Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Negeri Pahang

Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Negeri Pahang

Share

Pengajian untuk MUSLIMAH sahaja. Pengajian jarak jauh.

Menawarkan DIPLOMA EKSEKUTIF NAQIBAT (DEN) yang akan melahirkan NAQIBAT bersifat 'Alimah, Harakiyyah & Sufiyyah (' AKIFI).

Photos from Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Negeri Pahang's post 15/03/2026

Alhamdulillah wa syukrulillah.

Kuliah APSA Pahang siri kedua bagi Semester 5 berjalan dengan lancar.

Bermula semalam, 14 Mac pada jam 7.30 pagi dengan subjek DEN61 Fiqh Sab'ah yang diajar oleh Ustazah Wan Hamidah. 3 jam kuliah berjalan dengan penuh ilmiah. Ada pembentangan, soal jawab dan penerangan drpd Pensyarah & Naqibat Pelatih.

Sesi petang jam 2 petang diteruskan oleh Ustazah Rosmani bagi subjek DEN64 Praktikal Usrah 4. Lajak jugak ke 5 lebih sebab masing² excited & seronok dengan tugasan & perbincangan. Alhamdulillah.

Pagi ini di sambung lagi dengan subjek ICT 6 oleh Dr Syifak bermula jam 8.30pagi - 11.30 pagi nanti.

Semoga dimudahkan segala urusan Naqibat Pelatih membuat tugasan dan menerima ilmu daripada para pensyarah..aamiiin.

Jom sama² menyumbang utk kelangsungan pendidikan Muslimah di Pahang melalui APSA Pahang. 🌹🫰❤️

06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 📖

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada amalam yang penuh keberkatan."
(Surah Ad-Dukhan: 3)

Semoga Al-Quran menjadi teman setia dalam kehidupan kita — penenang ketika resah, petunjuk ketika keliru, dan syafaat di akhirat kelak.

Buat seluruh muslimah, semoga hati kita sentiasa terpaut dengan Al-Quran, lisan kita dihiasi dengan bacaannya, dan kehidupan kita mencerminkan keindahan akhlak yang diajarkan oleh wahyu Ilahi.

Selamat menghayati Nuzul Al-Quran 🌸

06/03/2026

🌹SEDEQAH SEMPENA JUMAAT RAMADAN 1447H✨

Alhamdulillah. Syukur kita dapat bertemu dengan hari Jumaat dlm bulan Ramadan✨🤲Jom bersama² gandakan amalan.

Kami di Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Negeri Pahang amat memerlukam dana untuk menyokong pengurusan bagi melatih para Naqibat/Dai'e dalam Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang.

Mereka belajar Ilmu Fiqh, Ilmu dakwah, Bahasa Arab & Mandarin ,Ilmu komunikasi & ICT serta Ilmu mengendalikan Usrah.

Semuanya untuk dipulangkan semula kepada Umat Islam & masyarakat setempat.

Semoga Allah memberikan sebaik² ganjaran kepada para dermawan sekalian.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun
*SAIDATINA AISHAH SERVICES*
BANK ISLAM BERHAD
06064010020899

Terima Kasih bantu sebar²kan.👍🏻





18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 1447h.

Alhamdulillah

Bulan yang dinanti telah tiba😍

Semoga Ramadan ini menjadi ruang untuk kita memperbaharui niat, memperkemaskan ibadah dan memperindahkan akhlak sebagai seorang muslimah.

Dalam kesibukan peranan kita — sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan sahabat — semoga kita tetap menemukan ketenangan dalam sujud dan kekuatan dalam doa.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, lebih berkualiti dan lebih dekat dengan redha Ilahi.

Selamat beribadah di bulan mulia ini.

💻Kepada NP APSA Pahang, siri kuliah pada bulan Ramadan berjalan juga seperti biasa dengan kaedah online Google Meet In Sha Allah 😁👍

16/02/2026

Bismillah wal hamdulillah.

Moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadan penuh mulia.

Jangan tunggu sempurna untuk berubah. Ramadan adalah ruang untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit.

17/10/2025

Bismillah.

Jom ambil peluang keemasan ini untuk sama² membantu Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Negeri Pahang yang sedang melatih para Naqibat dalam Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang.

Sumbangan anda pada pagi penuh barokah ini, waktu Subuh Jumaat bersamaan dengan tarikh kelahiran baginda Nabi S.A.W amatlah dialu-alukan 🤲😍

Semoga Allah memberikan sebaik² ganjaran kepada para dermawan sekalian.

Sumbangan boleh terus ke akaun
SAIDATINA AISHAH SERVICES
BANK ISLAM BERHAD
06064010020899

Terima Kasih bantu sebarkan.



Photos from Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu's post 28/09/2025

Alhamdulillah. Terima kasih sudi berkunjung ke APSA Pahang 😍🤲

07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidil Adha

🌙 *SALAM AIDILADHA 1446H*

“Pengorbanan Tanda Cinta, Taqwa Tanda Setia”

Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh umat Islam yang dikasihi.

Aidiladha mengingatkan kita kepada erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Marilah kita menjadikan semangat ini sebagai panduan dalam kehidupan, memperkukuh perjuangan dan menyemarakkan taqwa di jiwa.

Semoga setiap titisan peluh, setiap derita dan pengorbanan yang kita lalui demi agama dan ummah akan menjadi saksi cinta kita kepada Allah SWT.

Salam Aidiladha daripada kami,
Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang







Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kuantan