Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan

Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan

Share

Pusat Pengajian Tahfiz Ribat al-Mustafa & az-Zahra diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Uwais Qarni Bin Abdul Wahab pada tahun 2011.

Photos from Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan's post 31/12/2025

Khamis 18 Disember 2025 / 27 Jamadil Akhir 1447H

Alhamdulillah, penghujung 2025 kami meraikan pelajar Muhammad Adam Bin Muhammad Sufi yang berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk pada hari ini.

Mendaftar masuk pada 28 Mei 2022, beliau merupakan pelajar ke 41 dalam senarai pelajar Ribath Al Musthofa yang berjaya khatam hafazan al-Quran. Tahniah buat beliau, kedua ibubapa dan keluarga. Semoga diberikan keazaman dan kekuatan untuk berusaha gigih memantapkan hafazan, kekal dalam ingatan dan terus mendalami ilmu al-Quran.

Turut diadakan pada majlis sama, khatam kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiyyah pelajar tahun 4 dan khatam hafazan matan Zubad pelajar Muhammad Luqman Al-Hakim di hadapan para guru kelas pengajian kitab Ribath Al Musthofa.

Mudah-mudahan beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah swt dan Insyaallah Ribath Al Musthofa akan terus maju pada masa akan datang.

Photos from Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan's post 24/09/2025

LKPP CORP. BERSELAWAT yang berlangsung di Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Sungai Karang, Kuantan pada 18 September yang lalu.

Pihak Ribath merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada LKPP Corporation Sendirian Berhad kerana memilih Ribath Al Musthofa sebagai tuan rumah bagi mengadakan majlis yang berkah ini. Lebih 500 orang telah hadir terdiri dari barisan pengurusan kanan syarikat serta warga LKPP Corp., pelajar-pelajar tahfiz dari maahad dan madrasah berhampiran, ibubapa pelajar dan penduduk setempat. Majlis yang berlangsung bermula dengan solat Maghrib tersebut, telah diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar LKPP Corp. Ybhg. Encik Mohd Nazim Bin Basiron serta timbalannya Ybhg. Encik Ahmad Shahrir Bin Mazlan.

Para tetamu serta hadirin yang memenuhi ruang khemah utama, bersama menghayati bacaan Maulid adh-Dhiya al-Laami' serta persembahan alunan selawat dan qasidah oleh kumpulan qasidah Firqah Nurul Huda al-Hadi dan Syeikh Mustafa az-Zaydan. Dua slot tausiyah telah disampaikan oleh Ustaz Barkatullah Bin Mohd Bahari yang merupakan Mudir Madrasah Raudhah al-Muhibbin, Chenor merangkap Pengerusi Persatuan Pondok Turath Pahang dan tausiyah kedua oleh Ustaz Muhammad Uwais Qarni, Mudir Ribath Al Musthofa. Pihak LKPP Corp. turut menyerahkan sumbangan zakat kepada lima buah maahad tahfiz melalui Mudir dan wakil mereka yang turut hadir pada malam tersebut.

Pihak Ribath sekali lagi merakamkan penghargaan kepada LKPP Corp. atas kesudian menganjurkan majlis, sumbangan zakat kepada maahad-maahad tahfiz serta hidangan jamuan makan yang disediakan buat semua yang hadir. Semoga menjadi asbab dikurniakan keberkatan dan keselamatan pada harta serta perniagaan yang dijalankan. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

23/09/2025

Daurah Kitab bersama Dr. Lukmanul Hakim al-Azhari di Ribath Al Musthofa hujung minggu ini.

Juga terbuka kepada orang awam dengan bayaran RM10 sahaja.

Mohon sebarkan!

Photos from Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan's post 20/08/2025

Selasa | 19 Ogos 2025 - Daurah kitab at-Tibyan fi adab hamalatul Quran bersama Sheikh Abdul Hadi al-Kharsa.

Turut hadir dalam majlis para asatizah luar yang berdekatan, pelajar tahfiz Madrasah Ibnu Soleh dan Madrasah Al-Alamiyah Kuantan.

Semoga beroleh manfaat serta rahmat dan keberkatan dari Allah swt.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


1/1388 Sungai Karang Pantai
Kuantan
26100