Kolej Profesional MARA Indera Mahkota

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kolej Profesional MARA Indera Mahkota merupakan institusi pendidikan dibawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA yang terletak di Kuantan,Pahang.

TAKLIMAT JAWATANKUASA DISIPLIN KOLEJ (JDK) SESI 2 2026/2027 BERLANGSUNG LANCARKuantan, 7 Ogos 2026 – Taklimat Jawatankua...
07/08/2026

TAKLIMAT JAWATANKUASA DISIPLIN KOLEJ (JDK) SESI 2 2026/2027 BERLANGSUNG LANCAR

Kuantan, 7 Ogos 2026 – Taklimat Jawatankuasa Disiplin Kolej (JDK) Sesi 2 2026/2027 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Besar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) dengan kehadiran pelajar kanan dan baharu.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan peraturan dan tatacara disiplin kolej, termasuk kod pemakaian, kehadiran ke kelas, kesalahan disiplin, tindakan yang boleh dikenakan serta tanggungjawab setiap pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, pelajar turut diberi peluang untuk mendapatkan penjelasan secara langsung oleh ahli jawatankuasa bagi memastikan mereka lebih memahami peranan dan tanggungjawab sebagai warga KPMIM.

Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang taklimat berlangsung. Diharapkan segala perkongsian yang disampaikan dapat dijadikan panduan dalam membentuk budaya kampus yang berdisiplin, berintegriti dan cemerlang.











🌏 JOM KUASAI BAHASA MANDARIN BERSAMA MLC! πŸ‡¨πŸ‡³Ingin menambah nilai diri, meningkatkan peluang kerjaya, atau bersedia mengh...
05/08/2026

🌏 JOM KUASAI BAHASA MANDARIN BERSAMA MLC! πŸ‡¨πŸ‡³

Ingin menambah nilai diri, meningkatkan peluang kerjaya, atau bersedia menghadapi cabaran global? Kini peluang anda tiba!

Mandarin Language Centre (MLC), Kolej Profesional MARA Beranang membuka pelbagai program pembelajaran Bahasa Mandarin bagi sesi 2026–2027, sesuai untuk pelajar IPTA/IPTS, warga MARA dan orang awam.

✨ Antara program yang ditawarkan:
πŸ“– Mandarin Language Program (Foundation, Plus & Industry)
🎨 Mooncake Crafting Experience
πŸ“ Ujian Kecekapan Bahasa Mandarin (HSK & HSKK)

Sama ada anda baru ingin bermula atau ingin meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Mandarin, MLC menyediakan platform pembelajaran yang sistematik, interaktif dan berkualiti.

πŸ“… Pilih sesi yang bersesuaian sepanjang Julai 2026 hingga Jun 2027 dan mulakan langkah pertama ke arah menguasai salah satu bahasa paling penting di dunia.

πŸ“² Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau hubungi pihak MLC untuk maklumat lanjut.

Bina Kemahiran. Kuasai Mandarin. Cipta Peluang. 🌟

04/08/2026

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA mengucapkan selamat jalan dan maju jaya kepada para pelajar yang terpilih menyertai 2026 Understanding China – BFSU Chinese Bridge Summer Camp di Beijing, China.

Program ini merupakan platform pendedahan antarabangsa yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperkukuh kefahaman mengenai bahasa, budaya, sejarah serta perkembangan pendidikan dan teknologi di China, di samping membina jaringan kerjasama global bersama peserta dari pelbagai negara.

Semoga semua peserta memperoleh pengalaman yang bermakna, menjadi duta kecil MARA dan Malaysia yang berwibawa, serta pulang dengan ilmu, pengalaman dan inspirasi baharu untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

Selamat maju jaya dan semoga perjalanan serta program dipermudahkan. Bawalah nama MARA dan Malaysia dengan penuh integriti, kecemerlangan dan kebanggaan. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡¨πŸ‡³









04/08/2026

π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š

Seluruh warga kerja MARA Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kehadiran Encik Zahrail Affenday bin Mohamed atas pelantikan beliau sebagai Pengarah MARA Negeri Pahang, berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Semoga dengan pengalaman, kewibawaan serta kepimpinan yang dimiliki, beliau akan terus menerajui MARA Negeri Pahang ke arah kecemerlangan dengan memperkukuh agenda pembangunan pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi Bumiputera demi manfaat masyarakat serta kemajuan negeri Pahang.

Seluruh warga kerja MARA Negeri Pahang mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin organisasi ini ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang memimpin MARA Negeri Pahang.









03/08/2026
πŸƒπŸ’œ Larian MARA Sihat – Sweet Escape 2026 πŸ’œπŸƒSemangat kesihatan, kecergasan dan kebersamaan jelas terpancar dalam Larian M...
02/08/2026

πŸƒπŸ’œ Larian MARA Sihat – Sweet Escape 2026 πŸ’œπŸƒ

Semangat kesihatan, kecergasan dan kebersamaan jelas terpancar dalam Larian MARA Sihat – Sweet Escape anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) yang berlangsung dengan penuh meriah pagi ini.

Program telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, En. Zahari bin Aziz, dan turut disertai oleh Pengarah serta Timbalan Pengarah BPT, para Pengarah Pusat, warga pendidik, pelajar MARA dan orang awam.

Seawal 7.00 pagi, peserta hadir bagi sesi pendaftaran dan senamrobik sebelum memulakan larian sejauh 5 kilometer pada 7.30 pagi, yang berakhir sekitar 9.00 pagi.

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) diketuai oleh Puan Zarina binti Ahmad, bersama 4 orang pensyarah dan 30 orang pelajar, berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat dan dedikasi.

Tahniah kepada seluruh kontinjen KPMIM atas komitmen dan semangat kesukanan yang dipamerkan. Semoga program seperti ini terus menyemarakkan budaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga MARA.

Satu langkah ke arah kesihatan, seribu langkah menuju kecemerlangan. πŸ’œπŸ…











πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Kolej Profesional MARA Indera Mahkota...
01/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) atas kejayaan membanggakan dalam Hari Anugerah Inspirasi Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2026.

πŸŽ‰ Pencapaian KPMIM:
πŸ₯‡ Pingat Emas – Anugerah Kelab Sukan Terbaik
🏸 Kelab Frisbee (GoldenBeezzz)

πŸ₯‰ Pingat Gangsa – Anugerah Kelab Terbaik
✈️ Kelab Pelancongan Siswa

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, komitmen serta semangat berpasukan yang tinggi daripada para pelajar, penasihat kelab dan seluruh warga KPMIM.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan serta mengharumkan nama KPM Indera Mahkota di peringkat yang lebih tinggi.











DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan ...
31/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-67.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada seluruh warga
Kolej Profesional MARA Indera Mahkota

Address

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota , Jalan Sungai Lembing
Kuantan
25200KUANTAN,PAHANGDARULMAKMUR

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095736304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Profesional MARA Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Profesional MARA Indera Mahkota:

Share

Category