Pondok Ilmu Seri Mahkota

Pondok Ilmu Seri Mahkota Pondok Ilmu Seri Mahkota adalah sebuah
Pondok Pengajian berteraskan kitab
- Tauhid
- Fekah
- Tasawuf

Terima kasih atas sumbang khidmat & bakti Ustaz Aiman di musolla Darul ilmi. Beliau akan p**ang berbakti di Ipoh Perak.S...
01/05/2026

Terima kasih atas sumbang khidmat & bakti Ustaz Aiman di musolla Darul ilmi.

Beliau akan p**ang berbakti di Ipoh Perak.
Semoga terus maju jaya InsyaAllah.

17/04/2026
قال الشاعر:(  لَا تَحزن على الصبيانِ إن ضرِبـواالضربُ يَـفنَى وَ يـبقَى العلمُ و الأدبُ ) Berkata penyair:Janganlah kamu...
14/04/2026

قال الشاعر:
( لَا تَحزن على الصبيانِ إن ضرِبـوا
الضربُ يَـفنَى وَ يـبقَى العلمُ و الأدبُ )
Berkata penyair:

Janganlah kamu bersedih hati kepada kanak-kanak sekiranya mereka dipukul

pukulan itu akan hilang sedangkan ilmu dan adab itu akan kekal

الضَربُ يَنفعهم و العلمُ يرفـعـهُمُ
لَولا المـخَافـة مَا قَرأوا و لا كتبُوا

pukulan itu akan memberi manfaat kepada mereka sedangkan ilmu akan mengangkat darjat mereka

tanpa ketakutan nescaya mereka tidak mampu membaca dan menulis

لَـولا المخـافـة كان النّاسُ كـــلهمُ
شِبهُ الجمـادِ فَلا عِـــلمٌ و لا أدبٌَ.

Tanpa ketakutan nescaya semua manusia itu
seumpama batu yang tiada padanya ilmu dan adab

*MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI*Bermula *17 MAC 2026 sehingga 31 Mac 2026.*Kelas bermula *RABU , 1 April 2026*Selama...
16/03/2026

*MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI*

Bermula *17 MAC 2026 sehingga 31 Mac 2026.*

Kelas bermula *RABU , 1 April 2026*

Selamat Bercuti semester.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan sampai syurga.
Hati2 memandu pada yang p**ang ke kampung,semoga selamat pergi dan p**ang.

Maaf Zahir dan Batin .

_Team penggerak Pondok_

Majlis Khatam Al Quran 3.016 Mac 2026
16/03/2026

Majlis Khatam Al Quran 3.0
16 Mac 2026

Program Majlis Berbuka Puasa Ramadan 1447H/2026MTarikh: 15 Mac 2026Anjuran: PONDOK ILMU SERI MAHKOTAAlhamdulillah, Progr...
16/03/2026

Program Majlis Berbuka Puasa Ramadan 1447H/2026M
Tarikh: 15 Mac 2026
Anjuran: PONDOK ILMU SERI MAHKOTA

Alhamdulillah, Program Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Pihak Pondok Ilmu Seri Mahkota merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, para penyumbang serta ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga majlis ini menjadi medan mengeratkan silaturahim dan segala amal kebajikan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT. 🤲🌙

24/02/2026
15/02/2026

اللَّهُمَّ أَهِلَّ عَلَيْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ
وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى
يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ya Allah, hadirkanlah kepada kami bulan Ramadan ini dengan keamanan dan keimanan,
keselamatan, keislaman, serta taufik untuk melakukan apa yang Engkau cintai dan redai,
wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.

اللَّهُمَّ أَعِنَّا فِيهِ عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِمَّنْ يَصُومُهُ وَيَقُومُهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا

Ya Allah, bantulah kami di dalamnya untuk berpuasa dan mendirikan solat (qiamullail).
Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan penuh keimanan dan mengharap pahala.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْهُ لَنَا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلًا
‎اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ شَهْرَ عِزٍّ لِلْإِسْلَامِ وَالْمُسْلِمِينَ

Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan, sampaikanlah Ramadan kepada kami, dan terimalah ia daripada kami dengan penerimaan yang baik.
Ya Allah, jadikanlah ia bulan kemuliaan bagi Islam dan umat Islam.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ شَهْرًا لِلنَّصْرِ وَالتَّمْكِينِ
لِلْإِسْلَامِ وَالْمُسْلِمِينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Ya Allah, jadikanlah ia bulan kemenangan dan kekuatan bagi Islam dan umat Islam di seluruh tempat, wahai Tuhan sekalian alam.

✨ Alhamdulillah, selesai Program Solat Sunat Tasbih ✨Telah berlangsung dengan jayanya Solat Sunat Tasbih pada:📅 Khamis |...
13/02/2026

✨ Alhamdulillah, selesai Program Solat Sunat Tasbih ✨

Telah berlangsung dengan jayanya Solat Sunat Tasbih pada:

📅 Khamis | 12 Februari 2026
📍 Musolla Darul Ilmi

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen dalam mengimarahkan majlis ibadah ini. Semoga segala amalan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

🤲 Moga program ini menjadi asbab peningkatan iman dan taqwa kita semua.

Alhamdulillah, telah berlangsung aktiviti gotong-royong bersama para penghuni pelajar Pondok Ilmu Seri Mahkota serta 22 ...
05/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung aktiviti gotong-royong bersama para penghuni pelajar Pondok Ilmu Seri Mahkota serta 22 orang klien dan 8 orang pegawai PUSPEN Gambang dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat kerjasama.

Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah mengeratkan silaturrahim serta memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan kebersamaan dalam kalangan semua yang terlibat.

Semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan untuk semua. 🤲✨
Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini.

📸

Israk dan Mikraj: Memahami Peristiwa Tanpa Menetapkan Tempat bagi AllahDalam pemikiran sebahagian orang awam, peristiwa ...
15/01/2026

Israk dan Mikraj: Memahami Peristiwa Tanpa Menetapkan Tempat bagi Allah

Dalam pemikiran sebahagian orang awam, peristiwa Israk dan Mikraj dianggap sebagai bukti Allah berada di langit. Kefahaman ini biasanya lahir daripada gambaran mudah bahawa Nabi Muhammad ﷺ naik ke langit lalu disimpulkan bahawa Allah berada di atas. Namun, kefahaman ini tidak selari dengan asas akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang menetapkan bahawa Allah wujud tanpa tempat dan tanpa arah.

Allah sendiri telah menetapkan prinsip asas dalam memahami zat dan sifat-Nya melalui firman-Nya:
“Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya” (Surah al-Syura: 11).
Ayat ini menjadi asas bahawa Allah tidak menyerupai makhluk dalam apa jua bentuk, termasuk dari sudut tempat, arah dan pergerakan.

Israk dan Mikraj pada hakikatnya menceritakan perjalanan dan pemuliaan Nabi Muhammad ﷺ sebagai makhluk yang mulia. Pergerakan, naik dan turun, hanya berlaku pada makhluk yang terikat dengan ruang dan arah, adapun Allah p**a Maha Sempurna, tidak berubah, tidak berpindah dan tidak terikat dengan mana-mana lokasi.

Peristiwa ini berlaku kerana Sifat Iradat Allah mengkehendaki Nabi ﷺ dibawa ke langit dan diperlihatkan zat Allah kepada Nabi ﷺ sekaligus menerima perintah solat lima waktu di situ, bukan kerana Allah tinggal menetap di langit. Oleh itu, naiknya Nabi ﷺ ke langit menunjukkan kemuliaan darjat Nabi ﷺ dan kebesaran peristiwa yang Allah kehendaki ke atas baginda ﷺ.

Perkara ini diterangkan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali melalui perumpamaan seseorang yang naik ke atas bukit lalu dapat melihat bulan dengan jelas. Penglihatan itu tidak bermaksud bulan berada di bukit sebaliknya menunjukkan bahawa melihat sesuatu tidak semestinya perkara yang dilihat berada di tempat orang yang melihat. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, yang berubah ialah kedudukan Nabi ﷺ, bukan zat Allah.

Perkara yang sama dapat difahami melalui kisah Nabi Musa عليه السلام. Allah berbicara dengan baginda di Bukit Tursina, namun tidak pernah difahami oleh ulama Ahli Sunnah bahawa Allah berada di bukit tersebut. Bukit Tursina hanyalah tempat berlakunya peristiwa kalam bagi Nabi Musa sebagai makhluk, bukan tempat bagi zat Allah. Jika peristiwa kalam di Bukit Tursina tidak menetapkan Allah berada di sana, maka demikian jugalah peristiwa Israk dan Mikraj tidak menetapkan Allah berada di langit.

Begitu juga dengan Sidratul Muntaha yang merupakan had tertinggi makhluk dan penghujung capaian para malaikat serta Nabi ﷺ. Ia bukan tempat bagi Allah, tetapi sekadar tempat batas ciptaan yang Allah tentukan dalam peristiwa tersebut. Pemilihan Sidratul Muntaha tidak membawa maksud Allah bertempat di sana, sebaliknya menunjukkan keagungan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi ﷺ.

Kesimp**annya, kekeliruan tentang “Allah di langit” berpunca daripada kegagalan membezakan antara pergerakan makhluk dan sifat Allah. Israk dan Mikraj berlaku kerana ketentuan dan kehendak Allah terhadap Nabi Muhammad ﷺ, bukan kerana Allah berada di suatu lokasi tertentu.

Allah wujud tanpa tempat, dan segala peristiwa hanya berlaku ke atas makhluk tanpa sedikit pun mengubah atau membataskan zat-Nya. Dialah Zat yang Maha Agung dengan segala sifat kesempurnaan-Nya, Maha Suci Allah daripada disifatkan sebagai j***m dan benda.

Address

Kuantan
26070

Telephone

+60134247539

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Ilmu Seri Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category