Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan

Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan Pusat Pengajian Tahfiz Ribat al-Mustafa & az-Zahra diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Uwais Qarni Bin Abdul Wahab pada tahun 2011.

16/08/2026
12/08/2026

RISALAH ADAB SULUK AL MURID KARANGAN IMAM ABDULLAH AL HADDAD

Khamis 18 Disember 2025 / 27 Jamadil Akhir 1447HAlhamdulillah, penghujung 2025 kami meraikan pelajar Muhammad Adam Bin M...
31/12/2025

Khamis 18 Disember 2025 / 27 Jamadil Akhir 1447H

Alhamdulillah, penghujung 2025 kami meraikan pelajar Muhammad Adam Bin Muhammad Sufi yang berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk pada hari ini.

Mendaftar masuk pada 28 Mei 2022, beliau merupakan pelajar ke 41 dalam senarai pelajar Ribath Al Musthofa yang berjaya khatam hafazan al-Quran. Tahniah buat beliau, kedua ibubapa dan keluarga. Semoga diberikan keazaman dan kekuatan untuk berusaha gigih memantapkan hafazan, kekal dalam ingatan dan terus mendalami ilmu al-Quran.

Turut diadakan pada majlis sama, khatam kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiyyah pelajar tahun 4 dan khatam hafazan matan Zubad pelajar Muhammad Luqman Al-Hakim di hadapan para guru kelas pengajian kitab Ribath Al Musthofa.

Mudah-mudahan beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah swt dan Insyaallah Ribath Al Musthofa akan terus maju pada masa akan datang.

Address

1/1388 Sungai Karang Pantai
Kuantan
26100

Telephone

019-9195929

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category