14/04/2020
[ ]
In shaa Allah Pagi esok Jom mengaji bersama ustazah wani [PERCUMA SAHAJA]
Jom ajak kawan² mengaji sekali dan Jom kita mulakan Pagi kita dengan membaca Al Quran 🤲🏻🤲🏻
Ustazah akan live di FB PAGE Al Baghdadi Balok
https://www.facebook.com/albaghdadibalokofficial/
17/03/2020
Assalamualaikum
Pencinta Al Quran💗😊
KENYATAAN RASMI AL BAGHDADI BALOK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Susulan kenyataan perutusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia malam tadi,
mengenai Perintah Larangan . Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Pergerakan,
mulai esok 18 Mac 2020(Rabu) hingga 31 Mac 2020(Selasa),diseluruh negara.
Perintah kawalan ini dibuat dibawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Sehubungan itu, Al Baghdadi Balok mengambil langkah
mematuhi larangan ini yang melibatkan penutupan semua Premis pusat pembelajaran
Al Baghdadi Balok dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Centre/Cawangan yang terlibat meliputi;
1. Al Baghdadi Playtime Centre (TADIKA AL BAGHDADI)
2. Al Baghdadi Learning Centre (KELAS AL QURAN)
3. Nadi Al Baghdadi Centre (KELAS HAFAZAN)
4. Al Baghdadi Quranic Language Centre (KELAS BAHASA ARAB)
Oleh itu, Kelas Al Quran akan berjalan seperti biasa dengan secara online,
kita akan menggunakan system (ZOOM) untuk kelas ini dan pihak Al Baghdadi Balok akan
sediakan jadual kelas online ini. Jika ada apa-apa soalan lanjut boleh terus hubungi
hotline Al Baghdadi Balok di talian : +6013-9615977.
Kami berharap semoga dengan usaha ini, agar ujian wabak COVID 19 segera berakhir dan
semua menjalani kehidupan seperti biasa.
Kami berdoa untuk semua ibu bapa dan pelajar diseluruh Pusat Pembelajaran Al Baghdadi Balok
agar sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada rangkaian Al Baghdadi Balok.
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
27/09/2019
PENCARIAN GURU AL QURAN
Ustazah Wani mencari individu yang berdedikasi, bertanggungjawab dan bersemangat tinggi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu membaca Al Quran.
ustazah minta tolong warga kuantan bantu ustazah untuk sebar-sebarkan semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua Aminn
Tekan link untuk buat permohonan.
https://bit.ly/2m87SVu
https://bit.ly/2m87SVu
https://bit.ly/2m87SVu
21/08/2019
Assalamualaikum
nak tanya? nak tak
Al Baghdadi Balok
Buka kelas percuma? Sapa nak join boleh tinggalkan no tel di bawah😊