Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan

Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan

Share

MRSM Kuantan terletak kira-kira 4 km dari bandar Kuantan.

Berhampiran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Sekolah Menengah Teknik 2, Seri Pelindung(SMKT Seri Pelindung), Pantai Teluk Cempedak, Sekolah Menengah Perempuan Tengku Ampuan Afzan, MRSM Kuantan mudah untuk dikunjungi kerana berada di dalam bandar Kuantan.

Photos from Ansara Malaysia's post 13/11/2025
13/11/2025

Big thanks to
Saniah Senik,
Fadzli Sabri,
Xee Yamauchi,
Shamsul Azlan,
Eddy Eskobar
for all of your support! Congrats for being top fans on a streak ๐Ÿ”ฅ!

09/11/2025

๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐˜‚๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐˜†๐—ถ๐—ฎ (๐—ž๐Ÿฎ๐Ÿฏ)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

๐˜ ๐˜‰๐˜ฉ๐˜จ. ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ณ๐˜ช/๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ณ๐˜ช/๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ณ๐˜ช/๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ ๐˜š๐˜ณ๐˜ช/ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜—๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข/๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข/๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ/ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ/๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ /๐˜›๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ/๐˜—๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ

Dukacita dimaklumkan, adik Nurbatrisyia Huda, salah seorang ahli Kuatagh dari batch K23, telah terlibat kemalangan jalan raya baru-baru ini, menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius pada bahagian pinggul kiri dan kanan yang patah, selain luka di kening yang memerlukan jahitan. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaโ€™afar, Seremban, dan dijadualkan menjalani pembedahan pada 10 November 2025 bagi tujuan pemasangan skru di bahagian pinggul.

Difahamkan, Adik Nurbatrisyia kini melanjutkan pengajian di Meatech Technical Training Centre. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan ditanggung oleh adik-beradiknya memandangkan kedua ibu bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau merupakan bekas penerima bantuan BUDI MARA, yang sebelum ini banyak membantu dalam menyokong perjalanan pendidikannya

๐Ÿ“Š Pecahan anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut:

1. Kos Pembedahan ๐Ÿฉป
- Pelvic Cannulated Screw (3 unit ร— RM1,500)

2. Kos Kelangsungan Hidup / Pemulihan ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿฆฝโ€โžก๏ธ
- Keperluan: Wheelchair dan kos rawatan lanjutan

Kuatagh juga bercadang untuk membantu meringankan beban kewangan kos pendidikan adik Nurbatrisyia melalui kutipan ini.

3. Kos Pengajian ๐Ÿ“š
- Jumlah keseluruhan: RM5,180
โ€ข Bayaran ansuran 3 kali:
โ€ข Bulan 1: RM3,000
โ€ข Bulan 2: RM1,090
โ€ข Bulan 3: RM1,090

Sehubungan itu, bagi memberi sokongan dan meringankan beban keluarga ini, tuan/ puan bolehlah memberi bantuan/ sumbangan ikhlas terus di pautan dibawah.

https://tinyurl.com/TabungSumbanganAhli

Semua sumbangan yang terkumpul akan dihebahkan dan diserahkan sepenuhnya kepada penerima.

Sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan boleh hubungi: Mohd Syuhada di talian 019-2725841

Sekian, terima kasih.
ANSARA Kuantan

๐—š๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด, ๐—•๐—ฟ๐—ผ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ผ๐—ผ๐—ฑ, ๐—ก๐˜‚๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด

#๐™ ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™–๐™œ๐™ #๐™ ๐™ค๐™ค๐™ก๐™ ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™–๐™œ๐™ #๐™–๐™ฃ๐™จ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ #๐™ข๐™ง๐™จ๐™ข๐™ ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ #๐™™๐™ž๐™ฅ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ ๐™ข๐™š๐™ข๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ฃ #๐™ ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™–๐™œ๐™๐™™๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– #๐˜พ๐™ค๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™˜๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™†

07/11/2025

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  (๐—จ๐—ž๐—ž๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Untuk maklumat lanjut sila layari portal MARA di : www.mara.gov.my

Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat




04/11/2025

๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐๐€๐๐†, ๐๐€๐Š๐“๐ˆ๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†

ANSARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ar. Noor Aziee bin Abd Aziz atas jasa dan bakti beliau sebagai Presiden ANSARA Malaysia ke-4 sehingga 1 November 2025.

Kepimpinan, dedikasi serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan telah meninggalkan impak yang besar dalam memperkukuh perpaduan serta memperkasakan jaringan ANSARA di seluruh negara.

Segala sumbangan dan pengorbanan beliau amat kami hargai.

Semoga terus diberkati, diberi kesihatan dan kejayaan dalam meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada,
ANSARA Malaysia

01/11/2025

Berikut ialah atur cara Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ANSARA Malaysia 2025. Mohon hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat dan pemilihan kali ini.

01/11/2025

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐“๐Ÿ๐Ÿ“!

Selamat bersidang kepada semua perwakilan cawangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ANSARA Malaysia 2025.

Semoga persidangan kali ini berjalan dengan lancar, penuh semangat perpaduan dan profesionalisme dalam membincangkan agenda penting demi kemajuan dan kesejahteraan seluruh warga ANSARA Malaysia.

31/10/2025

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐„๐๐€๐‹๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐๐’๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Jawatankuasa Pemilihan ANSARA 2025 diketuai oleh En. Nazri bin Saad selaku Pengerusi, bersama barisan ahli jawatankuasa yang berpengalaman dan berintegriti tinggi. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi ANSARA Malaysia berjalan dengan telus, adil, dan teratur mengikut perlembagaan pertubuhan.

OBJEKTIF
Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan bagi menggubal dasar, menyediakan polisi, serta mengelolakan keseluruhan urusan pemilihan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Antara skop utama yang termasuk di bawah tanggungjawab jawatankuasa ialah:

a) Mengurus dan memantau proses penamaan calon bagi memastikan ia dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
b) Menilai dan menentukan kelayakan calon yang bertanding berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh ANSARA Malaysia.
c) Menyemak dan mengesahkan kelayakan perwakilan yang mengundi agar hanya wakil sah dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.
d) Menyelia dan memastikan proses pengiraan undi dijalankan dengan telus dan tepat.
e) Menerima, meneliti serta membuat keputusan terhadap sebarang bantahan yang dikemukakan sepanjang tempoh pemilihan.
f) Mengumumkan keputusan pemilihan secara rasmi selepas semua proses disahkan dan disempurnakan.

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PEMILIHAN
Jawatankuasa Pemilihan bertanggungjawab untuk membentuk dasar, polisi dan peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan keseluruhan proses pemilihan seperti yang dinyatakan dalam objektif di atas.

Selain itu, jawatankuasa juga berperanan memastikan semua keputusan dibuat secara bebas, profesional dan berlandaskan prinsip keadilan serta ketelusan, demi memelihara integriti ANSARA Malaysia sebagai sebuah pertubuhan alumni yang berwibawa.

Kita mengharapkan agar perjalanan pemilihan kali ini berjalan dengan lancar, harmoni dan penuh semangat kekitaan, serta menjadi contoh kepada penganjuran pemilihan yang matang dan berintegriti dalam kalangan ahli ANSARA Malaysia.

31/10/2025

Berikut ialah carta alir pendaftaran Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ANSARA Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 1 November 2025 (Sabtu), dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Proses pendaftaran ini disusun bagi memastikan kelancaran kehadiran semua perwakilan dan pemerhati sebelum mesyuarat bermula. Sila ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan di kaunter pendaftaran.

30/10/2025

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐’๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ - ๐”๐’๐”๐‹ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ (๐Œ๐€๐“) ๐€๐๐’๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Bagi memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ANSARA Malaysia 2025, perwakilan diminta untuk mengemukakan perbahasan utama bagi setiap usul yang dibawa melalui borang yang disediakan.

Pautan :
Daftar Perbahasan Utama โ€“ Usul Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Malaysia 2025
https://go.myansara.org/bahasmat25

Tujuan:
Maklumat ini dikumpulkan bagi membolehkan pihak sekretariat meneliti dan menyusun atur urusan perbahasan dengan lebih teratur serta memastikan perbahasan yang dibawa adalah berkualiti dan relevan kepada hala tuju ANSARA Malaysia.

Arahan Penting:

1. Hanya perbahasan utama yang didaftarkan melalui borang ini akan dipertimbangkan untuk dibacakan dan dibahaskan semasa Mesyuarat Agung dijalankan.

2. Ini adalah bagi menghormati masa dan memastikan perbahasan berlangsung secara tertib, padat, dan produktif .

3. Perbahasan lain yang tidak disenaraikan akan direkodkan sebagai maklum balas bertulis untuk perhatian dan tindakan lanjut oleh pihak Jawatankuasa Tertinggi ANSARA Malaysia.

Tindakan Diperlukan:
Sila lengkapkan borang pendaftaran ini selewat-lewatnya pada jam Daftar Perbahasan Utama โ€“ Usul Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Malaysia 2025

Bagi memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ANSARA Malaysia 2025, semua perwakilan diminta untuk mengemukakan perbahasan utama bagi setiap usul yang dibawa melalui borang yang disediakan.

Tindakan Diperlukan:
Sila lengkapkan borang Google Form ini selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2025 (Khamis), jam 11.00 malam, . Sebarang maklum balas yang dihantar selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diambil kira bagi sesi perbahasan Mesyuarat Agung.

Kerjasama dan komitmen semua perwakilan amat dihargai bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini dengan penuh semangat persaudaraan dan profesionalisme.

Sekian, terima kasih.
Sekretariat ANSARA Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Tok Sira, Alor Akar
Kuantan
25050