Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan Instagram: kptmkuantan
Twitter: kptmktnofficial
Tiktok: kptmkuantan

Empowering future-ready graduates through industry-driven education, transformative experiences and a culture of excellence.

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐— ๐—ฃ๐—ฃ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ!20 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat warga Kolej Poly-Tec...
23/08/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐— ๐—ฃ๐—ฃ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ!

20 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan apabila berlangsungnya Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Kuantan Sesi 2026/2027 bertempat di Dewan Al-Farabi, KPTM Kuantan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 18 orang mahasiswa dan mahasiswi yang telah dipilih untuk menggalas amanah sebagai barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Kuantan Sesi 2026/2027.

๐Ÿญ๐Ÿด ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—ฃ๐—ฃ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

1. Aiena Nurnatrah Binti Mohd Nazri โ€“ EV103
2. Anis Nazirah Binti Azhar โ€“ AA101
3. Nabila Arissa Binti Nizam โ€“ AA101
4. Amir Rahman Bin Mohamed Rahimi โ€“ EV103
5. Muhammad Afiq Hayqal Bin Abdullah โ€“ BS101
6. Nur Eriyana Airen Binti Junairin โ€“ EV103
7. Ivanafiqah Binti Abdul Majid โ€“ BS101
8. Khairul Anis Najiha Binti Khairul Syaifulnizam โ€“ EV103
9. Nur Shahira Binti Zainol โ€“ BS101
10. Norasfarisha Binti Hasni โ€“ AB107
11. Long Muhammad Danish Haikal Bin Long Mohd Khazani โ€“ AB107
12. Muhammad Amrin Afiq Bin Mohd Khirusnam โ€“ AB107
13. Mohamad Syamil Haikal Bin Mohd Shahril โ€“ BS101
14. Nuraliyah Nasuha Binti Rosli โ€“ AB107
15. Nur Salwa Syaninna Binti Rabinin โ€“ EV103
16. Muhammad Farish Iskandar Bin Ahmad Zaki โ€“ EV103
17. Muhammad Amir Zakwan Bin Amran โ€“ AA101
18. Nur Adeelya Aisya Binti Noor Azmi โ€“ AB101

Pemilihan MPP bukan sekadar proses memilih wakil mahasiswa, malah merupakan platform pembentukan kepimpinan, pemupukan integriti, pengukuhan rasa tanggungjawab serta penerapan budaya demokrasi dalam kalangan mahasiswa.

Sebagai wakil suara mahasiswa, MPP memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara pihak pengurusan kolej dengan komuniti pelajar, khususnya dalam membawa suara, kebajikan, pandangan dan aspirasi mahasiswa ke arah persekitaran kampus yang lebih baik.

๐ŸŒŸ Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada barisan MPP KPTM Kuantan Sesi 2026/2027.

Semoga barisan kepimpinan baharu ini terus komited, berintegriti dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa KPTM Kuantan.

โ€œMemimpin Dengan Integriti, Berkhidmat Dengan Hati.โ€ ๐Ÿ’™








๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ & ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง ๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง (๐—ฆ๐—š๐—ฆ) ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กAlhamdulillah, telah berlangsung Bengkel dan Majlis P...
23/08/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ & ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง ๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง (๐—ฆ๐—š๐—ฆ) ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel dan Majlis Penghargaan Student Get Student (SGS) KPTM Kuantan pada Jumaat, 21 Ogos 2026, bertempat di Dewan Al-Jazari, KPTM Kuantan.

Program anjuran Seksyen Pengambilan Pelajar ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam membantu aktiviti promosi serta hebahan KPTM Kuantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Program serta Seksyen Tajaan atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan yang sangat bermanfaat sepanjang sesi bengkel ini. Perkongsian yang diberikan pastinya menjadi nilai tambah dan inspirasi kepada para peserta dalam memperkukuh peranan mereka sebagai ahli SGS.

Tidak dilupakan, tahniah dan syabas kepada Ahli Rekrut Tertinggi serta Ahli Paling Aktif atas usaha, komitmen dan sumbangan dalam menjayakan inisiatif Student Get Student (SGS).

Semoga program ini terus menjadi platform untuk menghargai, memperkasa dan menyuntik semangat kepada para pelajar untuk bersama-sama mempromosikan KPTM Kuantan. ๐Ÿ’™โค๏ธ

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat! ๐Ÿ‘๐Ÿปโœจ



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKPTM Kuantan terus menyokong usaha membudayakan nilai integriti dalam kalangan mah...
23/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KPTM Kuantan terus menyokong usaha membudayakan nilai integriti dalam kalangan mahasiswa melalui penyertaan dalam Program Pemantapan Integriti AMAR 2026 yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Auditorium SPRM Pahang.

Program ini disertai oleh 20 orang pelajar KPTM Kuantan bersama Pn. Nurul Atikah dan Pn. Syakinah selaku pengiring, selain turut melibatkan pelajar daripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuantan.

Antara pengisian menarik program ialah ceramah โ€œTumbuk Rusuk: Pengkisahan dari Tirai Besiโ€ yang disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan. Perkongsian pengalaman dan pengkisahan yang disampaikan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan mengamalkan integriti, menolak rasuah dan membuat keputusan yang berlandaskan nilai serta prinsip yang betul.

Semoga penglibatan ini dapat menyemai kesedaran dalam diri mahasiswa untuk menjadi generasi yang berintegriti, amanah dan bebas daripada rasuah, seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat dan negara.



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง

๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐——โ€™๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒProgram Dโ€™ASRAMERDEKA 2026 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Hal Ehwal Pel...
23/08/2026

๐——โ€™๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Program Dโ€™ASRAMERDEKA 2026 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP), KPTM Kuantan telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah pada 22 Ogos 2026 (Sabtu)!

Program dimulakan dengan Senamrobik Merdeka yang menceriakan pagi warga pelajar, diikuti Kibaran Merdeka sebagai simbol kecintaan dan patriotisme terhadap tanah air ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tidak ketinggalan, kemeriahan diteruskan dengan pertandingan Merdeka Board Makeover yang menyaksikan setiap blok asrama menampilkan kreativiti, semangat kerjasama dan dekorasi bertemakan kemerdekaan. ๐ŸŽจโœจ

๐Ÿ† Tahniah kepada para pemenang!
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€” Blok S
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€” Blok R
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€” Kasturi Perempuan

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen serta mencurahkan kreativiti masing-masing. Semangat kerjasama dan kekitaan inilah yang menjadikan Dโ€™ASRAMERDEKA 2026 lebih bermakna! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih juga kepada MPP, HEP, para pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa warga KPTM Kuantan. โค๏ธ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

๐—”๐—–๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กKuantan, Pahang โ€” Account Fest 2026 telah berlangsung dengan...
21/08/2026

๐—”๐—–๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

Kuantan, Pahang โ€” Account Fest 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang perakaunan, realiti industri serta prospek kerjaya dalam bidang tersebut.

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian yang memberi peluang kepada para pelajar untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kefahaman terhadap dunia profesional serta mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai laluan kerjaya dalam bidang perakaunan.

Majlis turut mendapat perhatian dengan kehadiran Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Pahang; Dr. Mahadir bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA Negeri Pahang; Puan Noor Azira binti Abd Rashid, Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang; Encik Zaki bin Ibrahim, Pengarah KPTM; serta Puan Nor Faradilla binti Idris, Timbalan Pengarah Akademik KPTM.

Kehadiran para tetamu kehormat tersebut mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa pendidikan serta pembangunan potensi pelajar, khususnya dalam bidang perakaunan.

Penganjuran Account Fest 2026 turut menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak industri, sekali gus membuka ruang kepada para pelajar untuk memahami keperluan serta cabaran sebenar dunia pekerjaan.

KPTM Kuantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Membina potensi, memperkasa generasi masa hadapan.



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง

https://linktr.ee/kptmkuantanofficial

๐Ÿ“ž Pn. Dila: 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain: 019-9147467

๐Ÿค ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—งKolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan terus memperkukuhkan...
20/08/2026

๐Ÿค ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan menerusi ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ž๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ.

Kerjasama ini menjadi platform bagi KPTM Kuantan bersama pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan yang merangkumi ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ, ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ, ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎdemi memberi manfaat kepada para pelajar.

Melalui jalinan ini, KPTM Kuantan berharap dapat membuka lebih banyak peluang dan pendedahan kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya mereka selepas alam persekolahan.

Semoga kerjasama yang terjalin ini terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berkemahiran, berkeyakinan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan negara. ๐ŸŒฑ

โœจ Bersama Membina Potensi, Melakar Masa Depan!

KENALI KAMI DENGAN LEBIH DEKAT
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”, ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐— ! ๐ŸŽ‰Dalam menyemarakkan sambutan ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต dan ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฏ, warga ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ...
20/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”, ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐— ! ๐ŸŽ‰

Dalam menyemarakkan sambutan ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต dan ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฏ, warga ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป turut bersama-sama meraikan detik penuh bermakna ini dengan semangat patriotik dan rasa bangga sebagai sebahagian daripada keluarga KPTM.

๐ŸŽ‚ Acara memotong kek dan pulut kuning menjadi simbolik utama sambutan, mencerminkan ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป seluruh warga KPTM. Semoga KPTM terus kukuh melangkah, berkembang maju dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Walaupun sambutan berlangsung secara dalam talian dan dihoskan oleh KPTM Kota Bharu, semangat ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  tetap menyatukan kita dari seluruh kampus. โค๏ธ๐Ÿ’™

๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ, ๐—ง๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ!

๐ŸŽ“ ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐— , ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด!

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ โ€“ ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กโ€œBersama kita, ringankan beban.โ€KPTM Kuantan mengajak seluruh warga ...
18/08/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ โ€“ ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

โ€œBersama kita, ringankan beban.โ€

KPTM Kuantan mengajak seluruh warga kampus untuk bersama-sama menyokong Inisiatif Kebajikan KPTM Kuantan melalui Kempen Hari Tanpa Lapar.

Sumbangan serendah RM3.50 boleh membantu seorang pelajar menikmati hidangan yang disediakan:

๐Ÿš SELASA โ€“ Nasi Lemak + Telur Mata
๐Ÿ’ฐ RM3.50 / seorang

๐Ÿ› RABU โ€“ Nasi Minyak
๐Ÿ’ฐ RM7.00 / seorang

๐Ÿ’ Contoh mudah:
Sumbang RM3.50 โ†’ bantu 1 pelajar makan pada hari Selasa.
Sumbang RM7.00 โ†’ bantu 1 pelajar makan pada hari Rabu.

โœจ Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna dan mampu meringankan beban pelajar yang memerlukan.

๐Ÿ“Œ CARA MENDERMA:
Sila hubungi mana-mana staf HEP KPTM Kuantan untuk maklumat lanjut dan saluran sumbangan.

๐ŸŒฑ Jom bersama-sama kita kongsi rezeki dan pastikan tiada pelajar yang lapar di kampus.

โค๏ธ Sedekah kecil, pahala besar.
Jom infak, jangan tunggu kaya!







๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง

https://linktr.ee/kptmkuantanofficial

๐Ÿ“ž Pn. Dila: 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain: 019-9147467

๐—๐—”๐—จ๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›, ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—กBagi Steword, seorang pelajar dari SMK Segama, Lahad Datu, Sabah, keputusan untuk me...
11/08/2026

๐—๐—”๐—จ๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›, ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—ก

Bagi Steword, seorang pelajar dari SMK Segama, Lahad Datu, Sabah, keputusan untuk melanjutkan pengajian jauh dari keluarga bukanlah satu keputusan yang mudah.

Dengan keputusan SPM 3A 3B 1C, Steword memilih untuk berani melangkah keluar dari zon selesa dan meneruskan pengajian di KPTM Kuantan.

Kini berada di Semester 3 Diploma Pengurusan Sukan, perjalanan Steword membuktikan bahawa keputusan SPM bukanlah penentu sejauh mana seseorang mampu pergi.

Lebih membanggakan, Steword kini mencatatkan CGPA 4.00. โœจ

โ€œDari Sabah ke Kuantan. Jauh daripada keluarga, tetapi semakin dekat dengan impian.โ€

Sejak berumur 8 tahun, Steword sudah mempunyai minat yang kuat terhadap bidang yang diceburinya. Minat terhadap sukan bukan satu-satunya sebab, tetapi rasa ingin tahu tentang bagaimana tubuh manusia berfungsi, beradaptasi dan berinteraksi menjadi antara perkara yang mendorongnya untuk terus mengejar bidang impian.

Bagi Steword, kejayaan tidak datang hanya kerana seseorang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Ia memerlukan keberanian untuk mencuba, kesungguhan untuk belajar dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

Sepanjang berada di KPTM Kuantan, kemudahan pembelajaran dan fasiliti sukan yang lengkap menjadi antara perkara yang membuatkan pengalaman pengajiannya lebih bermakna. Ditambah p**a dengan pensyarah yang baik hati, komited dan sentiasa memberikan bimbingan, perjalanan pembelajaran menjadi lebih teratur dan menyeronokkan.

Ada satu prinsip yang sentiasa menjadi pegangan Steword โ€” jangan takut untuk pergi jauh demi mencari ilmu.

Kerana kadang-kadang, kita perlu berani meninggalkan tempat yang selesa untuk menemukan versi terbaik diri sendiri.

Dan bagi Steword, segala usaha ini mempunyai satu tujuan yang lebih besar:

โ€œSaya mahu suatu hari nanti melihat semua insan yang menyayangi saya tersenyum bangga dengan kejayaan yang saya capai.โ€ โค๏ธ

Hari ini, Steword bukan lagi sekadar pelajar dari Sabah yang datang jauh ke Kuantan.

Dia adalah bukti bahawa apabila kita berani mengejar impian, jarak bukan lagi penghalang.

๐ŸŒŸ DARI SABAH. KE KUANTAN. MENUJU MASA DEPAN.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง

๐ŸŒ https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
๐Ÿ“ž Pn. Dila: 019-956 7467
๐Ÿ“ž Cik Ain: 019-914 7467

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž6 ogos 2026, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah berpeluang m...
07/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž

6 ogos 2026, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah berpeluang melaksanakan Program Motivasi Bersama Pelajar Orang Asli di SMK Karak, Pahang sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan aspirasi pelajar ke arah pengajian tinggi.

Program ini bertujuan memberi suntikan motivasi, membina keyakinan diri serta membuka minda para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian selepas SPM. Pelbagai perkongsian menarik telah disampaikan, termasuk tips membina hala tuju kerjaya, kepentingan pendidikan serta peluang menyambung pengajian di institusi pendidikan tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Karak atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai cita-cita dan menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

"Masa depan bermula dengan langkah pertama hari ini."



๐Ÿ“ฒ KENALI KAMI DENGAN LEBIH DEKAT

๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial

โ˜Ž๏ธ Pn. Dila: 019-9567467
โ˜Ž๏ธ Cik Ain: 019-9147467

Address

KM 8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 15:30
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 15:30
Friday 09:00 - 15:30

Telephone

+60199567467

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share