08/09/2025
Hari ini kami berbesar hati menerima kunjungan daripada salah seorang alumni, Puan Aisyah Humairah binti Zulqarnain, Alumni IKIP Yarmouk Tahun 2016, yang hadir bagi pertemuan bersama Pen. Profesor Dr. Ahmad Fared bin Mohd Din, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti.
Pertemuan santai ini bukan sahaja mengimbau memori indah zaman kampus, malah membuka ruang untuk berkongsi pengalaman, idea dan pandangan yang bermanfaat.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus kukuh dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua. 🌸✨