27/09/2026
π Syabas dan Tahniah! ποΈπ²πΎ
Sekalung tahniah diucapkan kepada NADRATULLIYANA BINTI AB MALEK daripada GIATMARA SIMPANG AMPAT atas kejayaan meraih MEDAL FOR EXCELLENCE ποΈdalam bidang FASHION TECHNOLOGY di WorldSkills Competition Shanghai 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, disiplin, latihan berterusan dan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas kemahiran bertaraf dunia. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan institusi dan negara, malah membuktikan bahawa bakat TVET Malaysia mampu bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang kemahiran serta memartabatkan TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya pilihan.
Syabas dan tahniah! Malaysia Boleh! Demi Malaysia! πͺπ²πΎ