AKM Negeri Pahang

Call Directions

AKM Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKM Negeri Pahang, Education Website, Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Kuantan.

08/10/2026
اينيسياتيف رنتس اڬينسي سلوت کنݢاراءن اکو کاسيه مليسيا کومونيتي کمس داءيره ڤکنINISIATIF RENTAS AGENSI SLOT KENEGARAAN AKU...
06/10/2026

اينيسياتيف رنتس اڬينسي سلوت کنݢاراءن اکو کاسيه مليسيا کومونيتي کمس داءيره ڤکن

INISIATIF RENTAS AGENSI SLOT KENEGARAAN AKU KASIH MALAYSIA KOMUNITI KEMAS DAERAH PEKAN

4 OKTOBER 2026 | AHAD | PEKAN

Inisiatif Rentas Agensi Slot Kenegaraan Aku Kasih Malaysia Komuniti KEMAS Daerah Pekan telah diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan sempena Program Hari Kemahiran dan i-FEST anjuran KEMAS Negeri Pahang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan bersama komuniti serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap kenegaraan dari pelbagai aspek dan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Pelbagai pengisian dan aktiviti telah diadakan seperti aktiviti merewang, pertandingan mewarna, pameran usahawan kecil dan aktiviti komuniti yang lain. Turut diadakan Slot Kenegaraan yang dikendalikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang, dimulakan dengan pengenalan serta perkongsian prestasi agensi dalam perkhidmatan sebelum diteruskan dengan sesi Interaktif Kenegaraan yang disampaikan oleh Puan Norliana binti Hj. Mohd Yusof, Penolong Pengarah AKM Negeri Pahang.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman masyarakat berkaitan kenegaraan, menyemai semangat cintakan negara serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan agensi. Penglibatan komuniti dalam program sebegini turut memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.









ڤروݢرم خاص: اکو کاسيه مليسيا ورݢ ايبو ڤجابت ڤوليس داءيره تيمرلوهPROGRAM KHAS: AKU KASIH MALAYSIA WARGA IBU PEJABAT POLIS...
06/10/2026

ڤروݢرم خاص: اکو کاسيه مليسيا ورݢ ايبو ڤجابت ڤوليس داءيره تيمرلوه

PROGRAM KHAS: AKU KASIH MALAYSIA WARGA IBU PEJABAT POLIS DAERAH TEMERLOH

30 September 2026 | Rabu | Temerloh

AKM Negeri Pahang telah mengadakan Program Khas: Aku Kasih Malaysia (IPD Temerloh) bertempat di Dewan Perumahan PDRM Temerloh Jaya, Temerloh.

Program ini dihadiri oleh warga IPD Temerloh, Pahang. Turut hadir ke program ini Yang Dihormati Superitendan Polis, Marina binti Hashim Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh.

Antara pengisian yang telah dilaksanakan dalam program ini adalah seperti sesi Interaktif Kenegaraan dan Slot Malaysia MADANI: Faham Kenegaraan.

Program ini membantu penjawat awam khususnya warga IPD Temerloh, Pahang dalam menambahkan pengetahuan berkaitan kenegaraan dengan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Tambahan, tuntutan nilai integriti akan memastikan perkhidmatan yang berkesan dapat disampaikan kepada rakyat secara profesional, telus dan cemerlang.









سلوت کنݢاراءن اکو کاسيه مليسيا برساما-سام کومونيتي مجليس ڤوست کباجيقن سيماليسياSLOT KENEGARAAN AKU KASIH MALAYSIA BERSAM...
01/10/2026

سلوت کنݢاراءن اکو کاسيه مليسيا برساما-سام کومونيتي مجليس ڤوست کباجيقن سيماليسيا

SLOT KENEGARAAN AKU KASIH MALAYSIA BERSAMA-SAMA KOMUNITI MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA

1 Oktober 2026 | Khamis | Kuantan

Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Slot Kenegaraan Aku Kasih Malaysia bersama-sama Komuniti Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Slot tersebut disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Kamal Bin Mohd Affandi, Pengarah AKM Negeri Pahang, menerusi perkongsian berkaitan kenegaraan, semangat cintakan negara serta penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan bertanggungjawab.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman serta kesedaran komuniti terhadap peranan setiap individu dalam menyumbang kepada pembinaan Negara Bangsa yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan.







سلامت اولڠ تاهون کلاهيرن ک-86𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟖Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-6...
01/10/2026

سلامت اولڠ تاهون کلاهيرن ک-86

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟖

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-68 kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Semoga YAB Dato' Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan khidmat bakti demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Pahang.

Ikhlas daripada
YBrs. Tuan Mohd Kamal Bin Mohd Affandi
Pengarah AKM Negeri Pahang
serta seluruh warga kerja AKM Negeri Pahang.

Selamat Hari Lahir, YAB Dato' Sri!









ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا مهاسيسوا بهارو کوليج ڤولي-تچه مارا کوانتنPROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA MAHASISWA BAHARU KO...
29/09/2026

ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا مهاسيسوا بهارو کوليج ڤولي-تچه مارا کوانتن

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA MAHASISWA BAHARU KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN

29 September 2026 | Selasa | Kuantan

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang (AKM Pahang) telah menjayakan Program Khas Aku Kasih Malaysia bersama mahasiswa baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan, hari ini.

Program turut diserikan dengan Slot Interaktif Kenegaraan yang disampaikan oleh En. Mohd Khairul Azhar bin Awam, Ketua Seksyen Belia, AKM Pahang, yang memberi ruang kepada mahasiswa untuk berinteraksi dan memahami nilai kenegaraan, jati diri serta tanggungjawab sebagai generasi muda.

Program ini menjadi platform dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara serta memperkukuh penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa.






دري انسان برجيوا کنݢاراءن، ملڠکه منديديق ݢينراسيDARI INSAN BERJIWA KENEGARAAN, MELANGKAH MENDIDIK GENERASISetinggi-tingg...
28/09/2026

دري انسان برجيوا کنݢاراءن، ملڠکه منديديق ݢينراسي

DARI INSAN BERJIWA KENEGARAAN, MELANGKAH MENDIDIK GENERASI

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Cik Nurnatasha Alia binti Rosli atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat di AKM Pahang.

Selamat melangkah ke lembaran baharu sebagai seorang pendidik. Semoga segala pengalaman dan nilai kenegaraan yang diperoleh menjadi bekalan dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Selamat maju jaya, Cik Nurnatasha! Jasa dikenang, budi disanjung.

Ikhlas daripada:
YBrs. Tuan Mohd Kamal bin Mohd Affandi
Pengarah AKM Pahang
dan seluruh warga AKM Pahang





ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا ورݢ مجليس باندر راي کوانتنPROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA BERSAMA WARGA MAJLIS BANDARAYA KUA...
28/09/2026

ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا ورݢ مجليس باندر راي کوانتن

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA BERSAMA WARGA MAJLIS BANDARAYA KUANTAN

28 SEPTEMBER 2026 | ISNIN | KUANTAN

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang melalui Seksyen Korporat telah menganjurkan Program Khas Aku Kasih Malaysia bersama warga Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bertempat di Dewan Seminar Lestari, Aras 2. Program ini dihadiri oleh Cik Nurnatasha Alia binti Rosli, Penolong Pengarah AKM Negeri Pahang, serta Encik Mohamad Haziq bin Mohamad Sabri, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Latihan MBK.

Pengisian program merangkumi perkongsian pencapaian inisiatif MADANI oleh Cik Nurnatasha Alia, sesi interaktif kenegaraan oleh Encik Nasrul Isyam bin Abg Hamid, Sahabat Penggerak MADANI Negeri Pahang, serta aktiviti latihan berkumpulan yang dikendalikan oleh Encik Izmir Izuan bin Zainudin, Penolong Pegawai Latihan AKM Pahang.

Program ini turut menekankan kepentingan badan korporat dan pihak berkuasa tempatan sebagai rakan strategik kerajaan dalam memacu pembangunan negara, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus serta membudayakan nilai integriti, tanggungjawab dan patriotisme dalam kalangan warga kerja.
Program diakhiri dengan majlis penutup dan rumusan sebagai usaha memperkukuh semangat kenegaraan, jati diri kebangsaan serta penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI demi melahirkan warga kerja yang berintegriti, berdaya saing dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara.







28/09/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 | 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈

Jabatan Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh keluarga serta waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah telah menabur jasa dan mencurahkan khidmat bakti dalam bidang kesihatan, kemasyarakatan serta pembangunan negara.

Segala jasa, sumbangan dan pengabdian Allahyarhamah kepada rakyat dan negara akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna.

Semoga seluruh keluarga dan waris dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Nota: Foto yang digunakan adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja dan bukan milik Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hak cipta adalah milik pemilik asal foto.





Pejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Address

Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095162225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKM Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share