InSmartive

InSmartive

Share

Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Malaysia (InSmartive Malaysia) • Educational Volunteers Organiza SLOGAN

"Maju InSmartive Maju!"

PENGENALAN

Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Malaysia (InSmartive Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan masyarakat sivil yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. 'InSmartive' merupakan kependekan daripada cantuman tiga perkataan Inggeris iaitu 'intelligent' (bijaksana), 'smart' (pintar) dan 'creative' (kreatif) yang menggambarkan kedinamikan watak, perkhidmatan dan gerak ker

24/02/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saudara kita, Allahyarham Muhammad Hariz bin Sofian telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kepada rohnya, kita hadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah semoga dicucuri rahmat oleh Allah Taala. Buat keluarga arwah, kita doakan kesabaran supaya pemergiannya dari alam yang fana ke alam yang baqa diredai dengan perasaan tabah. Damailah dikau saudara kami Allahyarham Muhammad Hariz bin Sofian di sana dalam kalangan para solihin dan mukminin di sisi Allah Taala.

TERKINI - Jenazah Allahyarham kini telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul 'Aliyah Saujana Utama, Sungai Buloh sekitar jam 11.00 malam, Selasa, 6 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 24 Februari 2026 Masihi setelah menjalani prosedur bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dan seterusnya dibawa ke Masjid Saujana Utama untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Quran, Surah al-Fajr: 27-30)

18/02/2026

Mengambil keberkatan bulan Ramadan nan mulia, kepada-Nya kita rafakkan doa, semoga Muhammad Hariz bin Sofian saudara kita yang tercinta, dikurniakan Allah Taala kesembuhan segera.

Photos from InSmartive's post 18/08/2025

PROGRAM MOBILITI KEMBARA ANTARABANGSA SMART REACH OUT: “REPUBLIK SINGAPURA”

Program Mobiliti Kembara Antarabangsa Smart Reach Out: Republik Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 ini akan membuka tirai kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Jamiyah Singapore (Muslim Missionary Society Singapore).

Memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi Projek Smart Reach Out: Republik Singapura.

Penyelaras Projek: Tuan Muhammad Aiman Bin Tuan Asmawi

Pengurus Projek: Nur Aleeya Zahirah Binti Kamal Zeri

Timbalan Pengurus Projek: Muhammad Syahmi Bin Shahiddin

Setiausaha Projek: Nurin Najihah Binti Kamalrol Hisham

Bendahari Projek: Khairunnisaa’ Dzakiyyah Binti Usman

Ikuti rapat perkembangan program ini dan nantikan perkongsian menarik daripada kami sepanjang pengembaraan!

“Insmartive Training Ground, Ain’t Playground”






Photos from InSmartive's post 18/08/2025

PROGRAM MOBILITI KEMBARA ANTARABANGSA SMART REACH OUT: “REPUBLIK SINGAPURA”

Program Mobiliti Kembara Antarabangsa Smart Reach Out: Republik Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 ini akan membuka tirai kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Jamiyah Singapore (Muslim Missionary Society Singapore).

Melalui program ini, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti akademik bersama pihak Jamiyah, menjalankan khidmat komuniti di rumah kebajikan, serta meneroka sejarah dan warisan Republik Singapura.

Inisiatif ini menjadi wadah penting dalam memperkayakan ilmu, kepimpinan dan pengalaman di peringkat antarabangsa. Ikuti rapat perkembangan program ini dan nantikan perkongsian menarik daripada kami sepanjang pengembaraan!

“Insmartive Training Ground, Ain’t Playground”






Photos from InSmartive's post 18/08/2025

PROGRAM MOBILITI KEMBARA ANTARABANGSA SMART REACH OUT: “REPUBLIK SINGAPURA”

Program Mobiliti Kembara Antarabangsa Smart Reach Out: Republik Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 ini akan membuka tirai kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Jamiyah Singapore (Muslim Missionary Society Singapore).

Memperkenalkan barisan kru Projek Smart Reach Out: Republik Singapura.

Kru Multimedia:

1) Nur Ainsyatul Syauqina Binti Mohd Faizul
2) Farah Nur Balqis Binti Zuraini
3) Nur Ain Natasya Binti Arman

Kru Aktiviti Dan Keselamatan:

1) Muhammad Nabil Hadif Bin Mohamad Razlan
2) Abu Afiq Hakimi Bin Abu Yazid

Kru Pengangkutan Dan Penginapan:

1) Nur Sakinah Batrisyia Binti Rosli
2) Nur Izzah Aqilah Binti Muhammad Ibrahim

Kru Logistik Dan Makanan:

1) Mcwright Li Koliah Anak Lidang
2) Nyak Khai Ramizah Binti Zainuddin

Kru Tajaan Dan Cenderamata:

1) Nur Ain Suraya Binti Easham
2) Ariesya Sofea Binti Abdul Rizal

Ikuti rapat perkembangan program ini dan nantikan perkongsian menarik daripada kami sepanjang pengembaraan!

“Insmartive Training Ground, Ain’t Playground”






11/08/2025

[SUMBANGAN BANTUAN PENDIDIKAN BERSEJARAH]

1. Kelab InSmartive telah menjalankan program Smart Reach Out sejak 2015, dengan kejayaan projek “Smart Reach Out Project: We Care, We Serve” di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina, dan Indonesia. Kini, Kelab InSmartive akan mengadakan program _Smart Reach Out Project_: “Republik Singapura” di Singapura, dari 18 hingga 22 Ogos 2025, melibatkan 16 mahasiswa UMPSA.

2. ⁠Kelab InSmartive UMPSA sedang menjalankan usaha pencarian sumbangan tajaan dari pelbagai pihak untuk menampung keseluruhan perbelanjaan projek ini.

3. ⁠Sumbangan yang diberikan akan digunakan sepenuhnya bagi menjalankan projek ini dan kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Untuk rekod dan bukti sumbangan, sila isi pautan _google form_ di bawah

https://forms.gle/p4XTfE8359GroJ3X9

4. ⁠Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saudari Tuan Muhammad Aiman bin Tuan Asmawi, Penyelaras Projek di talian 019-5650613.

InSmartive Training Ground, Ain’t Playground.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuantan