UBK SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang

UBK SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UBK SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang, Education, Kuantan.

17/06/2021

Program Sembang Santai Halatuju Selepas SPM Bersama Cikgu Asma' Binti Ahmad, Bekas GBK SMK Lepar Hilir, 2013-2015.

Hari Sabtu. Pukul 10 Pagi di link FB Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Sagu , Kuantan Pahang,

https://web.facebook.com/PusatInternetKomunitiFeldaBukitSagu

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Sagu
Balai JKKR,
Felda Bukit Sagu 1,
Bukit Sagu,
26130 Kuan

14/09/2017
06/08/2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

🌷Di pagi hari ini, Isnin 7/7/2717. 🌷

Masa berlalu sangat pantas. Rupanya pelajar Ting 1 SMKLH yang belajar BM dan Sivik dengan saya pada tahun 2013 kini dah berada di Tingkatan 5. Doa saya untuk mereka, doa saya juga bekas pelajar saya di SMK Seri Mahkota, juga doa saya untuk pelajar Ting 5 di tempat Kerja sekarang. Peperiksaan Percubaan SPM 2017 .
*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak-anak kami, anak-anak didik kami bakal menduduki peperiksaan Percubaan SPM 2017.

Ya Allah.

Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak- anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan.

Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.

Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.

Ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak didik kami, anak-anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.



28/05/2017

Lepasan STPM Dan Matrikulasi. Video Program Tip Hadiri Temuduga UKM

Buat anak-anak SMK Seri Mahkota, boleh tag rakan-rakan yang nak kena buat video resume UKM. Penceramah dalam tip resume video ini, Prof Madya Dr Wan Hamizah telah mengizinkan saya memberikan tip ini kepada anak-anak Mahkotarian.

Kepada lepasan Smk seri mahkota dan lepar hilir yang nak tip lebih lanjut boleh pm atau Wassap saya untuk kita wat temujanji tapi jumpa saya di rumah saya bila keadaan bleeding saya sudah berkurangan.

Saya upload balik di fb ini untuk panduan anak-anak yang nak hadir temuduga bersemuka dan temuduga bervideo.

Rakaman video ini pada 8 pagi hingga 1 petang 27 Februari 2016 di Dewan Kuliah Besar KMPh. Alhamdulillah. Video Ringkas Program Tip Panduan Temuduga Secara Bervideo di UKM Oleh Prof Madya Dr Wan Amizah bt Wan Mahmud



Permohonan UPU telah ditutup semalam.Bagi  lepasan SPM dan berminat belajar kemahiran, bolehlah memohon ILKA (Institut L...
07/04/2017

Permohonan UPU telah ditutup semalam.Bagi lepasan SPM dan berminat belajar kemahiran, bolehlah memohon ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Institusi bawah Mara, selain yuran pengajian percuma, dapat elauan bulanan p**a.

🌹TARIKH-TARIKH PENTING HEBAHAN PORTAL BPKP🌹

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

💝KKTM Kuantan dalam kursus Diploma Manufacturing Engineering. Permohonan biasiswa dan kerja d UMW selepas habis belajar.

http://cgkaunseling.blogspot.my/2017/03/lepasan-spm-permohonan-diploma-kktm.html?m=0

🌹Syarat ke KKTM.5 kredit termasuk BM dan Sejarah.
🌹 Kredit Math dan Sains bagi aliran sastera.
🌹kredit Add Math, Matematik, Kimia, Bio, dan Fizik bagi aliran Sains Tulen.

❤️IKM p**a lulus BM Dan Sejarah dah boleh apply.

❤️KKTM dan IKM yuran pengajian percuma.

➡Pernah dengar Institut Latihan Perindustrian ?Online Permohonan ke Inst. Latihan Perindustrian untuk pelajar lepasan SPM
Tak perlu no. pin

www.jtm.gov.my
Tarikh tutup 28 April 2017
Hrp Maklum. Tq👌

🌷Makluman berkenaan Permohonan Kemasukan ke IKM/KKTM/MJII secara online telah dibuka dari 15/03/2017 hingga 14/04/2017. 🌷

🌷Program MJTI.. MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE juga menawarkan biaisiswa.🌷

Sehubungan dgn itu, jika tuan/puan mempunyai calon yg ingin dan layak memohon, boleh la berbuat demikian di laman web www.ekemahiran.edu.my . Ini kerana tawaran kemasukan sekarang semuanya menggunakan sistem online SPUPIM.

Jika calon tidak isi online dalam tempoh berkenaan maka tawaran kemasukan tidak boleh dibuat. Terima kasih.😊

👆🏻Mohon bantuan rakan2 utk maklumkan kpd lepasan SPM kita samada saudara mara dll.🌹

Sekian terima kasih.

Cikgu As.

💘terima kasih kawan-kawan atas sebarannya💘

Assalamualaikum dan selamat petang. Buat anak-anak lepasan SPM, STPM SMK Seri Mahkota dan Lepar Hilir.Perhatian. Sebenta...
03/04/2017

Assalamualaikum dan selamat petang. Buat anak-anak lepasan SPM, STPM SMK Seri Mahkota dan Lepar Hilir.

Perhatian. Sebentar tadi ada yang pm saya menunjukkan permohonan UPU mereka ada yang mengisi program pendidikan di no 5.Anak-anak program ber # menunjukkan ia program bertemuduga. Untuk program pendidikan mesti isi di pilihan 1 dan 2 sahaja ya. Please be careful dalam membuat pilihan kursus ya.

TARIKH-TARIKH PENTING HEBAHAN PORTAL BPKP

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

SENARAI SEMAK UPUONLINE (DO'S & DON'TS)

Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti UPU di ;
INSTAGRAM
TWITTER




• Permohonan Kemasukan ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018

Biasiswa PenerajuProgram Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pel...
04/03/2017

Biasiswa Peneraju
Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasa SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan 2017 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah.
http://cgkaunseling.blogspot.my/…/pembiayaan-pendidikan-tun…

selepas SPM, SPM, STPM, PMR, Universiti, kerjaya, kerja, cinta, pendidikan seks, motivasi, belajar, nota minda,

04/03/2017
[HEBAHAN SEGERA][TAWARAN LATIHAN PERCUMA & PELUANG PEKERJAAN][TEMUDUGA TERBUKA UNTUK GOLONGAN BELIA][ANJURAN KEMENTERIAN...
02/03/2017

[HEBAHAN SEGERA]
[TAWARAN LATIHAN PERCUMA & PELUANG PEKERJAAN]
[TEMUDUGA TERBUKA UNTUK GOLONGAN BELIA]
[ANJURAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN MALAYSIA DAN PRASARANA DENGAN KERJASAMA MAJLIS BELIA MALAYSIA]

JOM SERTAI PROGRAM BOOTCAMP
“KAPTEN BAS”
KELAYAKAN
-Warganegara Malaysia
-Lelaki & Perempuan (21-40 Tahun)
-Memiliki Lesen D (Min 3 Tahun) / D / E & PSV
-Kelayakan Akademik SRP/PT3/SPM/STPM

Calon-Calon Hendaklah Mengemukakan Dokumen Asal & Salinan Seperti Berikut:
-Kad Pengenalan
-Sijil SRP/PT3/SPM/STPM
-Lesen Memandu
-4 Keping Gambar Berukuran Passport (Berlatarbelakang Putih)

Faedah & Kemudahan Yang Disediakan oleh PRASARANA:
-Caruman Perkeso & Kwsp
-Elaun Pemanduan
-Pakaian Seragam & Elaun Dobi
-Kemudahan Rawatan Perubatan Termasuk Ahli Keluarga
-Kemudahan Pengangkutan Prasarana Termasuk Ahli Keluarga

PRASARANA AKAN MENYEDIAKAN LATIHAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN PSV

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi 03-8871 5687 / 5682 (Cik Fitri / En. Khairul)

SILA HADIR KE SESI TAKLIMAT & TEMUDUGA
Tarikh: 8 Mac 2017 (Rabu)
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang

Lokasi 01: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Aras 4, Menara KBS, No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 PUTRAJAYA.

Lokasi 02: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Jalan Tasek, Ayer Keroh, 75450 MELAKA

Lokasi 03: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Jalan Hospital, Kampung Pauh Panji, 15200 Kota Baharu, KELANTAN

Lokasi 04: Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Jalan Taman Pasir Putih, Putatan, Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu, SABAH
Lokasi 05: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93150 Kuching, SARAWAK

Lokasi 06: Rapid Penang Sdn. Bhd, Lorong Kulit, 10460 PULAU PINANG

PENERANGAN MBM | 01.03.2017

25/02/2017

Biasiswa Peneraju
Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasa SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan 2017 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah.
http://cgkaunseling.blogspot.my/…/pembiayaan-pendidikan-tun…

Jawatan Kosong dalam bidang ketenteraan
21/01/2017

Jawatan Kosong dalam bidang ketenteraan

Permohonan kemasukan ke  Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 secara online diteruskan sehingga tarikh tutup 21.10.2016...
28/09/2016

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 secara online diteruskan sehingga tarikh tutup 21.10.2016.

Online Self-Assessment (OSA) bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 ditangguhkan sehingga 21.10.2016.

Klik pautan dibawah untuk memohon

Tingkatan 1 : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Tingkatan 4 : https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

Online application to MRSM for Form 1 and Form 4 2017 is available until 21.10.2016.

Online Self-Assessment Test (OSA) for MRSM Form 1 and Form 4 2017 Application is now postponed until 21.10.2016.

Click links below to apply
Form 1 : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Form 4 : https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category