SMK Cenderawasih

SMK Cenderawasih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Cenderawasih, Education, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

11/12/2025

Majlis Apresiasi Kokurikulum CeSS 2025

TAHNIAH kepada semua penerima anugerah.

UCAPAN TAHNIAH anda!

28/11/2025
Assalamualaikum...Marilah semua warga CeSS yang beragama Islam bersama-sama menghayati Hadis 40 Imam Nawawi. ๐Ÿ“Hadis 13: ...
24/11/2025

Assalamualaikum...

Marilah semua warga CeSS yang beragama Islam bersama-sama menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.

๐Ÿ“Hadis 13: Menyukai Kebaikan Sesama Muslim Tanda Kesempurnaan Iman

Hadis ini menjelaskan tentang galakan kepada umat Islam untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat agar dapat menanam rasa kasih sayang sekaligus menghindarkan rasa dengki dan benci dalam diri.

Pengajaran kepada murid:
โžก๏ธ Setiap muslim yang mendapat sesuatu nikmat kebaikan perlu berharap agar kebaikan yang sama diterima oleh saudaranya.
โžก๏ธ Setiap murid haruslah berusaha untuk mengelakkan diri daripada menanam sifat iri terhadap kejayaan orang lain.

Assalamualaikum wbt,Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.Hadis 12 :๐ŸŒปTingga...
13/08/2025

Assalamualaikum wbt,
Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.
Hadis 12 :๐ŸŒปTinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat ๐ŸŒป
๐Ÿ•ŒHadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Ÿ•ŒSemoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ู…ูู†ู’ ุญูุณู’ู†ู ุฅูุณู’ู„ุงูŽู…ู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุกู ุชูŽุฑู’ูƒูู‡ู ู…ูŽุง ู„ุงูŽ ูŠูŽุนู’ู†ููŠู’ู‡ู
Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. (Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dan lain-lain)
๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis:
๐ŸŒปAntara sifat-sifat seorang Muslim adalah dengan sentiasa mengisi ruang waktu yang ada dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah baginya.
๐ŸŒปAntara tanda-tanda kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dengan menjauhi daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bermanfaat baginya.
๐Ÿ•Œ Pengajaran:
๐ŸŒปMenyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah perkara sia-sia dan merupakan pertanda kelemahan iman.
๐ŸŒปSekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan dalam kehidupan serta akan menjadi ummat yang terbaik dan memberi manfaat kepada agama.
Pengajaran kpd murid:
โžก๏ธ Setiap murid mestilah menghindarkan diri drp melakukan bentuk salah laku seperti membuli, mengugut dan merosakkan harta benda.

๐Ÿƒ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏ ู๐Ÿƒ
samaยฒ kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“š Rujukan Hadis 40

Assalamualaikum w.b.t.Marilah warga CeSS yang beragama Islam, Marilah sama-sama kita mengahayati Hadis 23 berkaitan Ganj...
17/07/2025

Assalamualaikum w.b.t.
Marilah warga CeSS yang beragama Islam, Marilah sama-sama kita mengahayati Hadis 23 berkaitan Ganjaran dan Hakikat Amalan Kebaikan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian.

Penghayatan hadis:
# Murid perlu menitikberatkan aspek kebersihan zahir dan batin
# Murid hendaklah istiqamah mengamalkan ibadat seperti zikir , solat, sedekah, membaca al-quran serta sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah

Assalamualaikum...Marilah semua warga CeSS yang beragama Islam bersama-sama menghayati Hadis 40 Imam Nawawi. ๐Ÿ“Hadis 32: ...
14/07/2025

Assalamualaikum...

Marilah semua warga CeSS yang beragama Islam bersama-sama menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.

๐Ÿ“Hadis 32: Menghilangkan Kemudharatan dalam Islam

Hadis ini menjelaskan tentang larangan Rasulullah SAW kepada kita supaya tidak membuat sesuatu yaang dapat membahayakan orang lain dan tidak seharusnya kita membalas kejahatan seseorang terhadap diri kita.

Pengajaran kepada murid:
โžก๏ธ Setiap murid hendaklah menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
โžก๏ธ Setiap murid haruslah berusaha untuk mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain agar hidup dalam keadaan harmoni.

Assalamualaikum Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.Hadis 17 (Kesempurnaa...
13/01/2025

Assalamualaikum

Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.

Hadis 17 (Kesempurnaan Dalam Perkara Kebaikan) menjelaskan bahawa kita hendaklah memiliki sifat ihsan yang terdiri daripada:
โžก๏ธ Ihsan kepada manusia
โžก๏ธ Ihsan kepada alam sekitar
โžก๏ธ Ihsan kepada haiwan

Pengajaran kpd murid:

โžก๏ธ Setiap murid mestilah menghindarkan diri drp melakukan bentuk salah laku seperti membuli, mengugut dan merosakkan harta benda.

AssalamualaikumBuat tatapan semua warga CeSS Yang beragama IslamMarilah kita sama-sama menghayati Hadis 40 Iman NawawiBi...
19/08/2024

Assalamualaikum
Buat tatapan semua warga CeSS Yang beragama Islam

Marilah kita sama-sama menghayati Hadis 40 Iman Nawawi

Bingkisan hadis 13 bertajuk " Menyukai Kebaikan Sesama Muslim Tanda Kesempurnaan Iman"
Hadis ini menjelaskan bahawa setiap Muslim hendaklah saling berkasih sayang kerana kasih sayang itu merupakan tanda kesempurnaan Iman seseorang.

# Hadis 40

Assalamualaikum Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.Hadis 12 (Amalan Yang...
01/08/2024

Assalamualaikum

Marilah kita semua warga CeSS yang beragama Islam, menghayati Hadis 40 Imam Nawawi.

Hadis 12 (Amalan Yang Tertolak) menjelaskan bahawa setiap amalan mestilah berasaskan syariat Allah SWT.

29/10/2023

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAGGI 2023
MENU: NASI LEMAK AYAM POP CORN
PESERTA:
1. WAN AWLIYA QAISARA BINTI WAN IKHWAN ISKANDAR JOHAN (3 CERDAS)
2. IMAN SAFFIYA BINTI MOHD SHARAZAD (3 CERDAS)

Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Cenderawasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category