Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan

Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan PASTI LUQMAN AL-HAKIM

28/07/2026

Selamat Menjalani Latihan Mengajar PASTI (LMP)

Selamat Menjalani Latihan Mengajar PASTI (LMP) buat seluruh Guru Pelatih Semester 7 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK).

Semoga latihan mengajar ini menjadi medan menimba pengalaman, mengaplikasikan ilmu serta membentuk diri sebagai pendidik yang berilmu, berakhlak dan berjiwa murabbi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan, kekuatan dan kejayaan sepanjang menjalani LMP.


Tahniah kepada semua GP🌸🌹
27/07/2026

Tahniah kepada semua GP🌸🌹

🏃‍♂️🏃🏻‍♀️ ANDA SUDAH BERSEDIA? 🎉Ayuh ibu bapa sertai FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM! 🌈✨Kita berlari, beriadah dan cipta k...
24/07/2026

🏃‍♂️🏃🏻‍♀️ ANDA SUDAH BERSEDIA? 🎉

Ayuh ibu bapa sertai FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM! 🌈✨

Kita berlari, beriadah dan cipta kenangan indah bersama anak-anak 💚

🔥 Mari kita meriahkan FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM bersama-sama! 💪

📌💥LOCK THE DATE❗

https://docs.google.com/forms/d/12ckUeH1Zl2CfSdDz2b5enTu8-nUFRJRl9gp1EVl4Egk/edit?usp=drivesdk*🔊🥳PENDAFTARAN PASTI LUQMA...
21/07/2026

https://docs.google.com/forms/d/12ckUeH1Zl2CfSdDz2b5enTu8-nUFRJRl9gp1EVl4Egk/edit?usp=drivesdk

*🔊🥳PENDAFTARAN PASTI LUQMAN AL-HAKIM BAGI SESI 2027 KINI DIBUKA🥳🎉*

🔊MAKLUMAT YURAN PENDAFTARAN SEMUANYA TELAH DIMASUKKAN DALAM PAUTAN _google form_ yang diberikan di atas.

*❗PERHATIAN, SILA BACA ARAHAN DENGAN TELITI SEHINGGA HABIS ❗*

*📍🔊MURID BARU DAN MURID LAMA WAJIB MENGISI MAKLUMAT DALAM PAUTAN GOOGLE FORM YANG DIBERI DI ATAS*

=================================

*📝SYARAT-SYARAT KEMASUKAN*
_▪️TIDAK DIBENARKAN MENGHISAP PUTING ATAU BOTOL SUSU_
_▪️PEMAKAIAN PAMPERS BAGI MURID 4,5 DAN 6 TAHUN ADALAH TIDAK DIBENARKAN_
_▪️PASTI TIDAK MENERIMA murid yang mempunyai masalah yang berikut AUTISME/HIPERAKTIF/ADHD atau MASALAH YANG BERKAITAN_
*⛔Pihak PASTI berhak MEMBERHENTIKAN anak tuan/puan sekiranya anak tuan/puan didapati ada masalah - masalah tersebut*

=================================

*🌸PENDAFTARAN E-PASTI (MURID BARU SAHAJA)*
🖥️ Sila ke laman web PASTI Malaysia di alamat www.pastimalaysia.com dan pilih PENDAFTARAN MURID

✳️Masukkan Kod PASTI yang ingin mendaftar :

*💥 PASTI LUQMAN AL-HAKIM 1️⃣*
_(Taman Kampung Padang Jaya)_
📌kod E-PASTI : *c050208*

*💥 PASTI LUQMAN AL-HAKIM 2️⃣&3️⃣*
_(Taman Impian & Perumahan Padang Maju)_
📌kod E-PASTI : *c050213*

📌Selesai simpan maklumat, tekan CETAK

📌Sila *SIMPAN* slip permohonan pdf dan bawa slip yang sudah *DICETAK* pada hari *PENDAFTARAN BERSEMUKA*

📌Tarikh *PENDAFTARAN BERSEMUKA* akan dimaklumkan dalam group pendaftaran

________________________________

_u/p : PASTI LUQMAN AL-HAKIM 3 akan dibuka sekiranya jumlah permohonan mencapai sasaran yang diperlukan. Jika berlaku lebihan permintaan pendaftaran di salah satu premis PASTI Luqman Al-Hakim. Murid tersebut akan dihantar ke PASTI Luqman Al-Hakim yang masih mempunyai kekosongan tempat. Keutamaan tempat diberikan kepada ibu bapa yang terawal membuat pendaftaran bersama bayaran BOOKING RM100_

Terima kasih.

Simpan sini untuk kenangan🥰🌹. BSBJ 2026
22/06/2026

Simpan sini untuk kenangan🥰🌹. BSBJ 2026

🏆 ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026 🏆Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke had...
22/06/2026

🏆 ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026 🏆

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaan kejayaan kepada kontinjen PASTI Luqman Al-Hakim, Kg Padang dalam Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Indera Mahkota 2026.

📊 PENCAPAIAN PASTI LUQMAN AL-HAKIM

⚽ BOLA SEPAK
🥇 Johan

🏀 BOLA JARING
🏅 Tempat Keempat

🏆 JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026

Kejayaan ini bukanlah hasil usaha individu semata-mata, bahkan merupakan natijah kerjasama dan pengorbanan ramai pihak.

🌹 Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para jurulatih serta guru-guru yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam melatih serta membimbing anak-anak sehingga berjaya mengharumkan nama PASTI Luqman Al-Hakim.

🌹 Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu, sama ada melalui sumbangan kewangan, penyediaan makanan, kehadiran di sesi latihan mahupun doa yang tidak putus-putus buat anak-anak.

🌹 Tidak dilupakan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin, kerjasama dan akhlak yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta menjadi bekalan dalam membentuk generasi soleh, cerdas dan berdaya saing.



22/06/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 🌹*SUMBANGAN SUKAN BSBJ PASTI KAWASAN IM 2026*-------------------------------...
12/06/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 🌹

*SUMBANGAN SUKAN BSBJ PASTI KAWASAN IM 2026*

-------------------------------
📅 Tarikh: 20 & 21 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tghari
📍 Tempat: Stadium Polo IM 8
-------------------------------

Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos:

📌 Persiapan tempat
📌 Sewa tempat
📌 Makan dan minum
📌 Penginapan
📌 Pengadil
📌 Lain-lain kos yang berkaitan dengan program BSBJ

Sumbangan yang diberikan akan membantu menampung sebahagian daripada kos keseluruhan penganjuran sukan ini. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan bagi menjayakan program sukan ini.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal kebajikan dan mendapat ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih. 🤝

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ...
14/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹

“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ummah.”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan buat seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang pelbagai juadah, hadiah serta memberi sokongan sempena Sambutan Hari Guru di PASTI Luqman Al-Hakim. 🎁🍱💐

Segala bentuk sumbangan dan ingatan yang diberikan amat bermakna buat para muallimah. Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan ganjaran pahala, dilimpahkan rezeki yang berkat serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. 🤲




🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ...
13/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹

“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ummah.”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan buat seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang pelbagai juadah, hadiah serta memberi sokongan sempena Sambutan Hari Guru di PASTI Luqman Al-Hakim. 🎁🍱💐

Segala bentuk sumbangan dan ingatan yang diberikan amat bermakna buat para muallimah. Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan ganjaran pahala, dilimpahkan rezeki yang berkat serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. 🤲✨

Address

No. 19 Lorong Kg. Padang Jaya 15, Jalan Sg. Lembing
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60139394949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan:

Shortcuts

Share