16/03/2017
Kongsi Ternak
Informasi berkaitan Ternakan.
16/03/2017
27/05/2016
[INFO] Kencing tikus! Awas Penternak.
Selalu kita dengar pasal kencing tikus, tapi apa kaitannya dengan ternakan? Kencing tikus disebabkan bakteria Leptospira bukan saja boleh menjangkiti haiwan liar, haiwan peliharaan ..boleh menjangkiti ternakan terutamanya lembu juga. Ia boleh menyebabkan keguguran kepada ternakan.
Bakteria leptospira adalah penyakit zoonotic. Maknanya, boleh berjangkit kepada manusia.
Siapakah yang berisiko terdedah kepada jangkitan leptospira? Peladang, Doktor haiwan, pekerja rumah sembelih dan pemeriksa daging. Macam mana nak cegah? Pastikan anda mengamalkan kebersihan semasa mengendalikan kerja-kerja diladang. Elakkan berkaki ayam ditempat lembap . Cuci tangan dengan betul sebelum makan. Buang sampah ke dalam tong samppah dan tutup dengan betul untuk mengelakkan tikus.
24/04/2016
[INFO] Perut si kambing!
Kambing tergolong dalam haiwan ruminan kerana mempunyai 4 rongga perut: rumen, reticulum, abomasum, dan omasum.
Berbeza dengan haiwan monogastik seperti ayam, sistem penghadaman kambing 60-75% dibantu oleh microb (bacteria, protozoa,fungi) melalui proses fermentasi (penghasilan asid & gas melalui penguraian cellulose/starch dalam rumput/pellet oleh microb).
Walaupun secara amnya, pemakanan kambing adalah berasaskan bahan serat/foraj (rumput/ kekacang), konsentrat seperti dedak juga harus diberikan kerana konsentrat mempunyai jumlah tenaga yang lebih tinggi dari rumput.
Kambing memerlukan sekurang-kurangnya 15-18% zat serat dalam rangsung makanannya setiap hari untuk mengaktifkan penghasilan microb untuk membantu penghadaman!
Rujukan: Makanan dan Pemakanan Ternakan Ruminan (MARDI)
23/04/2016
Kambing & EQUINOX. Usah ambil mudah!
Apabila cuaca panas, ternakan akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan keperluan tenaga, haba, air, hormone dan keseimbangan mineral dalam badan. ‘Heat- stress’ akan merangsang penghasilan free-radical yang menyebabkan kerosakan pada sel yang sihat. Penghasilan haba yang dikawal oleh sistem saraf dan sistem endokrin (berkaitan dengan hormon) akan menjejaskan selera makan, sistem penghadaman, sistem pernafasan dan sistem pembiakan.
Ternakan akan lebih cenderung mengurangkan pengambilan makanan untuk mengurangkan metabolic energy kerana makan dedak atau rumput banyak boleh meningkatkan suhu badan semasa proses penghadaman.
Produksi ternakan akan terjejas kerana penghasilan hormon-hormon untuk pembiakan akan tergangu oleh kerana tinggi kandungan cortisol hormone (stress hormone).
Sistem immunisasi ternakan juga turut terganggu. Ini akan menyebabkan immunosuppressant yang mana ternakan lebih mudah dijangkiti penyakit!
Check kandang anda! Pastikan ternakan anda dibekalkan dengan air minuman secukupnya. Takut-takut bekas air ada tahi, nanti tak mau pulak kambing minum. Pemberian anti-stress jugak digalakan untuk menstabilkan electrolyte dalam badan yang terjejas. Kurangkan pemberian makanan pada waktu panas, lebihkan makanan pada petang.
18/02/2016
[INFO] Susu dipasteur & Keselamatan pengguna
Susu segar yang dipanaskan pada suhu 65- 80°C selama 15 saat dan disejukkan pada suhu 4°C untuk membunuh segala pathogen atau bakteria berbahaya. Rasionalnya, susu yang diperkaya dengan pelbagai nutrient menjadi sumber makanan bagi mikroorganisma untuk membiak dengan cepat. Antaranya adalah Salmonella, E.coli, Listeria dan juga bakteria zoonotik seperti Brucellosis dan Tuberculosis (TB). Melalui kaedah pempasteuran juga susu dapat disimpan lebih lama dan selamat digunakan.
Boleh dapatkan susu kambing segar di kandang kami berdekatan dengan Airport Kuantan- Kg Pandan Dalam 1.
22/01/2016
Fakta susu kambing untuk mencantikkan kulit!
Susu kambing mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi, membantu mencerahkan kulit kerana asid laktik dalam susu menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan tona wajah.
Jika susu kambing disapukan pada wajah, asid laktik yang terhasil melalui proses fermentasi dalam susu akan mengurangkan pigmentasi yang boleh mengelapkan kulit. Jadi, kulit akan menjadi lebih cerah, lembab dan bermaya!
pH susu dikatakan menyamai manusia, ia akan diserap kulit dan menghapuskan bakteria penyebab jerawat juga!
Jom amalkan susu kambing untuk kulit yang cantik!
Harga? Boleh dapatkan susu kambing segar dengan harga hanya RM3/ per botol untuk 250ml.
Lokasi? Ladang kami berdekatan dengan Airport Kuantan. Area Kampung Pandan 1 Dalam.
Untuk sebarang pertanyaan boleh direct call terus Pengurus Ladang kami di talian 013-945 4804
18/01/2016
25/12/2015
Jom amalkan minum susu kambing!
19/11/2015
Large ruminants surgery.
05/11/2015
Penggunaan ubat surut bengkak (anti-inflammatory)
Secara umumnya ada 2 jenis; Glucocorticoids (mengandungi steroid) ataupun Non- Steroidal anti-inflammatory (NSAIDS).
Contoh Glucocorticoid drug: Cortisone, hydrocortisone, prednisolone, dexamethasone. Kebaikannya:1. mengurangkan bengkak dan kesakitan, 2. mengurangkan kegatalan (masalah kulit) dan 3. mengurangkan kerosakan pada tisu. Antara keburukannya adalah ia melambatkan proses 'wound healing' atau penyembuhan luka sebab bila cortisol level tinggi dalam darah, ia menyebabkan immunosuppression, mengurangkan neutrophil yang akan pergi ke site of infected area atau menyebabkan cytokines yang terlibat dalam proses penyembuhan luka berkurangan.
Contoh bagi NSAIDS drug; aspirin, meloxicam, tolfenamic acid. Fungsinya lebih kurang sama dengan glucocorticoids drugs, Cuma side effectnya lebih kurang berbanding glucocorticoids. Selalu diberikan untuk mengurangkan demam (anti-pyretic) dalam small animal practice.
12/09/2015
Hypocalcemia in bovine vs. Small ruminant!
Hypocalcemia atau demam susu (milk fever) bermaksud kekurangan calcium dalam darah. Terdapat perbezaan hypocalcemia dekat lembu susu beza dengan kambing! Biasannya kalau lembu susu akan terjadi sewaktu lactation period.. Ia melibatkan sistem metabolic & musculoskeletal.. Berbeza dgn kambing.. Biasanya berlaku pada 4-6 minggu terakhir bunting.. Ia menjejaskan production management, metabolic,nutritional dan musculoskeletal system
11/09/2015
Lari tajuk sikit. Harini kita cerita pasal kucing di ladang kami di Ladang Ternak Haji Kassim
Look at the eyes!
Pernah tengok kucing mata dia sebelah lain kan? This is odd- eyed cat.. Technically we called it as Heterochromia Iridis. It's hereditary (faktor keturunan). Biasanya terjadi pada kucing yg berwarna putih.. white cat (W) genetically atau spotted white (S) cat. Asalnya kitten lahir dengan mata warna biru.. Pada umur 7-12 minggu.. Melanin pada bahagian iris mata akan bertukar kepada green, yellow or brown. Kalau xde perrubahan pada melanin dekat one of the eye..it remains blue!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Ladang Lapangan Terbang
Kuantan
26070