07/05/2026
Keselamatan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab bersama!
Ayuh kita sama-sama pastikan keselamatan dan kebajikan anak-anak terpelihara pada setiap masa dan di mana-mana sahaja, InsyaAllah.
Cakna sebelum terkena. Pandu cermat jiwa selamat.
15/04/2026
Anak-anak pastinya akan rasa seronok belajar Matematik di Tadika I-LIFT!
Matematik adalah subjek yang perlu dipelajari sejak kecil lagi. Oleh itu, adalah penting untuk membantu anak-anak mengembangkan pemikiran matematik mereka seawal usia. Pengetahuan matematik anak-anak di peringkat tadika boleh meramal dengan lebih baik pencapaian akademik pada masa hadapan berbanding kebolehan membaca awal atau kemahiran memerhati. Matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kanak-kanak dan memainkan peranan kritikal untuk perkembangan masa depan.
Oleh itu, pembelajaran matematik dengan cara yang menyeronokkan adalah signifikan kerana ia dapat mengurangkan rasa bimbang, meningkatkan penglibatan, dan membina sikap positif terhadap subjek. Pembelajaran interaktif dan praktikal seperti mengguna pakai permainan, teka-teki dan aktiviti harian membantu anak-anak memahami konsep abstrak melalui pengalaman konkrit, meningkatkan memori dan kemahiran menyelesaikan masalah.
10/03/2026
💖SHARING IS CARING: HADIS RAMADHAN SIRI 3💖
Perkongsian kita pada hari ni diteruskan dengan koleksi Hadis Ramadhan Siri 3. Sepertimana firman Allah di dalam Surah Fussilat, 41 : 33 seperti berikut:
وَمَنْ اَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّنْ دَعَآ اِلَى اللّٰهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَّقَالَ اِنَّنِيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh, dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim."
09/03/2026
🔎MENEROKA 5 DERIA MENERUSI PEMBELAJARAN-MELALUI-PENGALAMAN🔍
🏫Anak-anak didik I-LIFT Kindergarten didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dari semasa ke semasa yang merentasi subjek dan topik yang berbeza sepanjang proses pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah ‼️ penting ‼️ dalam meningkatkan pengetahuan, motivasi, dan pembangunan kemahiran tambahan melalui aktiviti hands-on dan pengalaman sebenar dunia sekeliling.😍
Bagaimanakah kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada pengalaman pembelajaran berasaskan pengalaman?
✅Lebih mudah mengingati apa yang telah dipelajari
✅Menjadi lebih bermotivasi untuk mendalami pembelajaran dan rasa ingin tahu mereka
✅Membantu membangunkan kemahiran tambahan termasuk penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kerja berpasukan.
Mempelajari tentang 5 deria yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita akan menjadi lebih mudah untuk difahami kerana anak-anak diberi peluang untuk merasa👅, mendengar👂, melihat👁️, menyentuh🫳 dan menghidu👃 pelbagai bahan yang dibawa masuk ke dalam kelas. Mubarak a’laikum anak-anak didik I-LIFT Kindergarten!👍
04/03/2026
⏳SHARING IS CARING: HADIS RAMADHAN SIRI 2⏳
Sepertimana yang Allah telah nyatakan di dalam Surah Al-Asr, 103 : 1-3 bahawa seluruh manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang memanfaatkan masa dengan empat perkara iaitu beriman, beramal soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Surah Al-Asr adalah Surah Makiyyah yang terdiri daripada 3 ayat yang menegaskan masa adalah modal utama kehidupan yang mesti diisi dengan ketaatan sebelum ajal menjemput.
Apa kata kita amati perkongsian hadis kali ini dan sebarkan kepada kaum keluarga serta rakan taulan agar usaha ini menjadi salah satu amal soleh kita di samping berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran!
03/03/2026
🦷PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SESI 1🪥
Semakin cepat kanak-kanak mula menjalani pemeriksaan pergigian secara berkala, semakin sihat keadaan mulut mereka sepanjang hayat! 😉
Oleh kerana gigi memainkan peranan penting dalam proses makan, mengunyah dan nutrisi, pemeriksaan awal adalah penting kerana ia membantu mencegah kaviti dan kerosakan gigi; yang boleh menyebabkan kesakitan, masalah menumpukan perhatian dan masalah perubatan lain. 🪥🦷
Gigi yang sihat membantu kita untuk makan dengan mudah dan juga membolehkan kita membentuk bunyi dan bercakap dengan jelas, dan memainkan peranan penting dalam senyuman manis seseorang. 😁