11/04/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Sempena Majlis Kesyukuran Kecemerlangan SPM 2025 PPD Kuantan, SM Teknik Kuantan telah berjaya menerima 29 Sijil Penghargaan, Pengiktirafan dan Pencapaian SPM 2025.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), PIBG serta ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan usaha yang padu secara bersama. Ucapan tahniah juga ditujukan khas kepada semua calon SPM 2025 atas kejayaan yang membanggakan ini.
Tidak dilupakan, penghargaan kepada seluruh warga SM Teknik Kuantan termasuk pengawal keselamatan, pekerja kebersihan, pengusaha kantin, pengusaha dewan makan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung.
Sesungguhnya, kejayaan ini terhasil daripada semangat ukhuwah, kerjasama erat serta keikhlasan semua pihak.
Tahniah dan syabas! Terima kasih. π
Sijil Penghargaan & Pengiktirafan JPN Pahang
1. Anugerah Lonjakan Saujana SKPM 2024
2. Reformasi Sekolah Tahun 2025 (Sekolah Inspirasi)
Sijil Pencapaian Kecemerlangan SPM 2025 PPD Kuantan
1. Anugerah Platinum Peningkatan GPS 3 Tahun
2. Anugerah Emas Peningkatan GPS
3. Anugerah Emas LMS 100%
Pencapaian GPMP
Anugerah Platinum Peningkatan GPMP 3 Tahun:
β’ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
β’ Lukisan Kejuruteraan
β’ Bahasa Inggeris
β’ Fizik
β’ Matematik Tambahan
Anugerah Platinum Lonjakan Saujana GPMP:
β’ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
β’ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
β’ Prinsip Perakaunan
β’ Matematik
β’ Pendidikan Islam
β’ Sains
β’ Bahasa Inggeris
β’ Matematik Tambahan
Anugerah Emas Peningkatan Mata Pelajaran (GPMP):
β’ Pengajian Kej. Elektrik & Elektronik β 0.57
β’ Sains β 1.58
β’ Matematik β 1.83
β’ Pendidikan Islam β 1.85
β’ Pengajian Keusahawanan β 2.14
β’ Pengajian Kej. Mekanikal β 2.80
β’ Bahasa Inggeris β 3.07
β’ Prinsip Perakaunan β 3.48
β’ Lukisan Kejuruteraan β 4.14
β’ Fizik β 6.00
β’ Matematik Tambahan β 7.41