15/10/2024
๐ญ๐ฐ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐ฆ๐ก๐๐ก | ๐ฃ๐๐๐ฉ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐
Sesi taklimat kepada Pelatih PKS Siri 4/2024 oleh Pegawai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Taklimat ini memberikan pendedahan kepada pelatih yang bakal bersara bagi mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada atau baru melalui bantuan dan tawaran yang disediakan oleh pihak NADI di seluruh Malaysia. Hanya berdaftar sebagai Ahli NADI untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh NADI inisiatif dari SKMM dan Kerajaan.
Antara teras yang NADI sediakan adalah seperti NADI Usahawan, NADI Kesejahteraan Kendiri, NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI Kesedaran dan NADI Inisiatif Kerajaan.
Pelatih PERHEBAT yang mengikuti Kursus Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) boleh mengikuti Teras NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat dimana ia menawarkan kursus Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Foto serta Mahir Baiki Gajet. Kesemua kursus ini ditawarkan secara percuma jika pelatih atau keluarga menjadi Ahli.
Terima kasih kepada Pegawai daripada NADI Kg Seri Damai, NADI Kg Pandan, NADI Taman Berjaya Permai, NADI Kg Ubai dan NADI Felda Bukit Sagu yang sudi hadir bagi membantu memberi penerangan kepada Pelatih PKS Siri 4/2024 PERHEBAT Negeri Pahang.