20/09/2021
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KEPADA:
▶️Pengerusi PASTI Kawasan.
▶️Pengurus PASTI Cawangan.
▶️Guru-guru PASTI.
▶️Ibu Bapa Penjaga Murid PASTI.
Tuan,Puan
JEMPUTAN KE MAJLIS MUNAJAT PERDANA ONLINE SIRI 3 PASTI NEGERI PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Tarbiyyah PASTI Negeri Pahang dan Majlis Guru PASTI Negeri Pahang akan mengadakan satu program munajat perdana online adalah seperti butiran berikut :
Tarikh : 20 September 2021 (Isnin)
Aplikasi : Online Zoom & Live facebook PASTI Negeri Pahang
Masa : 7.45 malam
ATURCARA:
• BACAAN AL-MATHURAT
• BACAAN SURAH AL-MULK
• DOA MUNAJAT
• TAKZIRAH KHAS BERSAMA : USTAZAH ISFADIAH MOHD DASUKI
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan,puan seluruh warga PASTI untuk bersama-sama untuk hadir di dalam program ini.
4. Semoga dengan kerjasama yang diberikan dapat melancarkan lagi perjalanan program ini,jasa baik pihak tuan puan, kami dahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih.
-Pejabat PASTI Negeri Pahang.