GIATMARA Kuantan

GIATMARA Kuantan

Share

Institusi Latihan Kemahiran
https://linktr.ee/giatmarakuantan Kursus yang ditawarkan:

1.

FASHION AND DRESSMAKING (FND)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 Teknologi Pembuatan Pakaian

2. GRAPHIC DESIGN AND ADVERTISING (GDA)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Graphic Design (Digital)

3. SENI REKA GAYA RAMBUT (SGR)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Dandanan Rambut

Photos from UMPSA Malaysia's post 30/04/2026
23/04/2026

Masih ada kekosongan lagi. Jangan lepaskan peluang ini.

πŸ”₯ NAK BELAJAR TEKNIK SYAMPU RAMBUT MACAM PROFESIONAL? πŸ”₯

Jom sertai Program 3L Menyampu Rambut dan Urutan Kepala bersama kami! πŸ’†β€β™€οΈβœ¨

Belajar teknik cucian rambut yang betul, urutan kepala yang relaxing dan cara layanan asas seperti di salon sebenar!

πŸ’– Sesuai untuk beginner & sesiapa yang minat bidang kecantikan/rambut
πŸ’– Boleh tambah ilmu, tambah skill & tingkatkan keyakinan diri
πŸ’– Sesuai juga untuk yang nak mula bisnes kecil-kecilan beauty/haircare

πŸ“… 29 April 2026
πŸ’° Yuran hanya RM20
πŸ‘₯ TERHAD 10 ORANG SAHAJA!

‼️ Tempat sangat limited, siapa cepat dia dapat ‼️

πŸ“² Daftar sekarang sebelum penuh!

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp:-
https://wa.link/nsr5gu

Photos from GIATMARA Kuantan's post 21/04/2026

Kesedaran Jenayah Dalam Kalangan Belia (Peranan dan Tanggungjawab Bersama)

21 April 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya sesi taklimat pencegahan jenayah melibatkan para pelatih GIATMARA Kuantan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia.

Program ini memberi pendedahan yang sangat penting kepada para pelatih mengenai risiko jenayah, implikasi undang-undang serta kepentingan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian. Penyampaian yang jelas dan interaktif daripada pihak polis membuka ruang kepada pelatih untuk lebih memahami realiti semasa serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak polis atas kesudian hadir berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dalam membentuk generasi belia yang lebih berdisiplin, berintegriti dan peka terhadap tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

GIATMARA Kuantan komited dalam melahirkan pelatih yang bukan sahaja berkemahiran, malah mempunyai sahsiah diri yang tinggi.




13/04/2026

SCT giatmara kuantan. Permohonan telah dibuka bagi yang berminat.

13/04/2026

πŸ”₯ NAK BELAJAR TEKNIK SYAMPU RAMBUT MACAM PROFESIONAL? πŸ”₯

Jom sertai Program 3L Menyampu Rambut dan Urutan Kepala bersama kami! πŸ’†β€β™€οΈβœ¨

Belajar teknik cucian rambut yang betul, urutan kepala yang relaxing dan cara layanan asas seperti di salon sebenar!

πŸ’– Sesuai untuk beginner & sesiapa yang minat bidang kecantikan/rambut
πŸ’– Boleh tambah ilmu, tambah skill & tingkatkan keyakinan diri
πŸ’– Sesuai juga untuk yang nak mula bisnes kecil-kecilan beauty/haircare

πŸ“… 29 April 2026
πŸ’° Yuran hanya RM20
πŸ‘₯ TERHAD 10 ORANG SAHAJA!

‼️ Tempat sangat limited, siapa cepat dia dapat ‼️

πŸ“² Daftar sekarang sebelum penuh!

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp:-
https://wa.link/nsr5gu

Photos from GIATMARA Kuantan's post 11/04/2026

11 April 2026

Alhamdulillah, berpeluang hadir ke pameran sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Soi, Kuantan.

Terima kasih atas jemputan dan ruang yang diberikan kepada GIATMARA Kuantan untuk berkongsi maklumat berkaitan pendidikan TVET serta peluang kemahiran kepada para pelajar dan ibu bapa.

Semoga perkongsian ini dapat membuka lebih banyak laluan masa depan yang lebih baik kepada generasi muda.




Photos from GIATMARA Kuantan's post 03/04/2026

Pada 31 Mac yang lalu, kami berpeluang ke Novveau Showcase Final Exhibition di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

Lawatan ini bukan sekadar melihat pameran, malah pelajar turut diberikan tugasan untuk membuat pemerhatian dan analisis terhadap setiap projek yang dipamerkan.

Selepas lawatan, mereka perlu membentangkan dapatan masing-masing menggunakan konsep 5W1H (What, Why, Who, Where, When, How).

Objektif utama adalah untuk memastikan pelajar bukan sahaja melihat hasil akhir, tetapi memahami idea, proses serta strategi di sebalik setiap projek.

Learning by seeing.
Learning by doing.
Learning by thinking.

Semoga pengalaman ini dapat membuka perspektif dan memberi inspirasi untuk menghasilkan projek yang lebih berkualiti.


Photos from GIATMARA Kuantan's post 30/03/2026
21/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kesederhanaan kita menyambut Syawal, terselit seribu makna tentang pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan sepanjang Ramadan yang lalu.

Hari raya bukan sekadar tentang pakaian baru atau juadah di meja, tetapi tentang hati yang kembali bersih, hubungan yang kembali erat, dan kemaafan yang dipohon dengan penuh rendah diri.

Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih diberkati, setiap amalan diterima, dan setiap silaturahim terus terjaga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada
Noor Hafiza Mohd Nasir
Pengurus GIATMARA Kuantan

21/03/2026

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walilllahilhamd.

Ramadan, sebuah bingkisan istimewa dari Allah, penuh tarbiyah dan ganjaran pahala. Syawal, manifestasi kesucian hati dan Aidilfitri adalah hadiah kemenangan dari Ilahi.

Semoga Ramadan dan Syawal menjadikan kita seorang hamba yang lebih bertaqwa, tinggi iltizam dan bijak tindakan pada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas segala kekhilafan, kesilapan dan kesalahan.

Kepada sahabat handai, rakan taulan, wargakerja GIATMARA serta rakan TVET negara, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada :

Abdul Manan bin Ibrahim
Pengarah
GIATMARA Negeri Pahang

1447 H | 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


A-5, Kilang IKS, Kawasan Perusahaan PPD, Kg. Soi, Jalan Pantai Sepat
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00