27/09/2016
Ustaz Zamri Mari Berdoa
Ruang ini dibina membantu para guru,jabatan dan organisasi untuk mendapatkan teks doa yang sesuai dan khusus bagi sesuatu majlis yang diraikan
27/09/2016
24/02/2013
Cari binatang tersembunyi
16/02/2013
WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN
Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)
- Bercinta Selepas Nikah dan www.harianislam.com
15/02/2013
Jangan parking di pili bomba
14/02/2013
Seorang remaja cina yang didapati putus cinta pada hari valentine harini terjun dari tingkat 6 di Berjaya Times Square.
14/02/2013
....
(Dengar THR GEGAR secara online di www.thr.fm/gegar )
14/02/2013
Tolong sebarkan...
Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day
Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/hari-valentine-haram-disambut-umat-islam
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz kata:
Rasulullah mengajar kita agar mengambil seorang perempuan yang memang telah tersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu sebelum mendirikan rumahtangga; dan bukannya mengambil seorang perempuan yang akan dididik sebagai seorang isteri dan ibu, setelah mendirikan rumahtangga
"FAZFAR BI ZAT AD-DIN..."
"Maksudnya: "Pilihlah (seorang perempuan) yang memiliki agama (untuk dijadikan seorang isteri).Dalam ertikata lain, pilihlah perempuan telah sedia terdidik untuk menjadi isterimu
"TARIBAT YADAK..."
"Boleh diertikan sebagai: "Akan senang hati kamu."Senang, kerana kamu tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendidiknya, malah dia dapat p**a membantu kamu mendidik anak-anak.
13/02/2013
Aldar Headquarters, Abu Dhabi
Bangunan berbentuk seperti duit syiling yang terletak di Abu Dhabi ini merupakan bangunan berbentuk bulat pertama yang dibina di Timur Tengah. Mendapat anugerah "Best Futuristic Design" di persidangan The Building Exchange (BEX) di Sepanyol, rekaannya dibina menggunakan grid keluli berpenjuru yang membolehkannya dibentuk sedemikian rupa. Bangunan ini siap dibina Januari 2010 yang lalu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuantan
25150