Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA

Call Directions Website Contact the school

Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA Page ini berfungsi sebagai medium rasmi menyampaikan maklumat berkaitan program/aktiviti/dll Pusat Perhubungan Alumni UMPSA

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 MELABUHKAN TIRAI, ROMBONGAN KEMBALI KE SEMENANJUNG20 September 2026 | Kota Kinaba...
21/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 MELABUHKAN TIRAI, ROMBONGAN KEMBALI KE SEMENANJUNG

20 September 2026 | Kota Kinabalu, Sabah

Setelah hampir dua minggu menyusuri Sabah dan Sarawak menerusi Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026, rombongan peserta mula bergerak p**ang ke Semenanjung pada 20 September 2026, sekali gus menandakan berakhirnya misi kembara yang sarat dengan pengisian pendidikan, alumni dan jaringan institusi.

Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 yang bermula pada 9 September lalu telah membawa rombongan menyusuri pelbagai lokasi di Sabah dan Sarawak serta mengadakan pengisian bersama institusi pendidikan, pelajar dan alumni UMPSA.

Sepanjang kembara, pelbagai perkongsian berkaitan pendidikan tinggi, TVET dan peluang pengajian UMPSA telah disampaikan kepada para pelajar di institusi-institusi yang dikunjungi. Pertemuan bersama alumni p**a menjadi ruang untuk mengeratkan kembali hubungan serta membuka peluang networking dan kolaborasi.

Lebih daripada sekadar perjalanan merentasi Borneo, kembara ini menjadi satu wadah untuk membawa UMPSA lebih dekat dengan komuniti pendidikan dan alumni, di samping menghimpunkan pengalaman serta kenangan yang akan menjadi sebahagian daripada perjalanan warga UMPSA.

Dari Semenanjung ke Borneo dan kembali semula, satu perjalanan telah selesai, namun jaringan, pengalaman dan kenangan yang tercipta akan terus dibawa bersama.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

21/09/2026

🌟LINKING MINDS, BUILDING FUTURES:
KV LIKAS SAMBUT KUNJUNGAN UMPSA ✨

​Pihak Kolej Vokasional Likas menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas pemilihan KV Likas sebagai salah satu destinasi persinggahan utama dalam program Ride to Borneo, Jejaki Alumni 2026!

🛵💨Usaha murni UMPSA yang komited memacu kecemerlangan serta membukakan pintu pengajian tinggi buat pelajar pelajar Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu benar-benar menyemarakkan impian pelajar kami untuk melangkah lebih jauh.

Ini bukti kukuh bahawa warga TVET berdaya saing dan sentiasa bersedia menggegar menara gading! 🎓🔥

​Semoga program jelajah Ride to Borneo, Jejaki Alumni 2026 berjalan dengan lancar, selamat, dan mencapai segala misi yang dihasratkan. Terima kasih UMPSA atas jalinan mesra ini—
moga kolaborasi strategik antara KV Likas dan UMPSA terus melakar kejayaan masa depan! 🤝💙

​ 🌟

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 AKHIRI MISI DI KOLEJ VOKASIONAL LIKAS19 September 2026 | Kolej Vokasional Likas, ...
19/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 AKHIRI MISI DI KOLEJ VOKASIONAL LIKAS

19 September 2026 | Kolej Vokasional Likas, Sabah

Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 meneruskan pengisian terakhir di Sabah menerusi kunjungan ke Kolej Vokasional Likas pada 19 September 2026 bersama para pelajar dan warga institusi.

Pengisian yang berlangsung di Dewan Nilam Sari memberi pendedahan kepada para pelajar Kolej Vokasional Likas mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi serta laluan pendidikan berasaskan TVET dan teknologi. Sesi perkongsian disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali bin Daud, Penolong Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA, bersama Ts. Mohd Sazali bin Salleh, Pegawai Latihan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).

Perkongsian ini memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali UMPSA dengan lebih dekat, khususnya dari aspek peluang melanjutkan pengajian, bidang akademik serta laluan pendidikan yang bersesuaian dengan latar belakang TVET.

Kunjungan ke Kolej Vokasional Likas turut melengkapkan siri pengisian pendidikan yang dilaksanakan sepanjang Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026. Sepanjang misi di Sabah dan Sarawak, rombongan telah mengunjungi beberapa institusi pendidikan bagi berkongsi maklumat mengenai UMPSA serta mendekati komuniti pelajar di peringkat vokasional.

Pengisian di Kolej Vokasional Likas turut menjadi titik penutup bagi siri kunjungan institusi pendidikan sepanjang kembara ini, sebelum rombongan membuat persiapan untuk perjalanan p**ang pada 20 September 2026.

Daripada perkongsian bersama pelajar, pertemuan dengan warga institusi hinggalah kepada usaha memperkenalkan peluang pendidikan UMPSA, setiap persinggahan sepanjang Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 membawa satu tujuan yang sama iaitu memperluas capaian UMPSA dan membuka lebih banyak ruang untuk generasi muda mengenali peluang pendidikan tinggi.

Kembara di bumi Borneo kini sampai ke penghujungnya, namun segala pengalaman, perkongsian dan hubungan yang terjalin sepanjang perjalanan ini menjadi sebahagian daripada legasi yang akan dibawa p**ang bersama UMPSA.

Kembara berakhir di sini, tetapi cerita dan hubungan yang terjalin sepanjang Borneo akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan UMPSA.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 TERUSKAN MISI DI KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT18 September 2026 | Kolej Vokasional Be...
19/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 TERUSKAN MISI DI KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

18 September 2026 | Kolej Vokasional Beaufort, Sabah

Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 meneruskan misi di Kolej Vokasional Beaufort dengan pengisian bersama para pelajar serta pertemuan bersama alumni UMPSA sebagai sebahagian daripada agenda memperluas jaringan pendidikan dan alumni di Sabah.

Sesi bersama para pelajar memberi tumpuan kepada perkongsian mengenai laluan pendidikan daripada bidang vokasional dan TVET ke pengajian tinggi, di samping memperkenalkan peluang pengajian di UMPSA dalam bidang berasaskan teknologi. Sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UMPSA, bersama Encik Hairul Muazammil bin Ismail, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), serta Dr. Mohd Azwan bin Mohamad @ Hamza dari Fakulti Komputeran (FK).

Perkongsian turut disertai oleh Encik Mohammad Hafeez bin Md Ramli, pelajar pengajian sarjana UMPSA yang merupakan alumni UMPSA di peringkat ijazah pertama. Penglibatan alumni dalam sesi tersebut memberikan gambaran secara langsung mengenai pengalaman melanjutkan pengajian di UMPSA serta laluan pendidikan yang boleh diterokai oleh para pelajar Kolej Vokasional.

Dalam sesi berkenaan, para pelajar turut mendapat pendedahan mengenai peluang pendidikan tinggi, bidang pengajian serta laluan pendidikan dan kerjaya berasaskan teknologi dan TVET.

Pada masa yang sama, pertemuan bersama alumni UMPSA, Encik Awang Hazim bin Awang Basir, turut menjadi salah satu pengisian penting dalam kunjungan ini. Pihak rombongan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Awang Hazim atas kesudian hadir serta meluangkan masa bersama rombongan Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Awang Hazim turut memperkenalkan Portal Tabung Pendidikan Sabah (PTPS), sekali gus membuka ruang perkongsian maklumat berkaitan inisiatif pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada komuniti pelajar serta membuka peluang untuk jaringan dan kolaborasi pada masa akan datang.

Kunjungan ke Kolej Vokasional Beaufort turut menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan antara UMPSA dengan komuniti pendidikan setempat, selain memperluas networking bersama alumni dan meneroka potensi kolaborasi yang boleh diteruskan pada masa hadapan.

Sementara itu, rombongan peserta kembara akan meneruskan agenda di Sabah dengan kunjungan ke Kolej Vokasional Likas pada 19 September 2026 bagi meneruskan pengisian bersama warga institusi dan para pelajar.

Pengisian di Kolej Vokasional Beaufort menjadi sebahagian daripada kesinambungan misi Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 dalam memperluas jaringan bersama institusi pendidikan, mendekati pelajar serta menghubungkan kembali alumni UMPSA di Sabah.

Kembara diteruskan, jaringan diperkukuh, hubungan UMPSA bersama komuniti Borneo terus disemarakkan.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI17 September 2026 | Kolej Vokasional Miri, Sarawa...
17/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

17 September 2026 | Kolej Vokasional Miri, Sarawak

Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 diteruskan dengan perjalanan sejauh 420 kilometer dari Kolej Vokasional Sibu sebelum rombongan tiba di Kolej Vokasional Miri bagi meneruskan agenda jaringan alumni dan pendidikan bersama warga kolej.

Setibanya di Kolej Vokasional Miri, rombongan mengadakan perjumpaan bersama alumni UMPSA sebagai platform untuk beramah mesra, bertukar pengalaman serta memperkukuh hubungan dan networking antara alumni dengan universiti.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman alumni dalam bidang masing-masing, di samping meneroka potensi jaringan dan kerjasama yang boleh diperkukuh antara alumni, UMPSA dan komuniti pendidikan di Sarawak.

Pada sebelah malam, rombongan meneruskan pengisian bersama para pelajar Kolej Vokasional Miri menerusi taklimat program akademik yang disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali bin Daud, Penolong Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Pembangunan Pelajar) UMPSA. Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai peluang pendidikan tinggi di UMPSA serta laluan pengajian berasaskan teknologi dan TVET.

Sesi tersebut menjadi platform untuk memperkenalkan UMPSA kepada para pelajar serta memberi gambaran mengenai pilihan program pengajian, bidang teknologi dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kunjungan ke Kolej Vokasional Miri memperlihatkan komitmen Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 dalam memperluas jaringan alumni, mendekati institusi pendidikan serta membuka ruang kepada hubungan strategik dan kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL SIBU16 September 2026 | Kolej Vokasional Sibu, Sarawa...
16/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL SIBU

16 September 2026 | Kolej Vokasional Sibu, Sarawak

Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 diteruskan dengan perjalanan sejauh 309 kilometer sebelum rombongan singgah di Kolej Vokasional Sibu bagi meneruskan agenda pendidikan, jaringan alumni dan hubungan strategik bersama institusi pendidikan.

Kunjungan ke Kolej Vokasional Sibu memberi ruang kepada rombongan untuk berinteraksi bersama para pelajar menerusi sesi perkongsian berkaitan UMPSA, peluang pendidikan tinggi serta laluan pengajian berasaskan teknologi dan TVET.

Sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UMPSA, yang turut berkongsi maklumat mengenai peluang melanjutkan pengajian di UMPSA, bidang pengajian serta laluan pendidikan dan kerjaya yang boleh diterokai oleh para pelajar.

Selain pengisian bersama pelajar, kunjungan ini turut membuka ruang kepada jaringan dan hubungan kolaboratif antara UMPSA dengan Kolej Vokasional Sibu, selaras dengan usaha memperluas hubungan universiti bersama institusi pendidikan di Sarawak.

Pada sebelah malam, rombongan meneruskan agenda jaringan alumni menerusi perjumpaan bersama alumni UMPSA di Sibu pada jam 7.00 malam. Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk beramah mesra, bertukar pengalaman serta memperkukuh hubungan dan networking antara alumni dengan UMPSA.

Pusat Perhubungan Alumni UMPSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohamad Shariff Bin Mat Saad, Pengarah Kolej Vokasional Sibu serta seluruh warga kolej atas kesudian menerima kunjungan rombongan dan menyediakan kemudahan penginapan sepanjang berada di Sibu.

Pengisian di Sibu memperkukuh usaha Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026 dalam memperluas jaringan pendidikan dan alumni, di samping membuka lebih banyak ruang interaksi serta potensi kerjasama bersama komuniti setempat.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 TERUSKAN MISI JALIN HUBUNGAN DI KUCHING15 September 2026 | Kuching, SarawakMisi K...
15/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026 TERUSKAN MISI JALIN HUBUNGAN DI KUCHING

15 September 2026 | Kuching, Sarawak

Misi Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo Sempena Hari Malaysia 2026 diteruskan di Kuching, Sarawak menerusi pengisian yang melibatkan jaringan alumni, hubungan strategik antara universiti serta perkongsian dan benchmarking bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

1. Forum Back to Campus dan Perasmian Alumni Back to Campus Festival

Antara pengisian utama di UNIMAS ialah Forum Alma Mater – Membina Legasi Hari Malaysia yang menampilkan Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA sebagai salah seorang panel bersama wakil UNIMAS.

Forum tersebut mengetengahkan perkongsian berkaitan peranan alumni dalam membina legasi universiti serta kepentingan hubungan berterusan antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti alumni.

Program kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian Alumni Back to Campus Festival 2026, yang menjadi platform memperkukuh hubungan alumni dengan institusi pengajian tinggi serta menggalakkan penglibatan alumni dalam pembangunan komuniti universiti.

2. Perbincangan Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UNIMAS

Rombongan Kembara Jejak Alumni UMPSA turut mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie.

Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk pertukaran pandangan serta memperkukuh jaringan strategik antara UMPSA dan UNIMAS, khususnya dalam aspek hubungan institusi, jaringan alumni dan peluang kerjasama pada masa akan datang.

3. Benchmarking Kemudahan dan Fasiliti Universiti

Selain itu, rombongan turut menjalankan benchmarking kemudahan dan fasiliti di UNIMAS sebagai sebahagian daripada pengisian kembara yang memberi pendedahan terhadap kemudahan serta pengurusan fasiliti universiti.

Pengisian ini memberi peluang kepada rombongan untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan kemudahan universiti, di samping membuka ruang kepada perkongsian amalan serta jaringan antara kedua-dua institusi.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan turut berpeluang bertemu alumni UMPSA yang kini berkhidmat di UNIMAS, antaranya Yunika Kirana, pensyarah di UNIMAS dan Mohd Fauzi, jurutera hospital di UNIMAS. Pertemuan ini menjadi sebahagian daripada usaha Pusat Perhubungan Alumni UMPSA untuk menjejaki serta menghubungkan kembali alumni yang berada di Sarawak.

Kunjungan ke UNIMAS memperlihatkan pengisian Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo yang bukan sahaja memberi fokus kepada penjejakan alumni, malah turut memperkukuh jaringan institusi, networking dan potensi kolaborasi antara UMPSA dengan institusi pendidikan di Sarawak.

Program Kembara Jejak Alumni UMPSA Borneo Sempena Hari Malaysia 2026 anjuran Pusat Perhubungan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMPSA berlangsung dari 9 hingga 20 September 2026 dengan misi memperkukuh hubungan strategik bersama institusi pendidikan serta alumni di Sabah dan Sarawak.

Kembara diteruskan, jaringan diperkukuh.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾16 September bukan sekadar tarikh, tetapi simbol perpaduan, kebersamaan dan s...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

16 September bukan sekadar tarikh, tetapi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat kita sebagai sebuah keluarga Malaysia.

Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan maju.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Salam Hari Malaysia daripada Pusat Perhubungan Alumni, UMPSA.





KEMBARA JEJAK ALUMNI BORNEO RIDE 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL BETONG13 September 2026 | Betong, SarawakRombongan Kem...
13/09/2026

KEMBARA JEJAK ALUMNI BORNEO RIDE 2026 SINGGAH DI KOLEJ VOKASIONAL BETONG

13 September 2026 | Betong, Sarawak

Rombongan Kembara Jejak Alumni Borneo Ride 2026 meneruskan perjalanan dengan singgah di Kolej Vokasional Betong pada hari ini sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh hubungan antara alumni, institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Rombongan tiba di KV Betong pada sekitar 2.40 petang dan disambut oleh pihak kolej. Ketibaan tersebut turut disusuli dengan jamuan makan tengah hari sebelum para peserta mengikuti sesi perkongsian bersama pelajar.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMPSA dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali bin Daud, Penolong Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMPSA mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar KV Betong. Dewan Sri Kenanga dipenuhi warga kolej yang hadir bagi mendengar perkongsian serta berinteraksi secara langsung bersama rombongan Kembara Jejak Alumni Borneo Ride 2026.

Sesi tersebut turut membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan, perkongsian pengalaman serta inspirasi daripada peserta konvoi berkaitan perjalanan pendidikan, kerjaya dan kehidupan selepas tamat pengajian.

Dalam masa yang sama, rombongan turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga KV Betong dalam suasana yang cukup santai dan mesra. Perkongsian serta interaksi secara dekat ini mencerminkan semangat alumni engagement yang menjadi antara pengisian utama Kembara Jejak Alumni Borneo Ride 2026.

Pada sebelah petang, para peserta menunaikan solat Maghrib di Surau Ibnu Khaldun, KV Betong, sebelum menikmati makan malam yang disediakan oleh pihak kolej. Selesai makan malam, rombongan meneruskan solat Isyak sebelum berehat untuk persiapan perjalanan pada keesokan harinya.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak Kolej Vokasional Betong, khususnya Timbalan Pengarah, Encik Azmi bin Aziz, serta seluruh warga kolej atas sambutan, kerjasama dan layanan baik yang diberikan kepada rombongan sepanjang berada di KV Betong.

Kunjungan ini bukan sahaja menjadi persinggahan dalam perjalanan konvoi, malah menjadi platform untuk menghubungkan alumni dengan generasi pelajar serta mengukuhkan jaringan antara UMPSA dan institusi pendidikan di Sarawak.

Perjalanan Kembara Jejak Alumni Borneo Ride 2026 terus menjadi medium untuk membawa semangat alumni lebih jauh, merapatkan hubungan dan mencipta lebih banyak jaringan di sepanjang laluan Borneo.

Rombongan dijadualkan meneruskan perjalanan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 September 2026 bagi meneruskan agenda seterusnya dalam siri Kembara Jejak Alumni Borneo Ride 2026. Semoga perjalanan rombongan dipermudahkan serta sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang misi kembara ini.






HEPA UMPSA Malaysia
UMPSA Malaysia

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA:

Shortcuts

Share