15/01/2022
TERUS MELANGKAH MENCAPAI IMPIAN
Pemilik nama Nurul Izzati bt Zulkanali ini merupakan alumni bagi Program Sijil Kulinari. Memulakan sesi pengajian di Kolej Komuniti Kuantan pada tahun 2014 hingga 2015. Beliau sangat aktif dalam menyertai pelbagai pertandingan memasak peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan. Atas minat yang mendalam dalam bidang pastri, Izzati meneruskan pengajiannya p**a di Kolej Komuniti Kuala Kangsar dengan mengambil Diploma in Patisserie dari tahun 2016 hingga 2018.
Sepanjang pengajiannya di kolej komuniti, beliau telah menjalani latihan industri di 3 buah hotel terkemuka iaitu Tanjong Jara Resort (2015), Bukit Gambang Resort City (2018) dan Mangala Resort and Spa (2018). Selain itu juga, beliau turut menimba pengalaman bekerja sebagai Commis di Super Kitchen Restaurant (2015 – 2016), Demi Chef di Mangala Resort and Spa (2018) dan sebagai Chef De Partie di Hyatt Regency Kuantan (2019 – 2021).
Kini, beliau yang masih lagi bekerja di Grand Ion Delemen, Genting Highland turut meneruskan pengajian jarak jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) dalam bidang Pengurusan Seni Kulinari di UiTM Puncak Alam dari tahun 2019 hingga kini.
Rezeki tidak pernah salah alamat. Selagi anda tidak putus asa dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri, teruskan melangkah mencapai impian anda. ANDA PASTI BOLEH!
Jom daftar masuk Kolej Komuniti Kuantan! Kemasukan pada Februari 2022.
Kolej Komuniti Kuantan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
✅Lokasi kampus : Bandar Indera Mahkota (IM3), Kuantan (bersebelahan Kolej Universiti Widad).
✅Kursus yang ditawarkan : Sijil Kolej Komuniti selama 2 tahun.
1. Sijil Teknologi Senibina
2. Sijil Teknologi Pembuatan
3. Sijil Operasi Perhotelan
4. Sijil Teknologi Elektrik
5. Sijil Kulinari
✅Syarat kemasukan : Lulus SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah) sahaja.
✅Yuran : RM 200 setiap semester.
✅Peluang melanjutkan pengajian Diploma di Politeknik selepas tamat pengajian.
✅Sebarang pertanyaan boleh what's app kami di link :
www.wasap.my/+60199131326 (Puan Rozilawati)
✅Kaedah permohonan adalah secara atas talian di link :
https://app.mypolycc.edu.my/eborang/default_xie.asp
➡️Untuk lebih banyak informasi mengenai Kolej Komuniti Kuantan, klik saja⬇️
https://linktr.ee/KolejKomunitiKuantan