 2026
📍 Venue: UCYP University, Kuantan, Malaysia

Conference Theme:
"Beyond Automation: Critical Perspectives on Artificial Intelligence in Advancing Quality Education (SDG 4)"

The Faculty of Education & General Studies (FEGS), UCYP University invites you to submit your research and be part of meaningful discussions on the transformative role of Artificial Intelligence in education.

For enquiries, please contact:
📲 Ms. Khairunnisa: www.wasap.my/+60196551491
📲 Dr. Mohd Nor: www.wasap.my/+60176320150

Be part of a global platform that brings together collaboration, innovation and excellence in education.

We look forward to welcoming you to ICED & ICLE 2026 ✨️





Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Mohd Rashimi Mohamed pensy...
07/07/2026

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Mohd Rashimi Mohamed pensyarah Fakulti Sains Al-Quran UCYP University atas penerbitan berimpak tinggi.

Pihak fakulti mendoakan semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dilakar oleh semua warga fakulti.

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar Pensijilan Tahfiz a...
06/07/2026

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar Pensijilan Tahfiz al-Quran Fakulti Sains al-Quran, UCYP University

Rujhan bin Khaizuran
Muhammad Hafidzul Khairy bin Ahmad Hafidz

atas kejayaan memperoleh mumtaz bagi subjek Darul Quran, JAKIm

Semoga terus konsisten dalam menempuh kecemerlangan di masa hadapan.

Alhamdulillah, pada 15 Mei 2026, Fakulti Sains Al-Quran UCYP University telah menganjurkan program FSQ Share and Care: S...
04/07/2026

Alhamdulillah, pada 15 Mei 2026, Fakulti Sains Al-Quran UCYP University telah menganjurkan program FSQ Share and Care: Spread the Kindness bertempat di Bilik Latihan, Kampus Utama UCYP University. Program ini melibatkan agihan pek makanan kepada 25 orang pelajar UCYP yang memerlukan.

Tujuan program ini dilaksanakan bagi memupuk sikap cakna akan golongan yang memerlukan dan memupuk nilai tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan bagi menyempurnakan tugasan Akhlak and Ethics of Islamic Business dan Halal Entrepreneurship oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dengan Perniagaan Halal.

Pihak fakulti turut berbesar hati dengan kehadiran Naib Canselor UCYP University, Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain yang merasmikan program ini. Program ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi UCYP University.

Address

UCYP University, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Anak Air
Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60105275295

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Al-Quran UCYP University posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Sains Al-Quran UCYP University:

Shortcuts

Share