16/03/2026
Alhamdulillah, program Gema Aidilfitri MAYAM Kuantan 2026 atau lebih tepat majlis penutupan IHYA Ramadan MAYAM 2026 telah berlangsung dengan baik dan penuh keberkatan. Majlis yang diisi dengan Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana serta iftar bersama ini menjadi penutup Ramadan yang bermakna buat warga MAYAM.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menginfaqkan rezeki bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran berlipat ganda, melapangkan rezeki serta mengurniakan keberkatan hidup kepada para penyumbang dan keluarga. 🤲
Buat para pelajar yang telah pulang bercuti, pesan kami:Jangan tinggalkan Al-Quran walaupun berada di rumah. Teruskan membaca dan mengulang hafazan walau sedikit setiap hari. Di samping itu, bantulah ibu bapa di rumah dan jagalah adab sebagai anak yang soleh.
Semoga cuti ini menjadi masa untuk mengeratkan hubungan keluarga dan menambah keberkatan hidup.
Selamat bercuti dan selamat menyambut Aidilfitri. 🌙
08/03/2026
Alhamdulillah… satu malam yang cukup bermakna buat warga Maahad Tahfiz Muhammadi (MAYAM) apabila dapat berkumpul bersama ibu bapa dalam Program Berbuka Puasa MAYAM.
Program dimulakan dengan tazkirah ringkas yang menyentuh hati sebelum berbuka oleh PU Faris, mengingatkan kita tentang keberkatan Ramadan dan nilai kebersamaan dalam keluarga serta pendidikan anak-anak.
Saat azan Maghrib berkumandang, para pelajar, guru dan ibu bapa berbuka puasa bersama dalam suasana penuh syukur dan ukhuwwah. Kebersamaan itu diteruskan dengan solat Isyak dan Tarawih berjemaah, sebelum menikmati moreh secara potluck yang dibawa oleh ibu bapa.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan menyumbang makanan serta masa untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Sokongan dan kehadiran tuan puan amat besar maknanya buat anak-anak serta warga MAYAM.
Semoga kebersamaan yang sederhana ini menjadi kenangan indah, mengeratkan hubungan antara maahad dan keluarga, serta membawa keberkatan kepada kita semua di bulan Ramadan yang mulia ini. 🤲✨
03/03/2026
MAKLUMAN
JULUNG KALI DIADAKAN DI MAAHAD TAHFIZ MUHAMMADI, KUANTAN
KHUSUS UNTUK PARA WANITA SEMUA....
✨️🔆✨️🔆✨️🔆✨️🔆✨️
*SEMINAR DARAH WANITA*
Membincangkan permasalahan dan kemusykilan berkenaan dengan darah-darah wanita yang terdapat dalam Bab Fiqh Darah Wanita.
Dialu-alukan semua wanita-wanita disana pada ketetapan berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 5 Mac 202y
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Surau MAYAM KUANTAN.
InshaaAllah, yang akan membimbing kita semua, pengisi yang arif tentang darah-darah wanita .. Al-Fadhilah Ustazah Dzatul Natasha Binti Suhaimi (Lepasan Universiti Al-Azhar,Mesir)
Semoga kita semua dapat menambah ilmu pengetahuan bagi memastikan ibadah kita kepada Allah benar dan sahih.
InshaaAllah, jumpa disana.
12/02/2026
🌟 Sekalung Tahniah & Syukur 🌟
Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Azri Bin Mohd Ridzuan atas kejayaan menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk, sekaligus dinobatkan sebagai Al-Hafiz ke-25 Maahad Tahfiz Muhammadi.
Semoga Allah SWT mengurniakan istiqamah, kekuatan mujahadah dan keberkatan ilmu, serta menjadikan al-Quran sebagai cahaya kehidupan dan syafaat di dunia serta akhirat.
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan para asatizah yang tidak jemu membimbing dan mendoakan.
🤲 اللهم اجعله من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك
26/01/2026
🌟 Sekalung Tahniah & Syukur 🌟
Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Ariana Qistina Bt Osman atas kejayaan menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk, sekaligus dinobatkan sebagai Al-Hafiz ke-24 Maahad Tahfiz Muhammadi.
Semoga Allah SWT mengurniakan istiqamah, kekuatan mujahadah dan keberkatan ilmu, serta menjadikan al-Quran sebagai cahaya kehidupan dan syafaat di dunia serta akhirat.
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan para asatizah yang tidak jemu membimbing dan mendoakan.
🤲 اللهم اجعلها من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك
20/01/2026
🌟 Sekalung Tahniah & Syukur 🌟
Tahniah diucapkan kepada Saudara Aiman Irfan bin Abdullah atas kejayaan menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk, sekaligus dinobatkan sebagai Al-Hafiz ke-23 Maahad Tahfiz Muhammadi.
Semoga Allah SWT mengurniakan istiqamah, kekuatan mujahadah dan keberkatan ilmu, serta menjadikan al-Quran sebagai cahaya kehidupan dan syafaat di dunia serta akhirat.
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan para asatizah yang tidak jemu membimbing dan mendoakan.
🤲 اللهم اجعله من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك
13/01/2026
✨ *TAJAAN RAMADAN 1447H / 2026* ✨
*Maahad Tahfiz Muhammadi, Kuantan*
🌙 “_Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya…_”
(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi & Al-Baihaqi)
Dengan penuh rendah hati, kami membuka peluang kepada *tuan/puan untuk bersama menaja juadah Ramadan* buat para pelajar tahfiz:
🍽 *TAJAAN IFTAR*
➡️ RM200 / slot
➡️ Sehari RM1,000 (5 slot)
🍪 *TAJAAN MOREH*
➡️ RM100 / slot
➡️ Sehari RM500 (5 slot)
🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi *saham akhirat* dan ganjaran berterusan sepanjang Ramadan.
💳 Sumbangan boleh disalurkan ke:
Maahad Tahfiz Muhammadi
CIMB: *8603093901*
📞 Sebarang pertanyaan:
*Ustaz Hasbullah* – 019-6465834
📲 Nak senang, scan je QR yang disediakan.
➡️ *Jom sama-sama tambah pahala di bulan mulia ini.*
Mohon jasa baik untuk *kongsikan* agar lebih ramai dapat bersama 😊
09/12/2025
Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Muhammadi telah menerima Peruntukan Selenggara dan Naik Taraf (JAKIM) Tahun 2025.
Kerja-kerja pembaikan asas seperti saliran, bangunan lama dan beberapa kemudahan pelajar kini sedang berjalan. Syukur ke hadrat Allah, dan setinggi penghargaan kepada JAKIM serta MUIP atas sokongan berterusan terhadap usaha pendidikan tahfiz ini.
Dalam masa yang sama, terdapat beberapa bahagian tambahan yang masih diusahakan mengikut kemampuan maahad dan sokongan masyarakat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu dengan masa, tenaga, doa dan bakti masing-masing.
Bagi yang berhajat untuk turut serta menyokong usaha baik pulih ini, pihak maahad menyediakan saluran rasmi berikut:
Maahad Tahfiz Muhammadi
CIMB
8603093901
📖 Firman Allah SWT:
“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan…”
(Surah al-Māidah, 5:2)
Moga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
01/11/2025
🌿 Sedang berlangsung di Maahad Tahfiz Muhammadi…
Ujian Pra Syahadah 10 Juzuk kini sedang dijalankan bermula pagi tadi bagi juzuk 1 hingga 5, dan bakal bersambung selepas Solat Maghrib bagi juzuk 6 hingga 10.
Pelajar yang diuji ialah Wan Yusri Rusydi bin Wan Md. Yusuf al-Hafiz, antara calon hafiz muda yang kini meniti kemuncak perjuangan menuju pengiktirafan Syahadah Huffaz.
🌸 Doakan semoga Allah permudahkan, diberi taufiq dan ilham buat beliau dalam menjulang Kalamullah di bumi barakah ini.
10/09/2025
🕌 MAYAM BERSELAWAT
Alhamdulillah, malam tadi selesai program Mayam Berselawat di Surau Mayam Kuantan.
Majlis penuh dengan kasih sayang & keberkatan – lantunan selawat, bacaan Yasin & tahlil, solat berjemaah serta jamuan bersama. 🌸🤲
Semoga terus diberi kekuatan untuk istiqamah bersama.
10/09/2025
📌 *10 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Tengku Muhammad bin Tengku Jaafar*
(10/09/2015 – 10/09/2025)
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Hari ini genap 10 tahun kembalinya ke pangkuan Ilahi, Almarhum Ustaz Tengku Muhammad bin Tengku Jaafar – pengasas dan pengetua pertama *Maahad Tahfiz Muhammadi Bukit Rangin, Kuantan.*
Warisan dakwah dan pendidikan beliau terus subur melalui delegasi penerus perjuangan:
▫️ *Tengku Fathul Aziz bin Tengku Abd Mutalib al-Hafiz* – meneruskan kepimpinan di Bukit Rangin.
▫️ *Ustaz Tengku Abdul Rahman bin Tengku Jaafar* – mudir Maahad Tahfiz Muhammadi Ulu D**g, Raub (2014).
▫️ *Ustaz Tengku Abdullah bin Tengku Rokman* – pengurus Maahad Tahfiz Muhammadi Gemencheh, Negeri Sembilan (2015).
▫️ *Ustaz Tengku Akmal Hisyam bin Tengku Isa* – pengasas Maahad Tahfiz Muhammadi Lil Banat (2016), kini beroperasi di penempatan asal Bukit Rangin.
Dengan izin Allah, Maahad Tahfiz Muhammadi kekal menawarkan *pengajian percuma* kepada anak yatim dan fakir miskin, serta terus berkembang mengikut jejak perjuangan beliau.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(HR. Muslim)
🌹 Mari kita hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum.
الفاتحة