SMK Bukit Sagu

SMK Bukit Sagu SMK Bukit Sagu mula beroperasi pada tahun 2011.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...Hebahan berkenaan Pendaftaran Tingkatan 1 dan Jualan Buku SMK Bukit Sagu adalah sepe...
05/01/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hebahan berkenaan Pendaftaran Tingkatan 1 dan Jualan Buku SMK Bukit Sagu adalah seperti berikut :

TARIKH : 9 JANUARI 2029 (JUMAAT)

MASA : 8.30 PAGi

TEMPAT :
DEWAN KHALID AL WALID (PENDAFTARAN TINGKATAN 1)

KOPERASI (JUALAN BUKU & KEPERLUAN SEKOLAH)

Assalamualaikumn& Salam Sejahtera... Jualan Buku & Keperluan Sekolah SMK Bukit Sagu akan diadakan pada 9 & 10 Januari 20...
29/12/2025

Assalamualaikumn& Salam Sejahtera...

Jualan Buku & Keperluan Sekolah SMK Bukit Sagu akan diadakan pada 9 & 10 Januari 2026.

Ibu / Bapa / Penjaga digalakkan membuat pembayaran awal melalui online banking untuk mengelakkan kesesakan di kaunter.

sekiranya ibu/bapa/penjaga telah membuat pembayaran awal, tuan/puan boleh hadir ke kaunter dan terus mengambil buku & keperluan mengikut senarai yang telah dibayar.

Jangan lupa lampirkan resit pembayaran bank ke group telegram berikut beserta nama anak dan kelas :

TELEGRAM KOPERASI SMK Bukit Sagu
https://t.me/+SAVzvEXDJdAwMTg1

Segala kerjasama amatlah kami hargai..terima kasih.. 😊

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.Selamat menduduki ujian bertulis SPM 2025 buat calon-calon SMK Bukit Sagu daripada ...
24/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menduduki ujian bertulis SPM 2025 buat calon-calon SMK Bukit Sagu daripada kami warga SMK Bukit Sagu. SPM bukan sekadar peperiksaan. Ia adalah permulaan kepada masa depan kamu.

Menentukan ke mana arah tuju selepas sekolah. Sama ada ke universiti, kolej, politeknik atau dunia pekerjaan. SPM adalah kunci pertama.

Kami tahu, cabaran sekarang tidak mudah. Tekanan, pelbagai subjek, ujian bertimpa, kadangkala rasa penat dan hilang semangat. Tapi percayalah..setiap usaha yang ikhlas, pasti akan ada hasilnya.

Dan yang paling penting jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan guru. Doa mereka sangat bermakna dalam kejayaan anda.

Ingat anak-anak sekalian, kejayaan bukan milik orang pandai semata-mata, tetapi milik *mereka yang tidak pernah berputus asa.*

Selamat maju jaya batch 08, 2025..πŸ’

Assalamualaikum & Salam sejahtera..Kempen Infaq makanan kepada calon SPM 2025...semoga sumbangan anda memberikan makna y...
24/11/2025

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Kempen Infaq makanan kepada calon SPM 2025...semoga sumbangan anda memberikan makna yang besar buat calon-calon SPM 2025 ini...

Assalammualaikum... Sewaan tapak utk jualan sempena kejohanan olahraga tahunan. Boleh war-warkan pada sesiapa yg bermina...
01/06/2025

Assalammualaikum...
Sewaan tapak utk jualan sempena kejohanan olahraga tahunan. Boleh war-warkan pada sesiapa yg berminat. Terima kasih.. 😊

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam..Jangan lupa niat puasa. .. 😊
01/03/2025

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam..Jangan lupa niat puasa. .. 😊

Jumaat 28/02/2025Majlis Hitea Sanjungan Budi Lambaian Kasih kepada 3 insan yang telah meninggalkan bumi SeMBSa iaitu Pua...
28/02/2025

Jumaat 28/02/2025

Majlis Hitea Sanjungan Budi Lambaian Kasih kepada 3 insan yang telah meninggalkan bumi SeMBSa iaitu Puan Nor Dalila, En Ahmad Tarmizi dan Pn Tuan Nurul Khadijah.

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga ukhwah yang telah dibina akan tetap terjalin walaupun jarak memisahkan kita. Selamat maju jaya dan jika ada rezeki kita berjumpa lagi.

Jumaat 28/02/2025Warna warni Kejohanan Merentas Desa SeMBSa 2025.Terima kasih kepada YDP PIBG dan Pengurus Felda Sagu 2 ...
28/02/2025

Jumaat 28/02/2025

Warna warni Kejohanan Merentas Desa SeMBSa 2025.

Terima kasih kepada YDP PIBG dan Pengurus Felda Sagu 2 & 3 kerana sudi turun padang pada hari ini.

Tahniah kepada murid-murid yang menyertai kejohanan pada hari ini dan memperoleh pingat. Kepada yang tidak berjaya mendapat tempat jangan berputus asa kerana anda telah berikan yang terbaik.

Terima kasih juga buat pentadbir, guru dan AKP kerana turut bekerjasama dalam memastikan kelancaran kejohanan pada hari ini.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Pendaftaran Tingkatan 1πŸ’₯ Jumaat 14.02.2025 (8.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI)πŸ’₯Jualan buku ...
12/02/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pendaftaran Tingkatan 1

πŸ’₯ Jumaat 14.02.2025 (8.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI)πŸ’₯

Jualan buku di Koperasi SMK Bukit Sagu

πŸ’₯13.02.2025 - 15.02.2025 (9.00 PAGI - 2.00 PETANG)

(Bahagian 2)Jumaat | 17.01.2025Perhimpunan akhir sebelum sesi 2024/2025 melabuhkan tirainya.  Pada perhimpunan akhir ini...
17/01/2025

(Bahagian 2)

Jumaat | 17.01.2025

Perhimpunan akhir sebelum sesi 2024/2025 melabuhkan tirainya. Pada perhimpunan akhir ini turut diadakan pelbagai penyampaian hadiah di bawah program Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum. Antaranya adalah pemenang bagi Project Based Learning (PBL), Hadiah Kehadiran Penuh 100% sepanjang sesi 2024/2025 dan pelbagai hadiah pertandingan semasa program Pasca UASA serta hadiah daripada unit ko-kurikulum.

Semoga sesi 2024/2025 meninggalkan memori indah buat semua warga SeMBSa. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pelbagai program dan aktiviti. Semoga berjumpa lagi di sesi yang baharu pada bulan Februari 2025.

(Bahagian 1)Jumaat | 17.01.2025Perhimpunan akhir sebelum sesi 2024/2025 melabuhkan tirainya.  Pada perhimpunan akhir ini...
17/01/2025

(Bahagian 1)

Jumaat | 17.01.2025

Perhimpunan akhir sebelum sesi 2024/2025 melabuhkan tirainya. Pada perhimpunan akhir ini turut diadakan pelbagai penyampaian hadiah di bawah program Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum. Antaranya adalah pemenang bagi Project Based Learning (PBL), Hadiah Kehadiran Penuh 100% sepanjang sesi 2024/2025 dan pelbagai hadiah pertandingan semasa program Pasca UASA serta hadiah daripada unit ko-kurikulum.

Semoga sesi 2024/2025 meninggalkan memori indah buat semua warga SeMBSa. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pelbagai program dan aktiviti. Semoga berjumpa lagi di sesi yang baharu pada bulan Februari 2025.

16/01/2025-17/01/2025Project Based Learning atau singkatannya PBL menjadi salah satu program Pasca UASA bagi Tingkatan 1...
17/01/2025

16/01/2025-17/01/2025

Project Based Learning atau singkatannya PBL menjadi salah satu program Pasca UASA bagi Tingkatan 1 sehingga 4. Program ini juga disertai oleh murid-murid Pendidikan Khas.

Showcase selama 2 hari telah diadakan di Dewan Khalid Al Walid bagi memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk membentangkan project mereka.

Semoga program ini dapat menjadikan murid mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah mereka perolehi dengan kehidupan seharian atau situasi sebenar kehidupan.

Address

SMK Bukit Sagu
Kuantan
25740

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095476196

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bukit Sagu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bukit Sagu:

Shortcuts

Share

Category