21/05/2025
sumbangan yang diberikan oleh BAKKIP kepada Anggota Kerja UnIPSAS yang baru sahaja ditimpa ujian iaitu kematian ahli keluarga.
BAKKIP mendoakan supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman 🤲
21/05/2025
Sumbangan kepada Anggota Kerja UnIPSAS yang baru sahaja menimang cahaya mata.
BAKKIP mendoakan supaya zuriat mereka menjadi anak yang soleh dan solehah 🤲
21/05/2025
21 MEI 2025
Ziarah mahabbah oleh wakil BAKKIP ke rumah Anggota Kerja UnIPSAS Encik Yasim yang telah ditimpa musibah akibat kebakaran baru-baru ini.
BAKKIP mendoakan semoga beliau cekal menghadapi ujian Allah dan dipermudahkan segala urusan 🤲
21/05/2025
30 APRIL 2025
Pemberian sumbangan oleh wakil BAKKIP kepada Ustaz Mohd Haizuran yang akan menunaikan ibadat Haji pada tahun ini.
BAKKIP mendoakan supaya beliau dipermudahkan segala urusan dan mendapat Haji yang mabrur 🤲
21/05/2025
13 MEI 2025/25 MEI 2025
Wakil BAKKIP telah menziarahi Anggota Kerja UnIPSAS yang dimasukkan ke wad kerana mengalami masalah kesihatan (Puan Umi Asrawati dan Puan Faiqah Ahmad Radzuan)
BAKKIP mendoakan semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kepada mereka 🤲
30/03/2025
27 MAC 2025 (26 RAMADHAN 1446H)
Pemberian kuih raya dan sampul raya daripada Badan Amal Dan Kebajikan Kakitangan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (BAKKIP) yang disampaikan oleh YH Prof Dato' Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS kepada Anggota Kerja UnIPSAS
"UnIPSAS BUMI BARAKAH"
13/03/2025
Jawatankuasa BAKKIP bagi tahun 2024/2025 🔥
13/03/2025
11MAC 2025 (10 RAMADHAN 1446H)
Pemberian buah kurma daripada Badan Amal Dan Kebajikan Kakitangan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (BAKKIP) yang disampaikan oleh YH Prof Dato' Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS kepada wakil unit dan Anggota Kerja UnIPSAS
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa