28/04/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada Mualimah Ayu, wakil guru PASTI Ar-Rasyidin Taman Datoโ Rashid, atas kejayaan gemilang meraih Anugerah Guru Pelatih Terbaik bagi Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 4 anjuran Institut Latihan PASTI Malaysia.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi sinar inspirasi yang menyemarakkan semangat seluruh guru PASTI untuk terus melangkah dengan tekad dan keikhlasan dalam mendidik. Semoga kita semua terus dipilih menjadi asbab lahirnya generasi berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang dunia serta akhirat. โจ
10/04/2026
Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya PASTI Ar-Rasyidin, TDR dan Sambutan Hari Lahir Siri 1 (JAN-APRIL)
Alhamdulillah ๐ค
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir Siri 1 semalam dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh bermakna ๐๐.
Pihak PASTI Ar-Rasyidin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah menyumbang juadah yang sangat lazat serta meluangkan masa untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan semua amat kami hargai ๐.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada YB Andansura bin Rabu (ADUN Beserah), Ustaz Zulfadli Zakariah (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta barisan AJK Pemuda PAS Indera Mahkota atas kesudian hadir memeriahkan majlis kami. Kehadiran tuan-tuan amat bermakna dan menambahkan lagi seri program ini ๐คโจ.
Semoga melalui program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim antara guru, ibu bapa dan anak-anak serta mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti PASTI kita ๐คฒโจ
Terima kasih semua! โค๏ธ
12/03/2026
Semalam berlangsungnya Projek Kuih Raya di PASTI Ar-Rasyidin TDR yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa anak-anak. ๐ชโจ
Anak-anak begitu teruja apabila berpeluang bersama-sama membuat kuih raya sebagai salah satu aktiviti sempena program Ihyaโ Ramadhan. Walaupun masih kecil, mereka sangat bersemangat mencuba, belajar dan bekerjasama dengan rakan-rakan.
Suasana sepanjang aktiviti berlangsung dalam keadaan seronok, ceria dan terkawal, dengan bimbingan guru-guru yang sentiasa memastikan setiap anak dapat terlibat dengan baik. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membantu memupuk kemahiran bekerjasama, kesabaran serta menambahkan lagi kegembiraan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak PASTI Ar-Rasyidin. Semoga kenangan ini menjadi memori indah dalam perjalanan pembelajaran mereka. ๐
12/03/2026
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐! ๐
๐๐๐ฌ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข & ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ ๐.
๐๏ธ Tarikh Penting:
Mula Cuti: ๐๐ ๐๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Kembali ke Sekolah: ๐ฏ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐๐ป๐ถ๐ป)
๐ธ
Pergi ke pekan membeli kelapa,
Buat juadah di hari raya;
Pesanan ikhlas buat ibu bapa,
Hati-hati di jalan raya.
Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga PASTI Pahang! Moga selamat sampai ke destinasi. ๐โจ
24/02/2026
โจ Sambil kejar pahala RAMADAN, jom kongsi rezeki! โจ
Salam semua! Sambil-sambil kita berebut kumpul pahala berganda bulan Ramadan ni, terutamanya amalan derma/infaq, apa kata kita selitkan sikit rezeki untuk bantu mereka yang sangat memerlukan?
โจ PELUANG REBUT pahala RAMADAN, jom kongsi rezeki! โจ
Assalammualaikum semua! Sambil-sambil kita berebut kumpul pahala berganda bulan Ramadan ni, terutamanya amalan derma/infaq, apa kata kita selitkan sikit rezeki untuk bantu mereka yang sangat memerlukan?
Tahun lepas, kita berjaya capai RM 500,000 untuk kempen Infaq Ramadan Kasih 1.0.
1 PASTI seluruh Malaysia, dapat manfaatnya!
Tahun ini, PASTI Malaysia bawakan kembali kempen Infaq Ramadan Kasih 2.0 dengan MISI YANG BESAR!
Target kita, kutipan RM 1 Juta!
Sumbangan anda hari ni, akan kami salurkan terus untuk:
โ
Bantuan Asnaf (Biar anak-anak asnaf senyum lebar ketika menjalani bulan puasa & menyambut raya nanti)
โ
Pemerkasaan Cawangan (Bantu naik taraf dan pastikan kelancaran operasi PASTI di seluruh Malaysia)
โ
Pendidikan Infaq (Mendidik anak-anak muda kita tentang indahnya berkongsi rezeki)
Tak perlu tunggu jumlah besar, RM10 atau RM5 pun sangat bernilai di sisi Allah. Mudah je nak menyumbang, tak payah beratur kat bank.
Buka apps bank kat telefon sekarang, lepas tu:
๐ฒ Scan QR Code Bank Islam pada gambar, ATAU
๐ณ Transfer terus ke akaun: 14041010080826 (Bank Islam - Tabung Kebajikan Am PASTI Malaysia)
Atau tekan link dibawah untuk menyumbang :
https://pastimalaysia.caknaummah.com/form/infakkasihramadanmalaysia2.0
Jom kawan kawan PASTI, kita rebut Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba buat kebaikan)!
Jangan lupa tekan butang SHARE supaya lebih ramai kawan-kawan dan keluarga kita dapat tumpang saham akhirat ni sama-sama.