Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology

Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology

Share

Pusat SMRRT UMPSA- Pusat penyelidikan berkaitan sumber bumi (berkaitan mineral, sumber air & geoteknik) di UMPSA Centre of Excellence UMPSA - SMaRRT Centre

05/06/2026

"Jasamu dikenang, budimu disanjung"

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

Seluruh warga kerja Pusat SMRRT, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Ts. Dr. Aida binti Mustapha atas segala jasa, kepimpinan, komitmen dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMPSA yang telah berakhir pada 3 Jun 2026.

Semoga segala bakti dan usaha yang dicurahkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dalam memperkukuh kecemerlangan penyelidikan dan inovasi. Kami mendoakan agar Prof. Ts. Dr. Aida sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kejayaan yang berterusan dalam setiap amanah dan usaha yang dilaksanakan.




26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M diucapkan kepada seluruh umat Islam. Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita akan pentingnya nilai pengorbanan, kesabaran, dan keikhlasan dalam kehidupan seharian kita.
Semoga keberkatan Aidiladha ini dapat mengeratkan silaturahim di antara keluarga dan sahabat handai.
Moga segala pengorbanan kita lakukan mendapat pahala disisi Allah SWT.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. ๐Ÿ•Œโœจ

Ikhlas daripada seluruh warga Pusat SMRRT

23/05/2026

BICARA@MUZIUM SUNGAI LEMBING

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sesi perkongsian ilmiah yang menarik dan penuh informasi menerusi program Bicara@Muzium Sungai Lembing dengan tajuk:

Dari Lembah Kinta ke Sungai Lembing: Menyingkap Realiti Kualiti Bijih Timah Berdasarkan Genetik Endapan

Program ini akan membincangkan kajian berkaitan kualiti bijih timah di dua kawasan perlombongan terkenal di Malaysia, iaitu Lembah Kinta dan Sungai Lembing, berdasarkan analisis genetik endapan. Satu topik yang sangat menarik untuk pencinta sejarah, geologi dan warisan perlombongan negara.

๐Ÿ‘ค Moderator:
Encik Peterson Augustine Jadan
Ketua Muzium Sungai Lembing, Jabatan Muzium Malaysia

๐ŸŽ“ Panel Jemputan:
Profesor Madya Ts. Dr. Azrina Binti Abd Aziz
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin)
๐Ÿ•ฅ Masa: 10.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Platform: Facebook Live โ€“ Muzium Sungai Lembing Rasmi





21/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‡๐จ๐ฅ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sempena memperingati kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riโ€™ayatuddin Al-Muโ€™azzam Shah.

"Ya Allah Cucurilah Rahmat Ke Atas Roh Baginda"

HARI HOL NEGERI PAHANG 2026

Sempena memperingati kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, Sultan Pahang Ke-5.

โ€œYa Allah Cucurilah Rahmat Ke Atas Roh Bagindaโ€

Sembah Takzim daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Pengurusan serta seluruh warga UMPSA.



Photos from UMPSA Research & Innovation's post 21/05/2026



Photos from Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology's post 21/05/2026

๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€ - ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€ (๐—™๐—ผ๐—ฐ๐˜‚๐˜€ ๐—š๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ฝ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฐ๐˜‚๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป, ๐—™๐—š๐——) ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ

Telah berlangsung dengan jayanya Program Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group Discussion, FGD) Industri anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui CRECM bersama Pusat SMRRT pada 20 Mei 2026 bertempat di Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Kuala Lipis.

Program ini dilaksanakan sebagai platform perbincangan strategik bersama pihak industri dan agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas dalam memperkukuh pembangunan latihan dan kompetensi TVET berkaitan industri nadir bumi dan perlombongan.

Antara agensi dan industri yang terlibat dalam sesi FGD ini ialah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Pahang Mining Corporation (PMC), Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Lynas Malaysia, GIATMARA Negeri Pahang, YP Mining, Penjom Gold Mine serta Selinsing Gold Mine.

Perbincangan memberi fokus kepada keperluan kemahiran semasa industri, pembangunan modul latihan, potensi kerjasama strategik serta usaha memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang selari dengan kehendak industri dan perkembangan teknologi semasa.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AMMP atas kesudian menjadi tuan rumah dan menyediakan lokasi penganjuran bagi menjayakan program ini. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua wakil industri dan agensi yang hadir atas komitmen serta perkongsian pandangan sepanjang sesi berlangsung.

Semoga kolaborasi yang terjalin dapat terus diperkukuh demi pembangunan ekosistem TVET dan industri nadir bumi negara.

Photos from Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology's post 21/05/2026

๐Ÿญ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—š๐—œ๐—”๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐˜ - ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ฐ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ

Pada 19 Mei 2026 telah diadakan Sesi Penilaian Pasca Program Latihan TVET Nadir Bumi melibatkan peserta daripada GIATMARA Jerantut, Kuala Lipis dan Temerloh di Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA Jerantut.

Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk membentangkan hasil tugasan yang telah disediakan berdasarkan modul latihan yang telah diikuti. Penilaian dijalankan oleh panel bagi meninjau tahap kefahaman peserta terhadap konsep, aplikasi serta potensi pelaksanaan ilmu yang diperoleh dalam konteks industri dan latihan TVET. Panel penilai terdiri daripada Pengarah Kanan CRECM, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus, Encik Solahuddin bin Daud (RO) dan Encik Mohd Naffidi bin Abd Latif (ARO).

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang sesi pembentangan. Penglibatan aktif ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh kompetensi teknikal serta memperluas pengetahuan dalam bidang nadir bumi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi ini.

Photos from Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology's post 21/05/2026

๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—š๐—œ๐—”๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป - ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ฐ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ

Telah berlangsung dengan jayanya sesi penilaian pasca bagi peserta Program Latihan TVET Nadir Bumi yang terdiri daripada pelatih GIATMARA Paya Besar, Pekan dan Muadzam Shah pada 18 Mei 2026 di GIATMARA Pekan.

Sesi ini bertujuan menilai tahap kefahaman, penguasaan ilmu serta keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan sepanjang program. Para peserta telah membentangkan tugasan kajian kes sebagai medium penilaian terhadap aplikasi pengetahuan berkaitan teknologi dan pemprosesan nadir bumi. Panel penilai terdiri daripada AJK Program iaitu Dr. Jun Haslinda binti Haji Sharifuddin, Dr. Noraina Mazuin binti Sapuan dan ChM Dr. Nurul Ain binti Ismail.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan panel penilai, tenaga pengajar serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sesi ini.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang TVET dan teknologi nadir bumi.

Photos from UMPSA Malaysia's post 16/05/2026




16/05/2026






SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik.

Terima kasih kerana menjadi inspirasi, pembimbing dan pencorak masa depan generasi hari ini. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat dalam menjalankan amanah yang mulia ini. ๐Ÿ“šโœจ

Kepada semua warga pendidik, kami mengucapkan Selamat Hari Guru!

Guru Bitara , Nadi Negara


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik.

Terima kasih atas komitmen, segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sesungguhnya, jasa para pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah mendidik dengan penuh kasih sayang dan ketulusan demi melahirkan generasi yang mampu meneruskan kecemerlangan negara.

Semoga semua pendidik terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak demi agama, bangsa dan negara.

Kepada semua warga pendidik, kami mengucapkan Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu.

Guru Bitara , Nadi Negara

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMPSA
Abdul Razak Jaafar



Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Centre For Sustainability Of Mineral And Resource Recovery Technology, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00