02/09/2026
APA YANG MASUK MERAH, KELUAR KUNING? 🤔
Pernah tak kita terfikir satu perkara yang nampak macam mudah tetapi sebenarnya menarik?
Kita minum air sirap yang merah pekat. Kadang-kadang sampai lidah pun jadi merah.
Tapi bila pergi ke tandas…
Air kencing tetap warna kuning!
Kenapa ya? Kalau ikut logik mudah, masuk warna merah… patut keluar pun merah kan? 😄
Sebenarnya tubuh manusia bukan sekadar paip yang membenarkan apa yang masuk terus keluar.
Apabila kita minum air sirap, minuman tersebut akan melalui sistem pencernaan. Air, gula dan bahan-bahan lain akan diserap melalui usus masuk ke dalam aliran darah.
Di sinilah badan kita mula bekerja.
Hati bertindak sebagai pusat pemprosesan. Banyak bahan yang masuk ke dalam tubuh akan diproses, diubah atau diuraikan terlebih dahulu.
Kemudian, buah pinggang p**a bertindak sebagai sistem penapisan yang sangat pintar. Ia menapis darah dan membuang bahan buangan tertentu bersama air kencing.
Tetapi buah pinggang bukan sekadar "penapis warna".
Bukan semua bahan pewarna yang kita minum akan terus keluar melalui air kencing dalam bentuk asalnya. Ada yang telah mengalami perubahan metabolisme, ada yang tidak diserap dan keluar melalui najis, manakala sebahagiannya mungkin diuraikan oleh tubuh.
Sebab itulah…
Minum sirap merah tidak semestinya menghasilkan air kencing berwarna merah.
Warna kuning pada air kencing p**a sebenarnya datang daripada pigmen semula jadi yang dikenali sebagai urochrome atau urobilin, hasil daripada proses metabolisme dalam badan.
Namun, ada juga makanan tertentu yang boleh menyebabkan warna air kencing berubah.
Contohnya:
🟥 Beetroot – boleh menyebabkan air kencing menjadi merah atau merah jambu.
🟡 Vitamin B – boleh menyebabkan air kencing menjadi kuning terang.
🟠 Sesetengah ubat dan makanan – juga boleh mengubah warna air kencing.
Jadi, jangan pelik kalau suatu hari nanti kita makan sesuatu dan melihat warna air kencing berubah.
Tetapi…
Kalau air kencing tiba-tiba berwarna merah tanpa sebab yang jelas, jangan p**a terus anggap sebab minum sirap!
Kadangkala perubahan warna air kencing boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan tertentu dan perlu mendapatkan pemeriksaan.
Tubuh manusia sebenarnya sangat hebat.
Apa yang kita makan dan minum tidak terus keluar dalam bentuk asal.
Ada proses pencernaan.
Ada proses penyerapan.
Ada proses metabolisme.
Ada hati yang memproses.
Dan ada buah pinggang yang menapis.
Semuanya berlaku setiap hari tanpa kita sedar.
Jadi selepas ini, kalau ada anak kecil bertanya…
“Ayah, kita minum sirap merah, kenapa kencing tak merah?”
Jangan gelak.
Sebab sebenarnya…
Itu soalan sains yang cukup menarik! 😄
— Sazly Tulih