28/12/2016
USTAZ, MENGAPA SEKEJAP ADA "MIN", SEKEJAP TIADA "MIN" DI SYURGA ?
Soalan "brilliant" dari Puan Maria Marzukii yang sangat teliti mengamati al-Qur'an.
Kesemua keterangan mengenai syurga mengalir di bawah kaki-kaki ahli syurga di dalam al-Qur'an akan mengandungi kalimah ู
ู sedangkan satu-satunya lokasi yang tidak menyatakan kalimah ู
ู adalah surah al-Taubah, ayat 100.
Mengapa ?
Ini termasuk dalam perbahasan keindahan bahasa al-Qur'an atau apa yang sering disebut para ulama sebagai ูู
ุณุงุช ุจูุงููุฉ .
Hanya yang benar-benar mahu melakukan TADABBUR akan bersungguh mencari jawapan kepada persoalan ini sehingga ditemui.
Para ulama menyatakan kesemua KONTEKS keterangan syurga selain ayat 100 surah al-Taubah adalah Syurga yang mempunyai para Rasul di dalamnya. Namun demikian, ayat 100 surah al-Taubah menyatakan lokasi khusus yang di dalamnya sekumpulan orang-orang beriman iaitu para Sahabah dari Muhajirin dan Ansar serta mereka yang mengikuti jejak langkah perjuangan para Sahabah yang ada kalangan mereka yang kelak di Syurga mereka berdiri di lokasi yang tiada di sisi berdekatan dengan mereka Rasul.
Maka apa beza antara air sungai Syurga yang ada ู
ู dengan yang tiada ู
ู ?
Jika air sungai Syurga mengandungi kalimah ู
ู iaitu ุชุฌุฑู ู
ู ุชุญุชูุง bererti air sungai itu mengalir seolah-olah dari tempat mereka berdiri itu sendiri. Di mana mereka berdiri, di situ dialirkan sumber mata air Syurga sehingga sesiapa yang berdiri berhampiran dengan mereka tidak akan sekali-kali resah gelisah dengan kemampuan dan ketahanan air Syurga yang lazat dan berkhasiat ini kelak akan berhenti mengalir.
Siapakah mereka ? Itulah para Rasul dan anbiya.
Jika air sungai Syurga tidak disebut kalimah ู
ู iaitu ุชุฌุฑู ุชุญุชูุง maka ia bererti air sungai Syurga itu mengalir berterusan di bawah kaki para Sahabah dan ahli Syurga yang lain, namun sumber air itu mengalir berkemungkinan agak jauh dari lokasi berehatnya mereka.
Maka di manakah lokasi sumber mata air itu mengalir ? Cari para Rasul, di situ anda akan menyaksikan sumber mata air Syurga mengalir dari bawah tapak mereka berdiri. Jika ramai ahli Syurga mengerumuni "seseorang" di dalam Syurga nanti, berkemungkinan mereka sedang menyaksikan keindahan terpancarnya air Syurga dan keindahan rupa paras para Rasul yang menjadi pahlawan-pahlawan besar di dunia dahulunya.
Maryam menyaksikan bagaimana anakandanya Isa apabila lahir sahaja, dialirkan di bawahnya air sungai kecil yang bersih dan suci.
ููููุงุฏูุงููุง ู
ูู ุชูุญูุชูููุง ุฃููููุง ุชูุญูุฒูููู ููุฏู ุฌูุนููู ุฑูุจูููู ุชูุญูุชููู ุณูุฑููููุง (Surah Maryam, 24)
Kesimpulannya, setiap kalimah di dalam al-Quran, diletakkan atau tidak diletakkan, MEMPUNYAI SEBAB DAN MUNASABAH YANG KHUSUS.
Mahu mengetahui atau tidak mahu mengetahui adalah pilihan kita. Jika mahu TADABBUR dalam erti kata yang sebenar, hargailah bahasa Arab dan jangan berpada dengan terjemahan.
Selamat mendalami dan menyelami ayat-ayat Allah !
Hargailah Rasulullah dan kisah para Rasul. Barangsiapa s**a mendekati kisah-kisah mereka atau ucapan yang keluar dari mulut mereka sendiri, mereka inilah sebenarnya sedang menikmati air minuman yang paling lazat dan berkhasiat di dunia ini, air yang tidak akan putus-putus alirannya dan diberkati.
ููุณูููุงููู
ู ุฑูุจููููู
ู ุดูุฑูุงุจูุง ุทููููุฑูุง (Surah al-Insan, 21)
*******************************
MAKLUMAN
Insyaallah, Ibrah Institute telah merancang pada 2017 untuk mengendalikan bengkel 2 hari dengan dua modul utama iaitu TADABBUR KISAH-KISAH AL-QURAN dan KEINDAHAN BAHASA AL-QURAN.
Ayuh dapatkan maklumat terkini program Ibrah Paradigm, tazkirah ringkas (video & audio) secara PERCUMA serta pelbagai lagi perkongsian menarik.
Bagaimana caranya?
Daftar segera di sini ! http://goo.gl/forms/Q97FwJAXNP
Agar tidak "miss" program-program IPTC, daftar juga telegram kami di
telegram.me/ibrahparadigm