SK Tanjung Lumpur- STaR

SK Tanjung Lumpur- STaR

Share

Trust School Programme

Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 25/04/2026

Majlis Selaut budi, seribu memori…

Terima kasih Cikgu Zakaria atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan sepanjang
1 Januari 2009 – 16 April 2026 bersama kami di SK Tanjung Lumpur.

Selamat bertugas di tempat baharu.
Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan ❤️

21/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Maaf Zahir & Batin 🤍

Di kesempatan Syawal yang mulia ini, kami barisan pentadbir dan seluruh warga SK Tanjung Lumpur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua murid, ibu bapa dan komuniti setempat.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keinsafan, mempereratkan silaturrahim dan mengembalikan fitrah kita sebagai insan yang lebih baik.

Hati-hati di jalan raya, jaga keselamatan sepanjang bercuti 🚗💛
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran 🌙✨

Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbir & Seluruh Warga
SK Tanjung Lumpur

17/03/2026

📢 Makluman Cuti Sekolah

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga dan murid SK Tanjung Lumpur, cuti sekolah adalah seperti berikut:

📅 18 – 20 Mac 2026
Cuti Perayaan Tambahan KPM
Sempena Hari Raya Aidilfitri

📅 21 – 29 Mac 2026
Cuti Penggal 1

🎒 Murid kembali ke sekolah:
📅 30 Mac 2026 (Isnin)

Sepanjang tempoh cuti ini, diharapkan murid-murid dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta, berehat secukupnya serta sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri walau di mana berada.

Kepada ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas kerjasama yang berterusan dalam memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, sihat dan bersedia untuk kembali ke sekolah selepas cuti nanti.

🌙✨ Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
Guru Besar & Seluruh Warga
SK Tanjung Lumpur

Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 14/03/2026

✨ Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta Sumbangan Kasih Ramadhan ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta Sumbangan Kasih Ramadhan anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Pahang yang diadakan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Kuantan pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadan 1447H.

Majlis ini telah disempurnakan oleh
Y.M Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia
binti Y.A.M Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
selaku Pengerusi PPIM Negeri Pahang.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menyuburkan amalan kebajikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

🌙 Ramadan Kareem

Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 13/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim & Murid Kurang Berkemampuan SK Tanjung Lumpur pada 12 Mac 2026 di Dewan Aspirasi SKTL.

Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi menjadi ruang untuk kita berkongsi rezeki, menyantuni anak-anak yang memerlukan serta mengeratkan ukhuwah antara warga sekolah dan komuniti setempat. Semoga usaha kecil ini membawa kegembiraan dan memberi makna yang besar buat anak-anak yang diraikan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sama-sama menjayakan program ini:

✨ Yayasan KOSMA
✨ Zamrul Azri bin Karim
(Pengerusi JPKK Tanjung Lumpur)
✨ Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur
✨ Kedai Kain K.A Mohamed Shariff
✨ Olak Timur Resources Sdn. Bhd.
✨ PIBG SK Tanjung Lumpur yang bersama-sama menjayakan program ini

serta semua individu dan pihak yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua pihak.

Ikhlas daripada:
Warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur




25/02/2026

Ramadhan ini, kita berkongsi rezeki.
Seramai 155 murid asnaf dan anak yatim menanti sentuhan kasih kita.

Setiap ringgit yang diberi bukan sekadar bantuan,
tetapi sinar harapan dan senyuman buat mereka.

Jom rebut pahala berganda di bulan mulia ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui QR atau nombor akaun yang tertera.

🤲 Semoga Allah membalas dengan keberkatan yang berpanjangan.

23/02/2026

MAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1

KALENDAR AKADEMIK 2027

🧒 Siapa yang layak?
Kanak-kanak Warganegara Malaysia:

✅ Kohort 5+ (Enam Tahun)
📅 Lahir: 2 Jan 2021 – 1 Jan 2022

✅ Kohort 6+ (Tujuh Tahun)
📅 Lahir: 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021

📢 Kemasukan murid 5+ adalah secara sukarela dan tanpa ujian saringan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🗓 Tempoh Pendaftaran
📆 15 Februari – 31 Mac 2026

💻 Kaedah Pendaftaran
Daftar secara dalam talian melalui
🔗 https://idme.moe.gov.my
(Sistem Bersepadu KPM – MOEIS)

👨‍👩‍👧 Perhatian Ibu Bapa / Penjaga
✅ Daftar akaun idMe
✅ Kemas kini maklumat peribadi
✅Hantar permohonan dalam tempoh ditetapkan

CATATAN

SILA HANTAR SALINAN BORANG PERMOHONAN YANG TELAH DICETAK DARIPADA SISTEM MOIES KE PEJABAT SEKOLAH YANG DIPOHON

TERIMA KASIH

13/02/2026

🌈✨ HEBAHAN CUTI SEKOLAH ✨🌈

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai
📅 16 – 20 Februari 2026

🧧 17 Februari 2026 (Selasa)
Sambutan Tahun Baru Cina

🌙 19 Februari 2026 (Khamis)
Awal Ramadan 1447H

📌 Sekolah akan beroperasi semula pada
23 Februari 2026 (Isnin)

Semoga anak-anak dapat memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga tersayang ❤️

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Ikhlas daripada:
Guru Besar & Seluruh Warga
SK Tanjung Lumpur



Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 14/01/2026

Aktiviti Senamrobik telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan PIBG serta ibu bapa.

Program ini bertujuan memupuk amalan hidup sihat di samping mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa ❤️

Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 14/01/2026

Program Orientasi Prasekolah telah berlangsung dengan lancar.

Pelbagai aktiviti pengenalan dijalankan bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru dan rakan baharu.
Semoga pengalaman awal ini menjadi kenangan indah dalam perjalanan pendidikan mereka 🌈

Photos from SK Tanjung Lumpur- STaR's post 13/01/2026

✨ Minggu pertama persekolahan
Langkah kecil, semangat besar.
Semoga terus bersemangat menimba ilmu dan membina masa depan 🌱📚

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00