Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas - SERIA

Call Directions Contact the school

Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas - SERIA SRI IBNU ABBAS @ SeRIA adalah salah sebuah sekolah dibawah HALUAN dan dikelolai oleh KOBI.

KARNIVAL KO-AKEDEMIK IPS KEBANGSAAN29 OGOS 2026SRI AS-SYIDDIQ, SIMPANG RENGGAM,  JDT.Alhamdulillah telah selesai pertand...
15/09/2026

KARNIVAL KO-AKEDEMIK IPS KEBANGSAAN
29 OGOS 2026
SRI AS-SYIDDIQ, SIMPANG RENGGAM, JDT.

Alhamdulillah telah selesai pertandingan Karnival Ko Akademik IPS Kebangsaan bagi sesi 2026, yang bertempat di SRI As-Syddiq, Simpang Renggam, Johor. Tahun ini amat bermakna bagi warga Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas - SERIA kerana berjaya membawa p**ang 10 pingat, 3 Johan, 2 Naib Johan, dan 5 Ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru yang terlibat dalam melatih peserta kita pagi petang siang malam. Inshaallah, kita akan mengulangi lagi kejayaan ini pada penganjuran yang seterusnya pada tahun 2028.



πŸ“£ KUTIPAN SUMBANGAN KARNIVAL KO AKADEMIK IPS 2026⏳ Bersama Menyokong Kecemerlangan Akademik Murid!Assalamualaikum warahm...
24/07/2026

πŸ“£ KUTIPAN SUMBANGAN KARNIVAL KO AKADEMIK IPS 2026

⏳ Bersama Menyokong Kecemerlangan Akademik Murid!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 🌿

Sekolah Rendah Islam Ibnu 'Abbas akan menyertai Karnival KO Akademik IPS 2026 yang akan berlangsung pada:

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ SRI As-Syddiq, Simpang Renggam, Johor

🎯 Sasaran Kutipan: RM12,000.00

Karnival KO Akademik IPS merupakan program tahunan yang menghimpunkan sekolah-sekolah Islam swasta seluruh Malaysia bagi menyertai pelbagai pertandingan akademik, intelektual dan pembangunan sahsiah. Program ini bertujuan mencungkil bakat murid, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat persaingan yang sihat.

Dana sumbangan akan digunakan bagi:
βœ… Menampung kos pengangkutan peserta dan guru pengiring
βœ… Penginapan serta makan minum sepanjang program
βœ… Yuran penyertaan pertandingan
βœ… Penyediaan bahan dan kelengkapan pertandingan
βœ… Keperluan logistik serta pengurusan kontinjen sekolah

🀝 Kami mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa, alumni, individu, syarikat dan organisasi bagi membantu menjayakan penyertaan kontinjen Sekolah Rendah Islam Ibnu 'Abbas.

https://yayasanmatri.org/product/karnival-ko-akademik-seria-2026/

πŸ’š Setiap sumbangan, walau sekecil mana nilainya, amat bermakna dalam merealisasikan hasrat melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan cemerlang.

βœ… Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan cukai.

πŸ“ž Sebarang Pertanyaan:-
S.R.Ibnu Abbas
09-536 1680 / 0112-075 3351

"Infaq Anda, Pelaburan Untuk Generasi Cemerlang."

SAMBUTAN HARI GURU 2026 PERINGKAT SeRIAAkan diadakan pada 15 Mei 2026 dengan tema tahun ini Guru Bitara Nadi Negara.Semo...
13/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026 PERINGKAT SeRIA

Akan diadakan pada 15 Mei 2026 dengan tema tahun ini Guru Bitara Nadi Negara.
Semoga dengan sambutan ini akan meningkatkan lagi semangat, iltizam, usaha gigih dan jihad pengorbanan guru SeRIA menggapai cita membentuk anak anak SeRIA menjadi anak yang soleh solehah dan generasi yang bertaqwa dimasa akan datang.

Ayuh ibubapa dan guru !!
Kita raikan bersama dan doakan yang terbaik sempena Hari Guru tahun ini.

12 Mei 2026SeRIA SERTAI BOLA JARING MSSD KUANTAN 2026Pasukan bola jaring SeRIA telah menyertai Kejohanan MSSD Bola Jarin...
13/05/2026

12 Mei 2026

SeRIA SERTAI BOLA JARING MSSD KUANTAN 2026

Pasukan bola jaring SeRIA telah menyertai Kejohanan MSSD Bola Jaring Daerah Kuantan 2026 yang berlangsung di UMPSA. Pasukan telah dipimpin oleh Mualimah Naemah & Mualimah Ain.

Dalam peringkat kump**an, SeRIA memulakan saingan menentang SK Bunut Rendang dan tewas dengan keputusan 1-7. Namun begitu, pasukan bangkit dengan penuh semangat dalam perlawanan kedua apabila berjaya menewaskan SK Air Putih dengan jaringan 5-1. Momentum kemenangan diteruskan dalam perlawanan ketiga apabila SeRIA mencatat kemenangan bergaya 10-0 ke atas SK Panching.

Hasil daripada persembahan yang memberangsangkan tersebut, pasukan SeRIA berjaya muncul sebagai Naib Juara Kump**an dan layak ke pusingan kalah mati (Round 32).

Dalam pusingan kalah mati, SeRIA bertemu dengan SK Pengkalan Tentara. Walaupun telah memberikan tentangan sengit dan aksi terbaik, SeRIA terpaksa akur dengan kekalahan 4-7.

Walaupun gagal melangkah kepusingan berikutnya namun Pihak sekolah amat berbangga dengan usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SeRIA 2026.

Mengikut sejarah dan rekod pasukan bola jaring SeRIA pernah menjadi johan Kejohanan bola jaring MSSD Kuantan pada tahun 2023.

Semoga pengalaman dan pencapaian ini ini menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Pasukan akan beraksi lagi dalam kejohanan bola jaring peringkat IPS HALUAN zon Timur bulan ini juga. Moga kejayaan akan tercipta disini. InsyaAllah .

Disediakan oleh
Mualimah Naemah

1 Mei 2026PENAMBAHBAIKAN DEWAN RABBANI Alhamdulillah, kerja kerja menambahbaik lantai dewan Rabbani telahpun siap sepenu...
13/05/2026

1 Mei 2026

PENAMBAHBAIKAN DEWAN RABBANI

Alhamdulillah, kerja kerja menambahbaik lantai dewan Rabbani telahpun siap sepenuhnya hasil sumbangan dan infaq ibubapa dan individu.

Disamping memperkemaskan lagi lantai dewan sebagai tempat perhimpunan murid agar lebih selesa kerja menyediakan gelanggang bola jaring dan badminton juga dibuat serentak dengan garisan berkenaan.

Justeru fungsi dewan boleh dipertingkatkan menjadi dewan serbaguna utk aktiviti pembelajaran dan ko kuriklum sekolah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibubapa dan individu yang telah memberi sumbangan derma dan infaq bagi kerja menambah baik fungsi dewan ini yang melibatkan kos sebanyak RM10,500.

Terima kasih juga kepada Syarikat Bina Intergrated Sdn Bhd yang juga telah menyumbang dan menyiapkan kerja penambahbaikan tersebut.
Semoga semua sumbangan diberkati Allah SWT jua.

Alhamdulillah , dewan Rabbani sudah berubah wajah dan menjadi dewan serbaguna yang lebih selesa.

Pengurusan SeRIA

20 April 2026PERTANDINGAN KECERIAAN & KEBERSIHAN KELAS 2026Alhamdulillah, pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas te...
07/05/2026

20 April 2026

PERTANDINGAN KECERIAAN & KEBERSIHAN KELAS 2026

Alhamdulillah, pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya.

Syabas kepada semua kelas yang telah gigih berusaha membersih dan menceriakan kelas masing masing dengan penuh kreatif dan ceria. Semua kelas yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan persekitaran kelas sentiasa bersih, ceria dan kondusif untuk pembelajaran sehingga sukar untuk juri memilih pemenang yang terbaik kerana semua terbaik .

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :

πŸ“š Tahap 1
πŸ₯‡ Tempat Pertama: 2 Umar
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: 1 Hamzah
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: 3 Othman

πŸ“š Tahap 2
πŸ₯‡ Tempat Pertama: 6 Abu Dzar & 4 Talhah
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: 5 Hassan
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: 5 Hussin

Tahniah kepada para pemenang khususnya guru kelas dan murid berkaitan. Semoga usaha ini dapat diteruskan dalam mengekalkan suasana kelas yang bersih, ceria dan selesa sepanjang masa.

Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha dan tingkatkan lagi kerjasama pada masa akan datang.


07/05/2026

17 April 2026

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2026

Majlis Perasmian Program NILAM dan Kempen Sayangi Buku Teks 2026 telah dijalankan dengan jayanya pada 17 April 2026. Program ini melibatkan semua murid dan guru sekolah.

Tujuan Program NILAM diadakan adalah untuk menggalakkan murid membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan minat murid terhadap pembacaan serta menambah ilmu pengetahuan melalui bahan bacaan yang berfaedah.

Kempen Sayangi Buku Teks p**a bertujuan memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga buku teks supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh murid lain pada masa akan datang.

Sepanjang majlis berlangsung, murid-murid memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan semangat serta minat terhadap program yang dijalankan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan murid yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Disediakan oleh
Mualimah Linda

ilmu amalan membaca
buku teks

24 April 2026PROGRAM QIAMULLAIL TAHAP 2Program Qiamullail ini merupakan program tetap pembangunan sahsiah yang bertujuan...
06/05/2026

24 April 2026

PROGRAM QIAMULLAIL TAHAP 2

Program Qiamullail ini merupakan program tetap pembangunan sahsiah yang bertujuan membentuk penghayatan ibadah serta mengamalkan sunnah dalam kalangan murid Tahap 2 di SeRIA..

Program ini adalah anjuran Unit Tarbiyah sekolah dijalan untuk murid tahap 2 putera dan puteri tahun 4 (10 April ) tahun 5 (17 April ) dan tahun 6 (24 April ) di Sekolah.

Antara objektif program ini adalah untuk
i. membiasakan murid dengan ibadah malam.
ii. menggalakkan amalan sunnah Nabi.
iii. Memupuk semangat solat berjemaah dan disiplin diri.

Program ini dijalankan dalam tiga sesi mengikut tahun. Aktiviti utama merangkumi solat berjemaah, qiamullail (Tahajjud, Taubat dan Witir), serta aktiviti berkump**an selepas solat Isyak. Program ini turut dibimbing oleh alumni sekolah. Pada keesokan pagi, aktiviti riadah telah dijalankan.

Alhamdulillah program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Murid menunjukkan komitmen yang baik dalam ibadah serta kerjasama dalam aktiviti berkump**an. Hubungan antara murid juga semakin erat.

Rumusannya program ini memberi impak positif terhadap sahsiah dan kerohanian murid. Hadiah telah diberikan kepada kump**an terbaik sebagai galakan.

Disediakan oleh
GPK Tarbiyah

26 April 2026Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP 3/2026 ) telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 29 April 2026 bermul...
06/05/2026

26 April 2026

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP 3/2026 ) telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 29 April 2026 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 tgh di Dewan Seminar SeRIA. Program LADAP kali ini fokus kepada tajuk Bengkel Asas Pengump**an Dana untuk Bukan Pengumpul Dana.

Taklimat ini adalah anjuran bersama pihak ALP SeRIA dengan HALUAN Pahang telah disampaikan oleh Sdr Abdul Muhaimin bin Zakaria dari Perunding Endow Waqfi Builders dari Bangi Selangor yang juga mewakili pihak Yayasan Pembangunan Pelajar ( YPP )

Seramai 29 orang guru dan staf termasuk ALP telah menyertai taklimat ini yang bertujuan untuk memberi kefahaman asas kepada semua ALP, Guru dan staf bagaimana kaedah dan mekanisma mendapat dan mengumpulkan dana sekolah melalui Kerjasama dengan pihak Yayasan MATRI dan Yayasan Pembangunan Pelajar.

Alhamdulillah program ini sangat menarik dan telah memberi banyak maklumat baru kepada semua guru dan ALP dalam usaha mencari dana sekolah secara lebih mudah dan sisitematik melalui kerjasama strategik dengan pihak Yayasan ini.

Pihak sekolah komited untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencari dan mengumpul dana bagi menjayakan aktiviti pelajar dan pembangunan sekolah dimasa akan datang melalui Kerjasama dengan pihak Yayasan .

Suatu bengkel lanjutan akan diadakan oleh pihak Yayasan kepada semua guru , staf dan ALP SeRIA untuk merencana dan memperkasakan lagi pelan tindakan bagi menjayakan projek kutipan dana untuk sekolah.

Untuk makluman Pengurusan Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas telah pun memeterai persetujuan Memorandum Persefahaman ( MOU ) dengan pihak Yayasan MATRI dan Yayasan Pembangunan Pelajar yang diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola SeRIA YM Haji Tengku Abd Rashid bin Tg Othman pada 13 dan 14 Oktober 2025 di Kem Bumi Jati , Kelang.

Semoga usaha ini akan berjalan dengan baik dan menampakkan hasilnya.

Disediakan oleh
GPK Pentadbiran

21/03/2026

Selamat Hati Raya Semua
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Berbahagia di hari raya bersama keluarga dan sanak saudara

Address

SRI IBNU ABBAS, LOT 1/11294 KG BARU MPK, PERMATANG BADAK
Kuantan
25150

Telephone

+601160876009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas - SERIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas - SERIA:

Shortcuts

Share

Category