SRITI Tahfiz Al Itqan

SRITI Tahfiz Al Itqan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Tahfiz Al Itqan, Elementary School, Lot 51747, Kampung Baru Pandan 1, Kuantan.

SRITI merupakan institusi pendidikan yang menghimpunkan murid-murid sekolah rendah dengan melaksanakan kurikulum bersepadu menggabungkan aliran Tahfiz dan Sains dalam melahirkan para Huffaz yang mempunyai ketinggian ilmu serta personaliti syaksiah diri

🇲🇾 HEBAHAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SRITI AL-ITQAN 🇲🇾Assalamualaikum w.b.tDimaklumkan bahawa SRITI Al-Itqan akan menga...
24/08/2026

🇲🇾 HEBAHAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SRITI AL-ITQAN 🇲🇾

Assalamualaikum w.b.t

Dimaklumkan bahawa SRITI Al-Itqan akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17 Ogos 2026 – 18 September 2026
📍 Tempat: SRITI Al-Itqan Paya Besar
⭐ Tema: “Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera”

🧩 Aktiviti yang akan dijalankan:

1. Fun Run Merdeka
2. Forum Kemerdekaan
3. Hiasan & Sudut Kemerdekaan
4. Kolaj Kemerdekaan
5. Khat Merdeka
6. Kuiz Kemerdekaan
7. Infografik Tokoh Kemerdekaan
8. Fotografi Bertema
9. Roket Merdeka
10. Puzzle Matematik

🔖 Kriteria bagi setiap aktiviti akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada seluruh warga SRITI Al-Itqan—ibu bapa, guru, staf dan murid—amat dialu-alukan bagi memeriahkan sambutan ini.

Semoga program ini dapat menyemai semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta meningkatkan penghargaan terhadap perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Ayuh kita bersama-sama memeriahkan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat dan kegembiraan! 🇲🇾✨

Sekian, terima kasih.

22/08/2026
TEMUDUGA PELAJAR TAHUN 1 & PELAJAR BARU SESI 2027Terima kasih kepada semua ibu bapa sabar menunggu anak-anak sepanjang s...
22/08/2026

TEMUDUGA PELAJAR TAHUN 1 & PELAJAR BARU SESI 2027

Terima kasih kepada semua ibu bapa sabar menunggu anak-anak sepanjang sesi temuduga berlangsung👍👍👍

15/08/2026

🔥 FINAL BOLA SEPAK KESUGA 2026 🔥

Tahniah anak didik SRITI PAHANG telah berjuang habis-habisan sehingga final.



Assalamualaikum kepada Ibu Bapa/Penjaga,*TEMUDUGA MURID BAHARU SESI 2027 SRITI AL-ITQAN PAYA BESAR*📅 Tarikh : 15 Ogos 20...
14/08/2026

Assalamualaikum kepada Ibu Bapa/Penjaga,

*TEMUDUGA MURID BAHARU SESI 2027 SRITI AL-ITQAN PAYA BESAR*

📅 Tarikh : 15 Ogos 2026
🗓 Hari : Sabtu
⏰ Masa : 8.30 pagi

🏷 Pastikan calon sarapan terlebih dahulu.
🏷 Bawa alat tulis & pensel warna secukupnya.
🏷 Bawa iqra' / Muqaddam / Nurul Quran & tandakan bacaan yang terkini.
🏷 Pakaian sopan & menutup aurat.

⏰Tempoh temuduga bergantung kepada masa murid menjawab kedua dua ujian (bertutur & bertulis). Pihak sekolah akan maklumkan terus jika murid dah selesai menghadapi kedua-dua ujian.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

[ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026 ]Pihak sekolah mengucapkan Bittaufiq wan Najah kepada seluruh calon ...
11/08/2026

[ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026 ]

Pihak sekolah mengucapkan Bittaufiq wan Najah kepada seluruh calon UPKK 2026 SRITI AL ITQAN bagi menduduki Percubaan UPKK 2026 yang bermula pada 10 hingga 18 Ogos 2026.

Doa kami buat anak-anak semua :
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

“Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada anak-anak kami ketika menjawab soalan serta jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. “

Selamat maju jaya dan semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aamiin.

🤲🏻 بالتوفيق والنجاح



07/08/2026
⚜️MAJLIS PELUNCURAN CENTRAL PAHANG ZONE SCOUT'S SCARF DAY 2026 ⚜️Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 telah berlangsung Majli...
06/08/2026

⚜️MAJLIS PELUNCURAN CENTRAL PAHANG ZONE SCOUT'S SCARF DAY 2026 ⚜️

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 telah berlangsung Majlis Peluncuran Central Pahang Zone Scout's Scarf Day 2026 yang disertai oleh murid-murid SRITI Al-Itqan.

Majlis peluncuran ini menjadi simbolik kepada permulaan sambutan Scout's Scarf Day 2026 bagi Zon Central Pahang, sekali gus menyemarakkan semangat kepengakapan dalam kalangan ahli Pengakap.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat kerana telah menunjukkan disiplin, semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi sepanjang majlis berlangsung. Semoga penyertaan ini dapat memupuk nilai kepimpinan, jati diri, tanggungjawab serta semangat cintakan pasukan Pengakap.

Semoga semangat kepengakapan terus mekar dalam diri setiap ahli dan menjadi inspirasi untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

"Sekali Pengakap, Selamanya Pengakap."





Address

Lot 51747, Kampung Baru Pandan 1
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Tahfiz Al Itqan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Tahfiz Al Itqan:

Shortcuts

Share