Little Heroes Hub

Little Heroes Hub

Share

Welcome to the official social media page of the Paediatric Department SASMEC@IIUM.

12/05/2026

Happy Nurses Day!
Our Nurses. Our Future.
A Celebration of Care.

Photos from Sultan Ahmad Shah Medical Centre IIUM's post 14/04/2026
08/04/2026

Little skin, big care đź’›
Let’s understand eczema better for our little ones.

Eczema in kids isn’t “just a rash” — awareness starts here ✨

Credits to IIUM medical students.

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Semoga Aidilfitri 1447H/2026M membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kedamaian kepada anda dan keluarga.

- Team Paediatrik SASMEC di Little Heroes Hub.

19/03/2026

Many parents feel pressure to enroll their children in school as early as possible. But some research suggests that giving children an extra year before starting kindergarten may support better focus and emotional development.

Studies examining school readiness have found that delaying kindergarten by one year may reduce inattention and hyperactivity by as much as 73% in some cases. The extra time allows young children to strengthen self regulation, attention span, and social skills before entering structured classrooms.

Early childhood experts also emphasize the importance of free play during these years. Unstructured play helps children develop creativity, problem solving abilities, and emotional resilience, which are all important foundations for long term learning success.

18/03/2026

Raya nanti, tolong jangan ambil ringan bila ibu ayah kata jangan pegang, cium, atau terlalu rapat dengan baby.

Bukan sebab mereka berlagak.
Bukan sebab mereka memilih.
Bukan sebab mereka tak percaya saudara sendiri.

Mereka cuma tahu, baby kecil belum ada pertahanan badan yang kuat seperti orang dewasa.

Masalahnya, masa raya ramai orang datang dekat.
Ada yang batuk sikit.
Ada yang hidung berair sikit.
Ada yang rasa “alah, selesema biasa je”.
Ada juga yang nampak sihat, tapi sebenarnya sedang bawa virus.

Untuk orang dewasa, mungkin cuma rasa tak sedap badan.
Tapi untuk baby, jangkitan seperti RSV, influenza, HFMD dan juga virus lain boleh jadi jauh lebih berat.

RSV misalnya, ramai tak sedar ia boleh bermula macam selesema biasa.
Hidung berair.
Batuk.
Kurang menyusu.
Tapi pada sesetengah baby, terutama yang kecil, ia boleh jadi sesak nafas, nafas laju, berbunyi, dan perlu masuk hospital.

Influenza p**a bukan sekadar “demam biasa”.
Ia boleh buat baby demam tinggi, lemah, kurang minum, sukar bernafas, dan berisiko jadi lebih serius daripada yang orang sangka.

HFMD pun ramai ingat hanya bahaya kalau ada ruam jelas.
Hakikatnya, ia boleh merebak melalui air liur, cecair lepuh, tangan yang tercemar, najis, permukaan, barang permainan, malah sentuhan rapat dan perkongsian sudu atau cawan.

Sebab itu, jangan terasa hati kalau ibu ayah letak batas.

Nak tengok baby, boleh.
Nak doakan, boleh.
Nak bergambar dari jauh, boleh.
Tapi jangan terus pegang, jangan cium, jangan sentuh tangan atau muka baby sesuka hati.

Kalau anda tak sihat, baru lepas demam, batuk, selsema, sakit tekak, ada ulser mulut, cold sore, atau anak anda baru balik dari taska dengan ruam dan demam, itu lebih penting untuk jaga jarak dulu.

Kasih sayang tak semestinya dengan ciuman.
Kadang-kadang bentuk sayang yang paling matang ialah bila kita tahu bila perlu berundur sedikit untuk melindungi.

Musim raya sepatutnya bawa gembira.
Jangan kerana satu ciuman, satu pegangan, atau satu sikap “alah tak apa”, baby p**a yang akhirnya menanggung sakit.

Hormati ibu ayah.
Hormati batas.
Dan tolong, lindungi baby kita sama-sama.

28/12/2025

Perasan tak scene ni dekat restoran.

Anak umur setahun duduk dalam baby chair, depan mata ada tab. Mata dia terpaku. Ibu ayah p**a rancak bersembang, masing masing tengok hal sendiri.


Post ni bukan nak kecam ibu bapa. Kita semua pernah penat. Kadang kadang anda cuma nak makan dengan tenang, nak bersembang sekejap, nak rasa ada ruang untuk diri sendiri. Itu normal.

Tapi bagus juga kita tahu kenapa tab jadi “pengasuh” untuk anak kecil tak cantik, terutama bawah 2 tahun.


Umur ni otak anak sedang bina asas. Bukan sekadar tengok dan dengar, tapi rasa, sentuh, gerak, dan berinteraksi. Bila anak dapat tab, dia memang fokus.

Tapi yang hilang tu banyak.

1. Dari segi sensory, anak terlepas peluang rasa dunia sebenar. Tekstur makanan, pegang sudu, bunyi pinggan, bau, gerak badan, semua tu “latihan otak” yang tak boleh diganti dengan skrin.

2. Dari segi motor halus, waktu makan luar sebenarnya masa anak belajar pegang, cubit, capai, susun, buka tutup. Bila tab ambil alih, tangan jadi pasif. Anak nampak mudah dijaga, tapi jari dan koordinasi tangan mata kurang dilatih.

3. Dari segi speech, bahasa datang dari interaksi dua hala. Anak bunyi, kita jawab. Anak tunjuk, kita namakan. Anak cuba sebut, kita ulang dengan betul. Skrin buat anak jadi penerima saja. Kurang eye contact dan kurang “berbalas” yang sebenarnya paling penting untuk perkembangan bahasa.

4. Dan mata pun sama. Skrin dekat, terang, bergerak laju. Anak jadi biasa dengan rangsangan cepat, dan cepat bosan bila aktiviti jadi perlahan. Bila tab tak ada, emosi pun lebih mudah meletup sebab dia belum belajar tenangkan diri tanpa skrin.

Kalau anda memang perlu juga guna tab sekali sekala, tak salah. Tapi cuba jadikan ia pilihan terakhir, bukan default.

Alternatif yang lebih selamat dan “mesra otak anak” bila makan luar:

âś… Bawa sticker book kecil atau buku kain
✅ Mainan senyap sensory, ring, atau pop it kecil
✅ Bagi anak “kerja” mudah macam pegang sudu, lap meja dengan tisu, susun straw
âś…Finger food yang sesuai umur

Dan yang paling besar nilainya: borak dengan anak walaupun dia belum pandai jawab. Pandang dia, sebut nama makanan, buat bunyi kelakar. Biar anak rasa dia ada dalam meja tu.

Anak tak perlukan tab sangat. Anak perlukan manusia. Sebab pada umur ni, yang membesar bukan badan saja. Yang sedang dibina adalah otak dan hubungan ❤️

25/11/2025

“Ketagihan Gajet di Kalangan Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan”

-Penggunaan gajet berlebihan boleh menjejaskan perkembangan emosi, sosial dan pembelajaran anak-anak. Ketahui cara mengawalnya sebelum terlambat.

“Rising Gadget Addiction Among Children: A Growing Concern”

-Excessive screen time can affect emotional, social and cognitive development. Learn how to manage it before it becomes harmful.

Credit video : 5th Year Medical Student IIUM.

Photos from Sultan Ahmad Shah Medical Centre IIUM's post 18/11/2025

Every newborn deserves a chance.

Happy World Prematurity Day 2025!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM
Kuantan
25200