22/07/2026
🌸 BENGKEL JAWAB UNTUK CEMERLANG (JUC) SIRAH UPKK 2026 🌸
📢 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah selesai bengkel SIRAH UPKK 2026 buat murid-murid tahun 5 :
📆 Tarikh: 19 JULAI 2026
🕢 Masa: 08:30 pagi – 12:00 tghari
📍 Tempat: PERPUSTAKAAN KKTM (TVETMARA)
Anjuran: SAR KAFA AL FATEH KKTM, SAR KAFA AL HIKMAH INDERA SEMPURNA & KAFA MATIIN
✨ Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Sirah. Sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan dan anak-anak memperoleh ilmu yang berkat serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK🤲
✨Tidak lupa juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah, para guru dan semua yang terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala kebaikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. Terima kasih! 😊
SAR KAFA AL FATEH KKTM KUANTAN