11/08/2026
Alhamdulillah Syukur kepada Allah S. W. T, selesai sudah program yang dirancang.
Pada 06.08.2026,Khamis, telah berlangsungnya Majlis Penutup Program Kemahiran KEMAS Parlimen Indera Mahkota, Kuantan. Program ini di hadiri oleh kesemua peserta KKJP Masakan Barat, SKM Modular Bakery, KKJP Soft Toys Alpaca serta turut menyertai peserta bagi projek Jahitan Pukal Uniform Tadika Kemas.
Majlis penutup ini diadakan serentak bagi menyampaikan sijil dan sebagai tanda penghargaan kepada kesemua peserta yang telah terlibat dengan program serta projek KEMAS yang telah diadakan di kawasan masing masing.
Majlis ini dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Pahang, Tuan Zulkefli bin Ahmad Nazri, dan juga Pegawai KEMAS Daerah Kuantan En. Muhammad Shufri bin Mohamed Sait. Turut hadir barisan kesemua penyelia PKEM, PKOM dan Tadika daerah Kuantan.
Tahniah dan syabas buat kesemua.