MGP Kawasan Indera Mahkota

MGP Kawasan Indera Mahkota Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MGP Kawasan Indera Mahkota, Education Website, Kuantan.

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™Kami Majlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha kepada s...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Kami Majlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muallimah, warga pendidik, ibu bapa serta anak-anak PASTI yang dikasihi.

Aidiladha bukan sekadar perayaan korban, bahkan menjadi madrasah tarbiah yang mengajar kita tentang erti keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam melaksanakan amanah kerana Allah SWT.

Sebagaimana Nabi Ibrahim AS sanggup berkorban demi ketaatan kepada Allah, begitulah besarnya pengorbanan seorang pendidik yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menyantuni anak-anak ummah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Di sebalik senyuman seorang guru, tersimpan penat lelah, doa yang tidak putus-putus serta pengorbanan masa dan tenaga demi melihat anak didik membesar menjadi insan soleh dan berjaya. Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan dan setiap didikan yang diberi adalah saham akhirat yang sangat bernilai di sisi Allah SWT.

๐Ÿคฒ๐Ÿป Semoga semangat Aidiladha terus menyuburkan keikhlasan dalam jiwa para pendidik untuk terus istiqamah mendidik generasi Islam dengan penuh hikmah, kasih sayang dan pengorbanan.

ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua.

๐ŸŒธ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami warga Majlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Tahsin Al-Quran Siri 5 melibatkan guru-guru PASTI Indera Mahkota ...
17/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Tahsin Al-Quran Siri 5 melibatkan guru-guru PASTI Indera Mahkota pada hari ini. ๐Ÿ“–โœจ

Kursus ini memberi penekanan khusus terhadap makhraj dan sifat huruf dalam bacaan Al-Quran agar para guru dapat memperbaiki serta memperkemaskan lagi mutu bacaan demi membimbing anak-anak PASTI dengan lebih baik.

Jutaan terima kasih kepada penceramah, Ustazah Datin Hjh. Nor Azni Binti Wahab atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan penuh hikmah.

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi asbab keberkatan dan dapat diamalkan serta disampaikan kepada generasi pewaris ummah. ๐ŸŒท






Salam takziah buat Cikgu Zura dan Cikgu Adilah atas pemergian ibunda tercinta ke rahmatullah pada pagi ini. Semoga Allah...
17/05/2026

Salam takziah buat Cikgu Zura dan Cikgu Adilah atas pemergian ibunda tercinta ke rahmatullah pada pagi ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Pihak MGP turut menzahirkan rasa simpati dan kebersamaan atas ujian yang menimpa. Semoga kedua-dua guru dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Alhamdulillah, pihak MGP telah menjalankan kutipan derma kilat sebanyak RM210 dan telah disampaikan oleh Ketua MGP kepada Cikgu Zura dan Cikgu Adilah sebagai tanda sokongan, kebersamaan dan kasih sayang sesama warga pendidik. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu serta menjadi asbab kebaikan buat semua yang memberi.

โ€œSesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.โ€

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. ๐Ÿค





๐ŸŒธ Sekalung Tahniah & Penghargaan ๐ŸŒธAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mualimah Fadzilah Binti Hamid ...
17/05/2026

๐ŸŒธ Sekalung Tahniah & Penghargaan ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mualimah Fadzilah Binti Hamid atas penerimaan Anugerah Guru Lama Berkhidmat PASTI Negeri Pahang 2026 sempena Sambutan Hari Guru Dewan Pemuda PAS Malaysia 2026.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak pernah jemu dicurahkan sepanjang berkhidmat di PASTI. Semoga segala usaha mendidik anak-anak menjadi asbab pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

โœจ โ€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ€ โœจ

Semoga para guru terus istiqamah menjadi murabbi ummah, menyemai ilmu, akhlak dan perjuangan dalam jiwa generasi pewaris Islam.

Barakallahu fiikum dan semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa. ๐Ÿ’š

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธโ€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kep...
16/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธ

โ€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh Muallimah PASTI yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menyemai kasih sayang demi melahirkan generasi soleh, pintar dan berakhlak mulia. ๐Ÿ’–

Penghargaan istimewa ditujukan khas kepada seluruh Muallimah PASTI Kawasan Indera Mahkota yang sentiasa istiqamah mencurah bakti, mendidik dengan penuh kasih sayang serta sabar membentuk anak-anak menjadi insan yang berilmu dan beradab. ๐ŸŒท

Sesungguhnya setiap penat lelah, pengorbanan dan keikhlasan muallimah semua amat besar nilainya di sisi Allah SWT dan sentiasa dihargai oleh seluruh warga PASTI serta para ibu bapa. ๐Ÿค

๐Ÿคฒ โ€œYa Allah, kurniakanlah kepada para guru kami kesihatan yang baik, hati yang tenang, rezeki yang diberkati serta ganjaran pahala yang berpanjangan atas segala ilmu dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.โ€

Semoga segala ilmu, pengorbanan dan keikhlasan para guru menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.

โœจ SELAMAT HARI GURU โœจ
16 MEI 2026

Daripada
MAJLIS GURU PASTI
KAWASAN INDERA MAHKOTA ๐ŸŒท

๐Ÿ“š KURSUS NURUL QURAN PRA TAHFIZ & TAKLIMAT AUTISMEPASTI Kawasan Indera MahkotaAlhamdulillah, seramai 122 orang guru kawa...
01/03/2026

๐Ÿ“š KURSUS NURUL QURAN PRA TAHFIZ & TAKLIMAT AUTISME
PASTI Kawasan Indera Mahkota

Alhamdulillah, seramai 122 orang guru kawasan Indera Mahkota telah terlibat dalam program yang penuh manfaat ini.

Program ini dilaksanakan bagi memperkasa kemahiran guru dalam pengajaran Tahfiz dan Nurul Quran, di samping meningkatkan kefahaman dalam mendidik murid secara lebih berkesan dan tersusun.

Melalui taklimat autisme yang disampaikan, para guru mendapat pendedahan tentang kefahaman asas berkaitan autisme, kebaikan intervensi awal kepada murid serta cara menangani dan mengurus murid autisme dengan pendekatan yang sesuai, sabar dan penuh hikmah.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam PdP harian, seterusnya membantu melahirkan generasi cilik yang celik Al-Quran serta menerima pendidikan yang inklusif dan penuh kasih sayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha diberkati Allah.





๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H ๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang bertemu bulan penuh rahmat...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang bertemu bulan penuh rahmat dan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan, keampunan serta menambahkan amal ibadah kita semua.

Semoga para guru dan seluruh keluarga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengimarahkan bulan mulia ini bersama-sama.

Ikhlas daripada:
Majlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota

๐ŸŒ™ Selamat berpuasa & selamat menambah amal.


๐ŸŽŠ Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ๐ŸงงMajlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada...
16/02/2026

๐ŸŽŠ Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ๐Ÿงง

Majlis Guru PASTI Kawasan Indera Mahkota mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua murid, ibu bapa dan sahabat handai yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik serta kemakmuran kepada semua, di samping mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan perpaduan dalam masyarakat kita.

Gong Xi Fa Cai!




๐Ÿ“– KURSUS TAHSIN AL-QURAN SIRI 4Alhamdulillah, pada hari ini seramai 65 orang guru PASTI Kawasan Indera Mahkota telah men...
15/02/2026

๐Ÿ“– KURSUS TAHSIN AL-QURAN SIRI 4

Alhamdulillah, pada hari ini seramai 65 orang guru PASTI Kawasan Indera Mahkota telah menyertai Kursus Tahsin Al-Quran Siri 4 yang berlangsung di Putra, Balok.

Sepanjang kursus, para guru berpeluang memperkemaskan bacaan melalui dua pengisian utama:

โœ… Tasmik Surah Al-Fatihah: Bagi membetulkan bacaan setiap guru, peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan, dan setiap kumpulan dipimpin oleh guru pembimbing yang mendengar serta membetulkan bacaan peserta secara individu.

โœ… Pembelajaran sifat huruf yang berlawanan, bagi menambah kefahaman guru tentang sifat-sifat huruf dalam bacaan Al-Quran supaya sebutan menjadi lebih tepat dan sempurna.

Semoga segala ilmu yang diperoleh hari ini dapat diamalkan serta disampaikan kepada murid-murid PASTI, seterusnya melahirkan generasi yang membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul dan penuh kecintaan terhadap kalam Allah.

Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan demi meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran dalam kalangan guru dan anak-anak didik.

๐ŸŒธ SELAMAT KEMBALI BERTUGAS WIRAWATI PASTI! ๐ŸŒธAlhamdulillah,12 Januari 2026 menandakan bermulanya kembali langkah penuh se...
11/01/2026

๐ŸŒธ SELAMAT KEMBALI BERTUGAS WIRAWATI PASTI! ๐ŸŒธ

Alhamdulillah,
12 Januari 2026 menandakan bermulanya kembali langkah penuh semangat para guru PASTI Indera Mahkota dalam mendidik anak-anak kecil pewaris ummah ๐Ÿ’š๐Ÿ“š

Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa ikhlas, sabar dan penuh kasih sayang dalam mencurahkan ilmu, mendidik akhlak serta membentuk sahsiah anak-anak PASTI.

Setiap senyuman, setiap tunjuk ajar, setiap doa semuanya amat bermakna ๐ŸŒˆโœจ

๐ŸŒŸ Semoga tahun ini:
โœ”๏ธ Dipermudahkan segala urusan
โœ”๏ธ Diberkati setiap langkah
โœ”๏ธ Diberi kekuatan, kesabaran & keikhlasan
โœ”๏ธ Terus menjadi asbab lahirnya generasi soleh & solehah

๐Ÿ’š PASTI Cemerlang, Islam Gemilang ๐Ÿ’š




Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MGP Kawasan Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share