02/07/2026
MEMOHON SUMBANGAN PASTI ARRASYIDIN TDR
Assalamualaikum, semoga Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Merujuk kepada perkara di atas, PASTI ArRasyidin sedang mengumpul sumbangan untuk menaiktaraf PASTI yang sudah beroperasi di Taman Dato' Rashid sejak tahun 2018.
Alhamdulillah, sudah ratusan graduan PASTI lahir daripada PASTI ini, sejak ditubuhkan 8 tahun yang lalu.
Seiring dengan usia PASTI, kami kini sedang berusaha menambah baik aspek keselamatan, keceriaan dan keselesaan premis bagi manfaat anak-anak serta guru.
Antara penambahbaikan yang dirancang ialah:
✅ Penambahan 1 unit pemadam api, papantanda keselamatan
✅ Penambahbaikan kemudahan dan ruang pembelajaran
✅ Mewujudkan persekitaran yang lebih ceria dan selesa dengan mengecat semula PASTI
✅ Membaiki kerosakan yang berlaku seperti rak reput, tandas pelajar dan atap bocor
Bagi merealisasikan usaha ini, kami memerlukan anggaran dana sebanyak RM6,000.
Justeru, kami ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk menyumbang atas kemampuan yang Tuan/Puan sudi.
Tiada jumlah yang terlalu kecil, kerana setiap sumbangan amat bermakna buat kami.
📌 Sumbangan boleh dibuat melalui QR DuitNow yang disertakan bersama.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi *amal jariah yang berterusan*, membantu melahirkan generasi soleh dan solehah, serta mendapat ganjaran berpanjangan di sisi Allah SWT.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan doa daripada Tuan/Puan.
Semoga sumbangan kita menjadi sedekah jariah, yang melahirkan anak-anak soleh solehah yang dididik dengan ilmu bermanfaat.
Jazakumullahu khairan kathira. 🤲